CARA MEMANFAATKAN DUIT I-LESTARI KEPADA SIMPANAN EMAS

Duit KWSP dapat RM 500 saja sebulan. Macam mana nak beli emas berharga RM 6,000 tu?

CARA MEMANFAATKAN DUIT I-LESTARI KEPADA SIMPANAN EMAS
KWSP i-Lestari

Kerajaan mengumumkan kemudahan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Ekonomi (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah mengeluarkan simpanan akaun dua mereka, maksimum RM500 sebulan untuk 12 bulan.

Kemudahan ini sudah tentu memberi keringanan kepada pencarum apabila mereka mempunyai lebihan maksimum RM6,000 untuk dibelanjakan setahun akan datang.

Ini terutamanya untuk pekerja yang pendapatan mereka terjejas akibat isu COVID-19.

Bagaimanapun, terdapat pekerja yang pendapatan mereka tidak terjejas turut berhak mengeluarkan caruman mereka. Ini akan menjejaskan simpanan untuk persaraan mereka.

Bukan sahaja jumlah simpanan mereka akan berkurang, mereka turut hilang potensi dividen yang akan diterima.

Sebenarnya langkah ini lebih memberi makna untuk merangsang pertumbuhan ekonomi jangka pendek. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan meningkat secara langsung melalui perbelanjaan swasta.

Maka jumlah pengeluaran RM40 bilion akan menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan swasta, seterusnya KDNK.

Malah peningkatan KDNK dijangka melebihi jumlah itu melalui kesan pengganda.

Perlu diingat dasar ini turut mempunyai kos dalam bentuk kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi, terutama untuk jangka panjang.

Ini terutamanya melalui saluran pelaburan. Jumlah pengeluaran KWSP sebanyak RM40 bilion itu juga bermakna potensi pelaburan sejumlah sama sudah terlepas.

Tanpa pengeluaran itu jumlah berkenaan berupaya untuk meningkatkan pengumpulan modal di dalam ekonomi.

Perbelanjaan modal atau pelaburan akan memberi kesan pertumbuhan ekonomi jangka panjang berbanding penggunaan swasta yang lebih menumpukan kepada pertumbuhan jangka pendek.

Pada masa sama, jika pengeluaran KWSP oleh pencarum dapat disalurkan kepada kegunaan yang mampu meningkatkan potensi ekonomi masa hadapan adalah mampu memberi manfaat yang lebih besar.

Mungkin untuk pencarum yang pendapatan mereka tidak terjejas, pengeluaran KWSP patut dihadkan untuk kegunaan yang memberi kesan berganda kepada ekonomi.

Umpamanya, untuk kegunaan latihan atau lain-lain aktiviti yang mampu meningkatkan produktiviti ekonomi.

Pengeluaran untuk perbelanjaan perlu dihadkan kepada mereka yang terjejas pendapatan kerana COVID-19.

Namun, kumpulan ini juga perlu diberi perhatian kerana mereka terpaksa membelanjakan pendapatan akan datang mereka.

Bermakna mereka terpaksa berkorban wang persaraan mereka untuk menolong menjana pertumbuhan ekonomi.

@ Penulis adalah Penganalisis Ekonomi

Sumber: Berita Harian Online

 

SELAMATKAN DUIT I-LESTARI DALAM BENTUK EMAS

Ada orang dapat duit boleh buat duit, ada orang dapat duit boleh habiskan duit macam biasa. Disini saya nak kongsi satu cara untuk tuan puan yang "dapat duit" dan ada usaha untuk selamatkan duit menjadikan duit tersebut berguna dimasa akan datang. Saya nak kongsi cara memanfaat duit i-Lestari (EPF) yang kerajaan bagi keluarkan setiap bulan itu kepada simpanan emas.

CARA SIMPAN EMAS 

“Duit KWSP dapat RM 500 saja sebulan. Macam mana nak beli emas berharga RM 6,000 tu?” 

Tak perlu risau. Ada syarikat emas namanya Public Gold yang sediakan kaedah Syariah Easy Payment Purchase (SEPP). Bahasa ʼlaymanʼ nya ansuran. Tetapi kaedah ini telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors, diketuai Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang juga pengerusi majlis penasihat syariah Bank Negara.

Dengan cara ini, kita dapat mendisiplinkan diri untuk buat simpanan setiap bulan. Jadikan simpanan sebagai komitmen bulanan sebagai simpanan untuk hari akan datang. 

Saya dah sediakan poster cantik menawan di bawah ni. Pilihlah mengikut kesesuaian. 

Ingat sahabat,

Dana i-Lestari KWSP ini adalah dana persaraan kita. Bukan untuk dijoli. Kalau nak simpan bawah bantal pula, nilainya dimamah inflasi. Baiklah sahabat bijak semua. Selamat menabung aset emas untuk hari tua anda!

Azam Amiri www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas