ADA DUIT BELUM TENTU ADA EMAS, ADA EMAS SUDAH TENTU ADA DUIT

Orang yang ada duit belum tentu ada simpanan emas, tapi orang yang ada simpanan emas sudah pasti ianya ada duit, nak tahu kenapa baca selanjutnya....

ADA DUIT BELUM TENTU ADA EMAS, ADA EMAS SUDAH TENTU ADA DUIT

Ada duit belum tentu ada emas, ada emas sudah tentu ada duit. Simpan emas sebagai dana backup kewangan dan aset tabungan untuk jangka masa panjang. Insyaallah.

Apabila mula beli dan alihkan duit kepada emas, sememangnya kita akan rasakan duit habis dibelanja, tapi sebenarnya kita telah selamatkan duit tersebut daripada kebocoran dan sifat boros berbelanja apabila mempunyai duit di tangan.

Memang sudah menjadi fitrah kepada kita, apabila ada ja duit akan rasa gatal tangan nak habiskan dan nak berbelanja sakan. Itu perkara biasa kita dengan duit. Tapi, disini saya nak kongsikan kepada anda cara yang paling berkesan untuk mengubati sifat boros berbelanja ialah dengan menyimpan emas.

Apabila kita alihkan duit kepada emas, secara automatik kita tidak akan rasa berduit lagi. Malah, duit kita masih ada, cuma ianya dibekukan dalam bentuk yang susah untuk dibelanjakan. Faham ya?

Itulah secara ringkasnya simpanan emas sebagai simpanan yang dapat mengelak daripada boros berbelanja dan sebagai dana backup kewangan serta aset tabungan untuk jangka masa panjang. Insyaallah.

 

KALAU TAKUT KEBOCORAN WANG

Sekiranya anda risaukan tentang masalah itu, saya syorkan beli dahulu dengan bajet kecil sebagai motivasi menyimpan emas dan mengumpul harta. Selepas itu,baharu cukupkan simpanan tiga bulan pendapatan.

Apa yang saya perhati, selalunya mereka yang sudah mula menyimpan emas, dia lebih bermotivasi untuk mengumpul harta. Apabila sudah mula membeli emas, dia akan rasa hendak beli lagi dan lagi. Jika memerlukan duit, dia rasa sayang hendak menjual emas itu. Kalau terpaksa jual, dia akan cari duit lain untuk beli balik emas itu. 

Itulah tabiat biasa yang saya nampak pada penyimpan emas yang konsisten dan bertindak dengan berilmu. Alhamdulillah, semoga dengan menyimpan emas dapat membantu dalam pengurusan kewangan peribadi dan juga keluarga agar tidak terjerumus ke dalam “Neraka Wang”

 

Cara menutup kebocoran wang dengan menyimpan emas!!!

(1) Elak kebocoran wang. Ramai orang tak dapat mempertahankan wang yang disimpan dalam akaun bank, disebabkan sering "terguna" dan juga godaan yang kuat untuk berbelanja. Emas boleh jadi "ubat mujarab" bagi menyelesaikan masalah kebocoran simpanan bagi kebanyakkan orang.

 

TIP DISIPLINKAN DIRI MENYIMPAN WANG!

Asas membina kekayaan ialah menyimpan sebahagian pendapatan secara berdisiplin setiap bulan. Siapa tidak menyimpan, sampai bila-bila pun dia tidak akan kaya. Emas boleh dijadikan salah satu cara berkesan untuk mendisiplinkan diri menyimpan, dan mengelakkan simpanan itu daripada bocor dibelanjakan dengan mudah. Emas bukan sekadar kalis inflasi, tetapi ia juga KALIS BOROS!

Harga emas ada naik dan ada turun mengikut lemah dan kuatnya wang fiat. Jika wang fiat lemah yakni merosot nilai, harga emas akan naik dan begitulah sebaliknya. 

Ini membawa maksud harga emas tidak sentiasa naik tanpa ada turun. Sebab tu bila ada mana-mana syarikat yang menganjurkan skim pelaburan emas yang sentiasa untung sahaja, baik angkat kaki cepat-cepat. Nanti menangis tidak berlagu kelak. 

Ramai akan nanti tertanya-tanya, jika harga ada naik dan ada turun, di mana untungnya menyimpan emas.

Saya nak kongsi tiga keuntungan simpan emas walau dalam keadaan harga ada naik dan ada turun ini. 

1. Untung simpan emas bila beli masa murah dan jual balik semasa harga naik. Walau harga emas ada naik dan ada turun, untuk jangka panjang ia tetap naik. Untuk raih untung, simpan dalam tempoh lama dan jual emas yang dimiliki untuk menikmati keuntungan. 

2. Untungnya simpan emas adalah sebagai alat merawat bocor kewangan. Bila simpan dalam bentuk wang, mudah sangat untuk bocor kerana sifat duit adalah untuk dibelanjakan. Manakala menyimpan dalam emas dapat merawat kebocoran kerana akan wujud perasaan sayang untuk jual atau gadai kecuali berlaku kecemasan. Dengan ini simpanan akan bertahan, malah akan bertambah seiring dengan pertambahan jumlah simpanan. 

3. Untungnya menyimpan emas ialah dapat memupuk sikap berhemah berbelanja dan suka menyimpan. Walau emas mudah dicairkan tetapi bagi penyimpan emas hanya akan mencairkan emas bila berlaku kecemasan, bukan untuk perbelanjaan tidak perlu. Malah dengan menyimpan emas juga boleh mewujudkan tabiat menyimpan dengan lebih konsisten berbanding menyimpan dalam bentuk wang. Apa yang pasti, jumlah simpanan akan meningkat dan kekal sebagai simpanan. 

“Bukan harta yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu yang akan menjadikan kita kaya di dunia dan juga akhirat”

Siapa yang nak bermula simpanan emas dibawah bimbingan saya, Boleh Whatsapp saya dengan klik www.wasap.my/60179600278/SimpananEmas

Azam Amiri || PG00099605

Active Priority Dealer Public Gold