3 PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMBELI DAN MEMULAKAN SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS

Saya kongsikan 3 tips yang penting yang perlu dipertimbangkan sebelum kita membeli emas untuk dijadikan simpanan dan pelaburan untuk jangka masa panjang. Beruntunglah anda kerana telah mendapat ilmu “jalan pintas” ini!!

3 PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMBELI DAN MEMULAKAN SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS
Asas Sebelum Mula Beli & Simpan Emas

3 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum kita membeli dan memulakan simpanan emas.

Untuk memulakan simpanan emas, sebenarnya kita tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengkaji atau mendalami ilmu emas itu sendiri, cara terbaik adalah kita beli dahulu dan pada masa yang sama kita mengkaji kerana dengan cara ini kita lebih cepat faham dan lebih bermotivasi. Cukup tahu perkara asas seperti ini sudah memadai untuk kita memulakan simpanan dan pelaburan emas. Disini saya akan jelaskan beberapa kesalahan newbie dalam pelaburan emas adalah "beli dahulu fikir kemudian". Jadi saya ingin kongsikan 3 tips yang penting yang perlu dipertimbangkan sebelum kita membeli emas untuk dijadikan simpanan dan pelaburan. Beruntunglah anda kerana telah mendapat ilmu “jalan pintas” ini!!


Pertama: Kat mana nak jual balik emas ini?

Keuntungan daripada simpanan dan pelaburan emas adalah apabila kita menjual balik emas. Jadi kita perlu bertanya kepada penjual emas tersebut "Kat mana saya boleh jual balik emas ini nanti?"

Dalam kebanyakan kes, biasanya kita akan jual balik emas kepada syarikat penjual emas tersebut. Contohnya, jika kita membeli emas Public Gold maka kita boleh jual balik di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia (atau boleh jual kepada dealer Public Gold berhampiran dengan kita).

Jika kita membeli Kijang Emas daripada Maybank, maka kita akan jual balik di cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas tersebut (bukan semua cawangan Maybank ye, hanya cawangan yang tertentu sahaja)

Kemudian, jika kita membuat pelaburan melalui akaun simpanan emas, tanya penjual emas tersebut tentang bagaimana proses penjualan semula. Saya nak bagitau, ada syarikat yang menawarkan simpanan dan pelaburan emas melalui akaun simpanan emas. Mereka menawarkan kemudahan untuk mengeluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas ini seperti Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold yang dijamin boleh keluarkan emas fizikal dan paling penting ianya Patuh Syariah.

Namun, sekiranya anda dapat tahu akaun emas yang tidak boleh keluarkan emas fizikal atau hanya menerima belian balik gram emas tanpa keluarkanemas, itu lebih baik anda jauhkan daripada menyertai program simpanan emas tersebut, ianya akan menjadikan anda tidak tenang untuk tidur malam nanti. Huhuhu.

  

KEDUA: Berapa spread (susut nilai) emas yang saya beli ini?

Spread atau susut nilai adalah perbezaan diantara harga belian dan jualan balik emas. Kalau mengikut guru dalam pelaburan emas saya, istilah spread dalam emas sebenarnya tidak sesuai dan tidak tepat. Ia lebih tepat menggunakan istilah “perbezaan harga jualan dan belian balik”, kerana untuk emas nilainya tidak akan susut untuk jangka masa panjang, malah emas sentiasa bernilai sepanjang zaman dan nilainya kalis daripada inflasi. Ianya cuma soal masa sahaja, jika kita beli dan simpan emas untuk jangka masa pendek, memanglah kita akan ada kerugian jika kita jual balik sekiranya harga emas masih tidak melepasi harga yang kita beli dahulu, sebaliknya jika harga kita jual balik telah melepasi harga yang kita beli dahulu maka kita telah untung. Hal ini kerana simpanan emas adalah simpanan dan pelaburan untuk jangka masa panjang.

Biasanya spread diukur dalam bentuk %. Sila lihat gambar dibawah. Saya letakkan gambar spread untuk emas Public Gold. Biasanya semakin besar berat emas yang kita beli maka spreadnya semakin kecil.

Spread / Susut Nilai Emas.

Spread adalah beza harga belian ditolak dengan harga jualan balik untuk tempoh waktu yg sama. Salah satu perkara yg kita perlu ambil kira sebelum beli emas adalah dengan memilih emas yg mempunyai spread/susut nilai yg rendah, lagi rendah spread lagi baik. Spread emas berbeza bergantung pada jenis dan berat emas fizikal, jika spread barang kemas ±30% dan goldbar/dinar 6% - 9%. Faktor spread yg rendah menyebabkan goldbar/dinar lebih sesuai untuk simpanan dan pelaburan.Bila kita memilih emas yg mempunyai spread yg rendah, kita berpeluang untuk untung lebih cepat dan lebih tinggi. Emas fizikal yg besar mempunyai spread yg lebih rendah sangat sesuai untuk dijadikan pelaburan.

 

Sebagai contoh kita ada menyimpan 250g emas yg berbeza bentuk fizikalnya:

a) Simpan 10g 25 keping = 250g

Kenaikan emas: 15%

Spread emas: 9%

Untung bersih: 6%

b) Simpan 250g sekeping = 250g

Kenaikan emas: 15%

Spread emas: 6%

Untung bersih: 9%

Contoh diatas adalah perkiraan untung untuk emas seberat 250g tapi berbeza untung bersih jika emas fizikal berbeza. Nak untung yang maksimum mestilah beli emas fizikal yang besar! Saya akan berkongsi 2 tips bagaimana kita nak mengatasi spread untuk untung dengan emas:

 

Tips #1 (kenaikan harga)

Kita boleh jual emas bila harga yang kita beli dulu melepasi harga harga jualan balik (we buy). Jika harga yg kita beli dulu RM140/g dan harga jualan balik hari ini RM175/g, kita boleh untung RM35 per gram. Kita cuma perlu tunggu waktu yg sesuai untuk jual sahaja, tempoh waktunya boleh jadi sederhana dan panjang bergantung pada faktor harga emas semasa. Makin banyak gram yg disimpan, makin banyak untung yg kita boleh dapat.

 

Tips #2 (jual sendiri)

Kita boleh jual emas kita dengan untung yg maksimum dengan jual emas tersebut pada pihak yg ketiga, kita boleh jual dengan harga semasa (we sell) tanpa perlu tolak spread! Jika harga yg kita beli dulu RM140/g dan harga jualan balik hari ini RM175/g, kita boleh jual dengan harga lebih tinggi dengan harga semasa RM190/g. Boleh dapat untung sehingga RM50/g, ada extra RM15 per gram!

Spread juga adalah margin keuntungan peniaga emas, peniaga boleh beli emas pada harga jualan balik (we buy) dan jual pada harga semasa (we sell). Disebabkan faktor ini, perniagaan emas paling mudah untuk buat untung. Kelebihan yang paling utama, kita sebagai penyimpan emas boleh jadikan simpanan emas kita sebagai modal pusingan jika kita memerlukan duit tunai segera. Ada duit belum tentu ada emas, ada emas sudah tentu ada duit!!

KETIGA: Ada tak syarat-syarat jual beli yang lain yang perlu saya tahu?

Contohnya: Adakah syarikat menerima balik emas tersebut sekiranya sijil ketulenan hilang? atau plastik laminate emas dibuka atau emas tersebut calar, goris atau bengkok? (kalau Public Gold, ya mereka terima balik, cuma ada extra cas ikut situasi). Ada syarikat yang menolak untuk membeli balik emas sekiranya ada calar, goris dan bengkok. Contohnya Kijang Emas. Alasannya ialan nanti Maybank tak boleh jual balik kepada pembeli baru jika emas tersebut calar, goris atau bengkok.

Kenapa emas boleh terbuka plastik? tercalar, goris dan bengkok?

Jawapannya, ia boleh berlaku semasa proses Ar-Rahnu. Sebab ada arrahnu yang meminta anda buka plastik laminate untuk mereka uji emas tersebut. Semasa ujian densimeter (timbang berat dan timbang dalam air), mereka akan sepit emas tersebut dengan penyepit besi dan menggoncang emas tersebut di dalam air. Ia boleh mencalarkan emas anda (kalau emas 999.9).

Saya pun pernah kena gais, emas saya tercalar semasa ar-rahnu. Perghh... calar hati ku. Emas kita boleh kemek kalau terjatuh. Saya pun pernah kena gais. Pergh.. kemek hati ku!! Jika anda nak tahu lebih detail tentang Arrahnu boleh baca disini, saya ada kongsikan apa itu Pajak Gadai Konvensional dan Arrahnu Islamik. Ilmu ini wajib anda kena tahu sekiranya anda seorang muslim atau ingin menjadi seorang penyimpan emas yang berilmu.



Antara soalan favourite yang saya selalu terima.

Berapa banyak emas yang saya perlu miliki?

Soalan ini senang tapi jawapannya susah sebab kuantiti emas yang perlu anda simpan tidak sama dengan kuantiti individu lain. Ia bergantung kepada situasi, keperluan dan matlamat anda. Jadi saya akan menulis jawapan sebaik mungkin supaya anda faham.

Baik gais. Rata-rata pakar kewangan mencadangkan anda menyimpan antara 10% sehingga 25% emas dalam portfolio kewangan anda. Sebagai contoh, blogger kewangan Len Penzo mencadangkan 10% ke 20% portfolio anda di dalam emas.

 

  • Jim Cramer, seorang penganalisa saham dan hos rancangan terkenal CNBC Mad Money mencadangkan anda simpan 10% daripada portfolio pelaburan anda dalam emas.
  • Jerry Wagner, pengasas Flexible Plan Investments LTD mencadangkan anda menyimpan 20% daripada portfolio pelaburan anda dalam emas.
  • Harry Browne, seorang penganalisis pasaran berpendapat seseorang perlu mempunyai 25% emas dalam portfolio pelaburan (25% emas, 25% duit tunai, 25% saham dan 25% bon)

 

Namun begitu ada juga wartawan kewangan yang meletakkan nilai serendah 4% - 5%  sebagai nilai permulaan. Namun boleh ditambah dari masa kesemasa mengikut keadaan pasaran saham/bon. Jika pasaran saham menurun maka anda tambahlah pegangan emas anda.

Apa saranan saya?

 

Baik jika anda baru nak bermula dengan emas.

Jika anda baru nak berjinak-jinak sebagai penyimpan emas (anda dalam proses nak belajar menabung/menyimpan), takut duit bocor tak tahu pergi mana, saya cadangkan anda simpan emas sebanyak 5% dari gaji anda. Ini adalah nilai permulaan okie. Bukan selama-lamanya 5%. Jika gaji anda RM3,000 sebulan maka simpanan emas anda cuma RM150 sebulan. Biar anda dapat rentak menyimpan, tak membebankan emosi dan boleh konsisten. Selepas itu anda boleh tambah % simpanan emas anda sehingga mencecah 10% daripada gaji.

 

Jika anda nak jadi pelabur emas.

Jika anda termasuk dalam kategori pelabur (nak jual bila harga tinggi)  Maka anda perlu melabur semaksima mungkin. Sebab pakar kewangan Azizi Ali ada beri tips melabur iaitu mesti anda melabur dengan jumlah yang besar. Baru hasilnya besar. Tak guna jika anda bercita cita jadi pelabur emas tetapi beli 10 gram ajer. Kalau harga emas naik RM50/gram maka anda baru untung RM500. Banyak ke RM500? sikit ajer kan? Tapi kalau anda target untuk melabur sebanyak 100 gram emas secepat mungkin, maka kenaikan RM50/gram = untung RM5,000. Banyak tak untung RM5,000? tak banyak kan? Jadi anda kena target untuk melabur 1 kilo emas. Jika harga naik sebanyak RM50/gram maka anda untung RM50,000.. hah ini baru berbaloi.

Jadi, untuk pelabur emas. Invest besar = untung besar.

Jika anda ada melabur kat tempat lain seperti saham, hartanah dan bon, maka emas nie ibarat insurans. Bila saham, hartanah dan bon jatuh, biasanya emas akan naik. Jadi untuk kes seperti ini anda boleh simpan emas sebanyak 10% daripada portfolio pelaburan anda.

 

Jika anda buat bisnes emas.

Jika anda buat bisnes emas maka emas itu adalah barang dagangan anda. Ia juga stok bisnes anda. Jadi anda boleh simpan 80% daripada duit anda dalam bentuk emas. Takde masalah nak ada banyak emas. Sebab kalau nak pakai duit, pergi gadai emas ajer. Kalau orang nak beli, anda dah ada stok tersedia. Ok gais, sila share tips ini dengan rakan-rakan anda. Semoga bermanfaat.

 

Inilah adalah sumber daripada guru dan mentor saya dalam pelaburan emas, En.Syukor Hashim. Beliau adalah merupakan ikon pelaburan emas No.1 di Malaysia dan pada masa yang sama beliau adalah pengurus besar Public Gold. Syukur kita semua dapat menceburi dalam bidang emas dengan berilmu. Alhamdulillah, terima kasih semua yang sudi membaca perkongsian ini. Untuk mendapatkan perkongsian setiap hari anda boleh join channel telegram saya TIPS KEWANGAN DAN EMAS BY AZAM AMIRI.

 

Azam Amiri
Star Founder Master Dealer Public Gold
www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas