3 KEUNTUNGAN SIMPAN EMAS WALAU HARGA EMAS NAIK ATAU TURUN!!

3 KEUNTUNGAN SIMPAN EMAS WALAU HARGA EMAS NAIK ATAU TURUN!!

3 KEUNTUNGAN SIMPAN EMAS WALAU HARGA EMAS NAIK ATAU TURUN!!

Wang fiat (Duit kertas) tak sesuai untuk simpanan jangka panjang sebab ia tak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja.

RM1,000 hari ini confirm tak mampu membeli barang yang sama 10 tahun akan datang sebab kuasa belinya confirm semakin susut.

Kalau nak simpan wang fiat (duit kertas), simpan dalam jumlah yang cukup untuk digunakan dalam masa terdekat atau simpanan untuk hal kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Selebihnya, simpan dalam bentuk aset fizikal (seperti di bawah) yang mampu menyimpan nilai jangka panjang seperti emas, perak, tanah ataupun hartanah.

Kalau menurut teori 1dinar 1ekor kambing, apa yang mampu dibeli oleh 10gram emas hari ini, ia tetap akan mampu dibeli dengan emas yang sama 100 tahun akan datang. Emas simpanan yang sangat sesuai untuk jangka panjang dan ia akan dapat memberi manfaat kepada mereka yang  bijak menggunakannya.

Harga emas ada naik dan ada turun mengikut lemah dan kuatnya wang fiat. Jika wang fiat lemah yakni merosot nilai, harga emas akan naik dan begitulah sebaliknya.

Ini membawa maksud harga emas tidak sentiasa naik tanpa ada turun. Sebab tu bila ada mana-mana syarikat yang menganjurkan skim pelaburan emas yang sentiasa untung sahaja, baik angkat kaki cepat-cepat. Nanti menangis tidak berlagu kelak.

Ramai akan nanti tertanya-tanya, jika harga ada naik dan ada turun, di mana untungnya menyimpan emas. Saya nak kongsi tiga keuntungan simpan emas walau dalam keadaan harga ada naik dan ada turun ini.

1. Untung simpan emas bila beli masa murah dan jual balik semasa harga naik. Walau harga emas ada naik dan ada turun, untuk jangka panjang ia tetap naik. Untuk raih untung, simpan dalam tempoh lama dan jual emas yang dimiliki untuk menikmati keuntungan.

2. Untungnya simpan emas adalah sebagai alat merawat bocor kewangan. Bila simpan dalam bentuk wang, mudah sangat untuk bocor kerana sifat duit adalah untuk dibelanjakan. Manakala menyimpan dalam emas dapat merawat kebocoran kerana akan wujud perasaan sayang untuk jual atau gadai kecuali berlaku kecemasan. Dengan ini simpanan akan bertahan, malah akan bertambah seiring dengan pertambahan jumlah simpanan.

3. Untungnya menyimpan emas ialah dapat memupuk sikap berhemah berbelanja dan suka menyimpan. Walau emas mudah dicairkan tetapi bagi penyimpan emas hanya akan mencairkan emas bila berlaku kecemasan, bukan untuk perbelanjaan tidak perlu. Malah dengan menyimpan emas juga boleh mewujudkan tabiat menyimpan dengan lebih konsisten berbanding menyimpan dalam bentuk wang. Apa yang pasti, jumlah simpanan akan meningkat dan kekal sebagai simpanan.

Ada banyak sebab kenapa kita perlu simpan emas. Antaranya ialah:

1- Emas magnet kekayaan. Simpanan dalam bentuk emas lebih susah untuk bocor berbanding duit kertas. Emosi manusia dengan emas nak simpan elok-elok dan sayang nak jual kalau tidak terdesak.

2- Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh tahun 1999 harga emas ialah USD 252/Oz(31.1g), tetapi pada tahun 2017 harganya telah meningkat kepada USD 1300/Oz.

3- Nilai duit kertas makin lama makin menyusut. Kuasa beli duit kertas 10 tahun dahulu tidak akan sama dengan sekarang. Contohnya  dengan RM50, jumlah barang yang dapat dibeli 10 tahun dahulu dan sekarang tak sama, makin sikit.

4- Kuasa beli emas adalah kekal. Ini kerana emas kalis inflasi. Buktinya dengan harga 1 dinar dapat beli seekor kambing sejak 1400 tahun dahulu hingga sekarang.

5- Emas adalah aset yang sangat cair. Berbanding dengan aset seperti rumah dan tanah, emas lebih mudah untuk dijual bila memerlukan tunai segera. Emas juga aset yang boleh dibeli sikit-sikit, contohnya dengan Public Gold, emas boleh dibeli sekecil item 0.5gram.

6- Emas tidak boleh dimanipulasi. Emas tidak boleh dicetak sebagaimana duit kertas. Duit kertas boleh dicetak tanpa had oleh sesebuah negara. Makin banyak dicetak, duit kertas akan jadi makin tiada nilainya sebagaimana yang terjadi di negara Zimbabwe.

7- Emas adalah kekayaan sebenar. Walau apa jua yang berlaku kepada ekonomi dan politik, emas akan kekal bernilai buat selama-lamanya sebab nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Kalau duit kertas risiko untuk jadi tak laku amat tinggi, contohnya duit yang koyak atau duit sesebuah negara yang bergolak, memang tak laku.

Inilah beberapa sebab kenapa kita perlu menjadikan emas sebagai sebahagian daripada portfolio simpanan. Kalau ikut kata pakar kewangan Tuan Azizi Ali, sekurang kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan kita perlu disimpan dalam  bentuk Emas Fizikal.

"Ada duit belum tentu ada emas, Ada emas sudah tentu ada duit"

Azam Amiri || PG00099605
Active Priority Dealer Public Gold
www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas