ADA ORANG TANYA, UNTUNG KE SIMPAN EMAS?

Soalan biasa orang ramai akan tanya sebelum memulakan simpanan emas, mereka akan tanya terlebih dahulu, untung ka simpan emas ni?

ADA ORANG TANYA, UNTUNG KE SIMPAN EMAS?
Untung Simpan Emas

"Payung tidak mampu memberhentikan hujan tapi dengan payung kita mampu berdiri dalam hujan tanpa basah. Begitu juga dengan keyakinan,ia mungkin tidak memberi kita kejayaan tapi ia mampu memberi kita kekuatan untuk menghadapi cabaran."

Sudah menjadi kebiasaan dan satu soalan yang sudah menjadi rutin untuk saya jawab dan terangkan kepada orang ramai sejak saya mula dengan dunia emas sehinggalah hari ini pasti dan pasti ada orang akan tanya lagi soalan ini. Kali ini saya nak tunjuk dan bagi jawapan simple dan mungkin anda akan faham, sekadar tunjuk gambar sahaja mungkin dah cukup untuk anda faham secara asas. Kalau tak faham lagi, mungkin saya akan lukis. Haha (Saja bergurau)

Masa permulaan saya kenal emas pada tahun 2015, ada terdengar khabar berita pakar-pakar ekonomi bagitau emas akan naik sehingga RM200/gram. Hari ini harga emas tersebut sudah melepasi.

Kemudian pakar-pakar ekonomi bagitau lagi emas akan naik sehingga Rm250/gram, juga sudah melepasi harga tersebut pada hari ini.

Dan news terbaru pakar ekonomi bagitau harga emas akan naik RM300/gram. Hari ini (14/7/2020) harga emas dah cecah RM269/gram. Agak-agak boleh capai ka? Wallahuaklam Bissowakk.

Maka dengan itu, siapa yang simpan emas dari dulu mesti tersenyum dan sudah boleh untung sekarang. Tapi jangan risau, masih ada lagi peluang untuk anda tersenyum juga di tahun akan datang jika anda memulakan simpan emas sekarang. Yang tak simpan emas dan taknak simpan emas, tak boleh buat apa-apa. Just tunggu dan lihat orang ja lah.

P/s: Orang yang faham tentang emas, harga emas naik senyum, harga emas turun pun senyum.

Emas adalah harta di waktu senang, dan sebagai duit di waktu sesak. Begitulah bagaimana fungsi emas semasa kita susah dan senang, sangat menguntungkan bagi penyimpan emas.

Emas tetap boleh jadi duit dalam situasi harga emas naik dan turun, dua-dua situasi penyimpan emas tetap untung.

Situasi pertama; jual emas waktu harga naik adalah keuntungan ‘buy low sell high’. Keuntungan bergantung kepada berapa banyak gram yang kita dah kumpul darabkan dengan beza harga kita beli dan jual.

Situasi kedua; gadai emas waktu harga rendah adalah keuntungan ada simpanan yang boleh digadai untuk dapatkan tunai. Hanya orang berduit (baca orang simpan emas) sahaja boleh masuk arrahnu.

Bila dah tahu kegunaan emas, kita lebih mudah dan yakin untuk simpan emas. Ada emas confirm ada duit!

Boleh baca KEPENTINGAN MEMBUAT SIMPANAN KECEMASAN DISINI https://azamamiri.com/simpanan-kecemasan

Channel Telegram rasmi Info kewangan bagi mendapatkan perkongsian mengenai panduan, motivasi dan info terkini pasal kewangan dan simpanan emas

KLIK join dan share LINK channel ini kepada kenalan anda untuk manfaat bersama. CHANNEL TELEGRAM INFO KEWANGAN DAN EMAS

Azam Amiri
Star Master Dealer Public Gold
www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas