INI SEBAB RAMAI ANAK MUDA TERJERAT DALAM SKIM CEPAT KAYA!!

Kurang pengetahuan berkaitan ilmu pelaburan serta tidak mengetahui aktiviti perniagaan syarikat yang dilabur mengakibatkan ramai rakyat di negara ini kerugian kerana terpedaya dengan janji manis ditawarkan penipuan pelaburan haram dan skim cepat kaya

INI SEBAB RAMAI ANAK MUDA TERJERAT DALAM SKIM CEPAT KAYA!!
Skim Cepat Kaya

Jarang-jarang sekali nak bagi ayat deep sikit, nak bagi mudah faham ja. Kalau tak, susah nak faham.

Inilah budak-budak zaman sekarang, taknak dengar orang cakap sangat. Orang suruh menyimpan taknak, orang suruh simpan duit taknak, apatah lagi nak suruh simpan emas. Apatah lagi nak suruh beli rumah.

Macam-macam alasan, tak mampu lah, nak kena tanya mak ayah lah, nak kena bincang lah, takda modal lah dan macam-macam lah alasan yang selalu saya dengar. Alasan paling femes, nanti nak tanya mak ayah dulu. Ilmu kewangan taknak ambil tahu, bab cinta nombor satu.

Yang saya hairan ada alasan yang saya tak boleh terima, nak buat simpanan pun kena tanya mak ayah, kena mintak restu mak ayah. Wahai adik-adikku, kita buat simpanan bukan nak habiskan duit, hanya simpan duit untuk masa depan. Apa yang mak ayah nak marah? Mak ayah cuma risau sahaja anaknya buat benda yang tak sepatutnya, biasanya join skim cepat kayap. Sebab tu mak ayah risau. Korang sendiri yang buat mak ayah jadi risau. Sepatutnya dah masuk universiti mak ayah tak perlu risau dah tentang solat, dan kehidupan kita seharian. Dah boleh berdiri atas kaki sendiri.

Yang saya pelik, kalau keluar dengan awek tak bagitau pun mak ayah, tak bicang pun dengan mak ayah, itupun akan guna duit juga, kenapa tak bagitau mak ayah? sembang ja lebih..

Paling kurang pun KFC, lepas makan pergi shopping dan wayang, lepas tu singgah Secret Recipe hantar awek balik rumah dan singgah isi minyak kereta sewa, masa isi minyak ada gerai Cool Blog, belanja lagi awek segelas boba milk tea. Betul kan?

Saya nak tanya lah, agak-agak lebih tak RM100 kalau sekali keluar dengan awek? mesti akan lebih kalau yang jenis couple bertaraf standart KL, kalau couple kampung ni mungkin kos rendah sikit sebab pergi makan kedai Mee Celup bawah jambatan ja dan sewa kereta 3 jam, haha. Itu pun akan habis duit jugak. Nak tanya sekali lagi, ada tanya mak ayah tak? ada mintak restu mak ayah tak? Mesti takda kan. Sembang lagi.. Kata takda duit, kalau simpan mesti dah ada banyak simpanan.

Satu lagi yang saya tak puas hati, korang kata takda duit, tak mampu, dan macam-macam lah alasan kalau nak buat simpanan. Tapi, yang korang join skim cepat kayap tu kenapa? nak sangat cepat kaya, orang kempen terus join, nak kaya cepat kononnya. Macam-macam lah alasan, kata pelaburan lah, gerenti akan untung lah, nak jadi orang terawal lah, bisnes ni tak perlu cari orang lah. Aku yakin dengan pelaburan ni lah, dan macam-macam lah alasan yang sangat boring bagi saya kalau dengar.

Ilmu kewangan taknak belajar, simpanan taknak buat. Pastu sibuk nak join pelaburan kononya, sedangkan maksud pelaburan itu sendiri pun korang belum tahu dan belum faham konsep pelaburan yang sebenar. Mana satu pelaburan, mana satu simpanan, mana satu perniagaan pun tak boleh nak bezakan, sembang nak buat pelaburan.

Pesan pakar-pakar kewangan, saya bagi ayat mudah faham, "Perbaiki tahap kewangan terlebih dahulu, pada masa yang sama baru boleh fikir tambah pendapatan".

Takda guna income banyak, simpanan takda. Takda guna buat pelaburan kalau asas dan maksud pelaburan pun belum tahu. Pelaburan yang sebenar bukan kita nak cari duit, tapi kita nak duit itu sendiri bekerja untuk kita.

Secara mudah, pelaburan ini untuk orang yang ada duit yang tak tau nak buat apa dah, barulah boleh melabur. Bukan join skim cepat kaya pastu nak claim join pelaburan, sembang lagi. Haha.

Apa-apa pun, belajar dahulu ilmu urus kewangan, belajar ilmu agama, insyaAllah akan dipermudahkan. Tak perlu nak gelojoh sangat nak kaya, takut nanti tersontot barulah hantuk kepala didinding!!

P/s: First time try buat ayat pedas sikit, saja ja nak test market. Semoga tersentap dan dapat memberi kefahaman. InsyaAllah.

Maaf ya adik-adik, saya bagi nasihat ini sebab sayang dan ingin bantu adik-adik supaya tidak terjerumus kedalam "Neraka Wang".

Nak tahu dan nak belajar ilmu urus kewangan boleh join channel telegram saya, KLIK SINI https://t.me/IlmuEmasDanKewangan

Azam Amiri
Suka berkongsi motivasi kewangan