CUBA BAYANGKAN APABILA SATU DUNIA GUNA DUIT

Bila 1 dunia pakai "duit online" @ matawang digital. Tiada lagi pkai duit cash di tangan. Kemudian secara tiba-tiba ada 1 peristiwa atau kejadian yang buat 1 dunia tiada lagi elektrik.

CUBA BAYANGKAN APABILA SATU DUNIA GUNA DUIT
Gambaran suasana apabila terputusnya semua bekalan elektrik di dunia

Cuba bayangkan.. Bayangkan saja....!!!

Bila 1 dunia pakai "duit online" @ matawang digital. Tiada lagi pkai duit cash di tangan. Kemudian secara tiba-tiba ada 1 peristiwa atau kejadian yang buat 1 dunia tiada lagi elektrik.

Semua putus, internet sudah tidak dapat lagi di access (serupa mcm ni covid19 la secara tiba-tiba 1 dunia kena lockdown). Logiknya... Ini bermakna 1 dunia akan jatuh miskin papakedana....

Duit juta2 billion2 dalam "online" mana mahu kluar? Bitcoin, Altcoin, Cocoin ???? Yang nilainya ribuan dollar semua Tak boleh pakai. Sedihkan!

Semua orang akan dalam kesusahan yang amat sangat (sekarang ni pun memang 1 dunia rasa susah bila kena lockdown pasal ini covid19). Tapi yang ni dia punya lockdown lain macam sikit, kita punya duit semua kena lockdown.

Macam mana mahu beli barang keperluan untuk hidup? Makanan, minuman?

Macam mana nak bayar hutang ? Apa jadi pada nasib Kita di Alam satu lagi..

Pernah tak terfikir?

Apa akan jadi jika 1 atau 2 3 4 5 6 7 hari tidak dapat makan dan minum?

Adakah semua org akan pergi rompak kedai-kedai, pasar-pasar? Berbunuhan untuk dapatkan bekalan makanan dan minuman?

Adakah orang mampu nak halalkan hutang yang kita buat hari ni?

Kerana tiada lagi cash di tangan walaupun anda seorng jutawan billionaire.

Mesti akan ada cakap-cakap....

"Oiii gila ka mana mungkin 1 dunia putus bekalan elektrik, tiada access internet, mustahil"

Tapi...

Pernahkah anda terfikir harini kita 1 dunia kena lockdown disebabkan 1 peristiwa yang secara tiba-tiba menyerang seluruh dunia, peristiwa ini dinamakan "Pandemik Covid19". Sudah banyak industri2 perniagaan2 kecil gulung tikar.

Hakikatnya semua ini diluar kotak pemikiran kita. Sebelum ini kita hidup seperti biasa, bebas bergerak kesana kesini... Tidak pernah terfikir sama sekali akan muncul penyakit seperti Covid19 yang menghadkan pergerakan kita semua. Sebelum ini ada wabak... tapi tidaklah seteruk Covid19.

Pandemik C19 ini tidak begitu beri kesan kepada orang yang berduit kerana mereka masih cukup serba serbi. Tapi bayangkan jika secara tiba2 suatu peristiwa ini membawa kita seluruh dunia jatuh miskin. Wang digital semua di lockdown.

Siapa ada Emas di tangan, dia yang ada duit dan boleh buat tukaran barang dan Emas.

Percaya atau tidak 1 dunia sedang bergerak kearah penggunaan mata wang digital. Di China mereka sedang menguji penggunaan digital yuan secara total, di Jepun, korea, di eropah, di negara2 maju semua sedang kearah itu. Banyak applikasi dibangunkan kearah matlamat ini.

Tidak terkecuali kita di Malaysia. Kita sebenarnya sedang di didik menggunakannya. Grabpay, Boost dan mcm2 lg e-wallet diperkenalkan. Jika secara total wang digital sudah digunapakai. Tidak ada lagi Cash byhand.

Semua urusan kita akan jadi sangat mudah sebab pada masa itu kita ada bekalan elektrik, internet 5G. Semua dihujung jari sahaja.

Tapi... Bayangkan... Semua ini, yang mudah, yang cepat ini... Tiba2 hancur, lenyap, rosak, musnah begitu sahaja di sebabkan munculnya 1 peristiwa yg kita semua tidak dapat fikirkan buat masa ini. Dunia akan "bergelap".

Kita sekarang sedang menuju kepada penggunaan secara total matawang digital. Dan pandemik covid19 ini dijadikan alasan yang cukup kukuh kearah penggunaan matawang digital.

Guys...

Harini pergerakkan kita di lockdown disebabkan peristiwa - Pandemik Covid-19.

Apakah pula peristiwa yang akan buat semua duit/wang kita totally lockdown? Fikir2kan...!

Jika covid19 kerajaan masih boleh bantu kita, NGO2 masih boleh bantu kita, jiran2, sedara mara masih boleh bantu kita. Siapakah pula yang akan bantu kita jika duit/wang kita di lockdown disebabkan peristiwa ini?

Siapa yang akan hulurkan bantuan kepada kita?

Kerajaan? Sudah pasti bukan...

Billionaire2 dunia? Tidak sama sekali...

Jadi siapa?

Siapakah yang akan menjelajah keseluruh dunia untuk offer bantuan pada kita masa itu?

Siapakah yang akan cukupkan keperluan hidup kita, makan minum?

Kita sekarang sedang berada di antara Pandemik Covid19 - Vaccine - Penggunaan Mata Wang Digital Secara Total... Selepas ini kita tidak tahu apa yg akn berlaku.

"2 perkara yg paling ditakuti manusia"

1. Penyakit

2. Kemiskinan

Salam 1 Syahadah ☝️