TIPS PENGURUSAN KEWANGAN REMAJA DAN PELAJAR UNIVERSITI

Kehidupan di zaman kemelesetan ekonomi pada hari ini sangat mencabar dengan pelbagai halangan dan kekangan kewangan kepada semua orang ramai. Masalah kewangan menjadi masalah utama yang membelenggu kehidupan pada hari ini. Mana tidaknya, dalam semua perkara yang dilakukan memerlukan duit, hatta nak masuk tandas pun kena bayar.

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN REMAJA DAN PELAJAR UNIVERSITI
Kewangan Pelajar

CARA PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PARA REMAJA DAN PELAJAR UNIVERSITI

Belajar mengurus kewangan di zaman remaja ataupun semasa menuntut di alam universiti adalah masa terbaik untuk para remaja dan pelajar universiti mendisiplinkan diri belajar urus kewangan dengan baik dan membina tabungan untuk hari akan datang sebanyak mungkin.

Kehidupan di zaman kemelesetan ekonomi pada hari ini sangat mencabar dengan pelbagai halangan dan kekangan kewangan kepada semua orang ramai. Masalah kewangan menjadi masalah utama yang membelenggu kehidupan pada hari ini. Mana tidaknya, dalam semua perkara yang dilakukan memerlukan duit, hatta nak masuk tandas pun kena bayar.

Golongan yang paling merasai beban kewangan ini sebenarnya adalah golongan mahasiswa ataupun penuntut-penuntut di IPT. Berbeza dengan golongan yang sudah bekerja semestinya sudah memiliki gaji tetap dan lebih banyak berbanding elaun ataupun PTPTN yang diperolehi mahasiswa.

Zaman belajar bukan masanya untuk bersuka-ria, dan bukan masanya untuk bergaya semacam orang yang sudah bekerjaya. Tapi ianya adalah satu alam pembelajaran awal untuk melatih diri bersama masyarakat dan mengurus diri selepas keluar daripada IPT nanti.

Jika tidak sediakan payung sebelum hujan, para remaja dan mahasiswa akan mengalami masalah kewangan yang teruk. Masalah kewangan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi mereka dalam pembelajaran. Oleh yang demikian, para remaja dan mahasiswa perlulah bijak merancang kewangan dalam perbelanjaan seharian. Dimana kita akan datang bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini, siapa kita akan datang bergantung dengan siapa kita berkawan hari ini, segalanya adalah bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini. Hari ini adalah hari yang menentukan siapa kita akan datang dan dimanakah kita akan datang. Insyaallah

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tips yang agak mudah untuk membantu para remaja dan mahasiswa dalam membuat pengurusan kewangan yang bijak.

 

1. BUAT BAJET PERBELANJAAN.

-Percayalah, pengurusan kewangan anda akan lebih tersusun sekiranya anda tahu berapa duit yang masuk dan keluar setiap bulan.

- Bahagikan duit bulanan yang anda dapat dari mak ayah / PTPTN / Biasiswa / bisnes untuk perkara seperti yuran, simpanan, makan minum, buku, bil-bil, rumah sewa, minyak moto/kereta, dan lain-lain. Jangan habiskan duit PTPTN yang ada, ia bukan biasiswa tetapi pinjaman yang ada bunga bunga cinta. 

- Tetapkan limit perbelanjaan bulanan untuk setiap perkara tersebut. Sebaiknya buat satu draf perbelanjaan setiap bulan terus.

 

2. PINJAM SECARA BIJAK.

- Kebanyakan dari kita menggunakan pinjaman PTPTN untuk menyambung pengajian.

- Kita seronok saat duit PTPTN masuk akaun bank. Yeayyy!

- Tapi kena ingat! apa yang dipinjam mesti DIBAYAR SEMULA!

- Jangan dapat PTPTN terus belanja tak tentu hala, beli hp baru dan sebagainya.

- Usaha selagi boleh untuk dapatkan DISKAUN PTPTN dengan mendapatkan pencapaian yang sangat cemerlang dalam pelajaran. Malah boleh ditukar menjadi biasiswa lagi!

 

3. BELAJAR UNTUK BERKATA TIDAK!

- Tidak dinafikan ada antara kawan-kawan kita yang hidupnya mewah, datang dari keluarga berada dan berkemampuan.

- Kerap makan di luar. Hujung minggu berjalan. Pergi tengok wayang.

- Bila kita diajak untuk join mereka, belajar untuk katakan TIDAK.

- Kita tidak perlu makan diluar hari-hari, boleh masak sendiri. Tak perlu tengok wayang dihujung minggu, baik cycling pusing Universiti ataupun buatlah apa-apa aktiviti yang berfaedah.

- Banyak yang boleh dijimatkan dengan hanya berkata TIDAK.

 

4. CARI DISKAUN PELAJAR.

- Banyak tempat dan servis yang memberikan diskaun pelajar!

-Jangan lepaskan peluang ni!!

- Bawa kad pelajar anda kemana-mana.

- Dan JANGAN SEGAN untuk minta DISKAUN PELAJAR walaupun tidak dinyatakan! JUST ASK! Kalau tak dapat diskaun pun, mesti pekerja tu bagi free gift!

- KTMB, TGV Cinema, Kedai makan, kedai buku, KFC, kebanyakkannya ada diskaun untuk pelajar. Go grab it! (Jika tak boleh tahan sangat)

 

5. KURANGKAN PENGGUNAAN MOTOR & KERETA .

-Jika kelas dekat dan rasa ianya tidak keberatan untuk berjalan, maka berjalan lah, dan jika ada bas Universiti maka naik lah bas, jimat minyak dan jimat kos. Macam di sesetengan universiti ada bas kitaran, so naik lah bas. Jangan nak berlagak sangat acah-acah budak macho tak boleh naik bas.. huhu

-Guna kenderaan apabila perlu sahaja, contohnya jika kecemasan, dan seumpama dengannya.

 

6. BELAJAR MENYIMPAN EMAS.

- Dah dapat duit PTPTN jangan simpan semua dalam akaun bank. Keluarkan, segera beli EMAS!

- Dengan menyimpan emas, simpanan kita susah untuk bocor. Kalau ada RM2,000 dalam akaun, mesti nak bukak Lazada lah, Lelong lah.. ade jee syaitonirrajimmm.. Maklumlah sifat kita dengan duit memang suka berbelanja, asal ada ja duit dalam akaun mesti macam-macam akan timbul dalam fikiran untuk membeli.

- Tapi kalau kita ada 10gm emas yang nilainya juga RM2,300 (semasa saya tulis ni) mesti kita takkan gunakan, takkan gadaikan. Percayalah! Lagi satu, sekarang ni kita dah boleh simpan emas serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP Public Gold. (Nak tahu apa itu akaun emas Public Gold anda baca disini >> Apa Itu Akaun Emas GAP Public Gold??

 

 PANDUAN BELANJA DUIT PTPTN & CARA BUAT TABUNGAN EMAS

 TAHNIAH!! Selamat mendaftar pelajar baru, pesan buat adik kita yang baru jadi pelajar baru. 

1. Jangan habiskan duit PTPTN yang ada, ia bukan biasiswa tetapi pinjaman yang ada bunga bunga cinta. 

2. Rancang belanja dengan bijak dan kacak jelita dengan duit yang ada, dan pastikan ada wang lebihan untuk ditabungkan. 

3. Bahagikan duit PTPTN yang diterima dengan tempoh satu semester. Cara terbaik, asingkan terlebih dahulu wang untuk kegunaan & untuk tabungan. Dan harap jangan usik wang tabungan. 

4. Kita akan dapat jumlah berapa sehari yang kita boleh belanja. Gunakan itu sahaja. Cukup 1 semester, alihkan duit tabungan anda kepada emas, ini berdasarkan jumlah tabungan anda. Sekiranya cukup untuk 1 Dinar emas maka tukarkanlah kpd 1 Dinar emas, klau lebih tiada masalah. Ikut atas kemampuan & bajet masing masing. Kemungkinan simpanan emas anda selepas belajar nanti amat bermakna kepada anda. Masa belajar adalah masa yang terbaik untuk buat tabungan sebanyak mungkin, Sebab masih belum terikat dengan pelbagai masalah & tanggungan. 

5. Usahakan untuk tidak mintak duit dari ibubapa kita, belajar hidup seadanya. Zaman susah waktu belajar akan dikenang sampai bebila, Biarlah biasa tapi selesa!!

6. Tempat makan bukan di McDonal dan Starkbak, dewan makan dan kafeteria ada.

7. Pelajar baru jangan mengada ngada nak pakai hp cap buah Apple, cukup pakai oppo atau vivo saja. 

8. Azam buat simpanan duit PTPTN yang ada, Rancang tabungan seawal mungkin. Jangan nk enjoy2, ini bukan masanya lagi.. Di Universiti ataupun institusi pengajian ini belajar hidup susah secara bijak. Selamat belajar adik adik!!

 

BINA SIMPANAN KETIKA BELAJAR                          

Para pelajar IPT atau IPTS, bagi mereka yang bergantung sepenuhnya dengan duit pinjaman, elaun atau biasiswa.

Perbelanjaan harian dan kos belajar akan ditanggung oleh duit tersebut. Pendek katanya, duit itu memang untuk dihabiskan kesemuanya.

Apa kata, setiap kali dapat duit pinjaman, elaun atau biasiswa, asingkan sebahagian kecil daripadanya sebagai simpanan wajib. 

Paksa simpan dan lupakan terus! 

Nak lebih berkesan, tukar jadi emas fizikal. 

Sebagai contoh, jumlah duit yang diperolehi ialah RM1000. Asingkan terus RM200 dan beli emas. Anggap saja jumlah duit ialah RM800.

 Apa saja yang berlaku, jangan sesekali difikirkan emas bernilai RM200 itu tadi. InsyaAllah gaya perbelanjaan akan diselaraskan secara automatik. 

Dan bagi setiap kali pembayaran duit pinjaman, elaun atau biasiswa, anda akan berjaya membina aset sendiri, sedikit demi sedikit.

Selamat belajar adik adik. Kepada anda yang nak tahu cara-cara menyimpan emas boleh wasap atau maklum kepada saya untuk cara-cara yang lebih detail,

 

Azam Amiri || PG00099605

Founder Star Master Dealer Public Gold 

www.wasap.my/+60179600278/NakMulaSimpanEmas