GOLD IN TRANSIT - PENGHANTARAN EMAS PERTAMA DI MALAYSIA

Pengahntaran emas terus ke rumah pertama di Malaysia melalui servis GIT yang ditawarkan oleh Public Gold, mudah dan selamat.

GOLD IN TRANSIT - PENGHANTARAN EMAS PERTAMA DI MALAYSIA
Gold In Transit

Servis GIT ini adalah servis penghantaran emas yang pertama diperkenalkan oleh syarikat emas terbesar di Malaysia iaitu Public Gold. Ianya sangat mudah dan selamat untuk mendapatkan stok emas fizikal terus dari HQ Public Gold di Pulau Pinang, setiap penghantaran dibuat oleh ‘courier’ DHL dan ianya ada dilindungin dengan insurans sehingga RM5,000 untuk setiap penghantaran.

Penyimpan emas Public Gold boleh dapatkan servis GIT untuk kesemua kaedah pembelian emas di Public Gold samaada pembelian terus (Outright Purchase), pembelian melalui Akaun Emas GAP atau pembelian SEPP bayaran bulanan ( Syariah Easy Payment Purchase ).

HQ Public Gold akan pos emas fizikal ke alamat kita (maksimum 20 gram) untuk setiap penghantaran, setiap penghantaran akan disertakan dengan invoice dan satu Goldbar Holder yang berharga RM15 PERCUMA. 

BERIKUT ADALAH PROSES UNTUK MEMBUAT URUSAN GIT:

1. Maklumkan kepada cawangan berkaitan untuk transaksi GIT.

a. Pesanan proforma Atau;

b. Pengeluaran GAP

2. Pastikan anda pembayaran penuh dilakukan sebelum meneruskan transaksi GIT.

a. Untuk pengeluaran GAP diperlukan untuk memasukkan Gold Premium terlebih dahulu ke Akaun Bank Public Gold seperti di bawah:

PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD.

  • Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)
  • Acc No. : 5071-3410-4563
  • Swift No. : MBBEMYKL

ATAU

  • Bank : Public Bank Berhad
  • Acc No : 3167-52-0833
  • Swift No : PBBEMYKL

 

b. Setelah membuat pembayaran Gold Premium, Whatsapp bukti pembayaran ke cawangan perkhidmatan terdekat dengan anda. Rujuk senarai No.Telefon Cawangan Public Gold terdekat disini - https://publicgold.com.my/index.php/branch

3. Setelah staf cawangan perkhidmatan mendapat maklumat lengkap, staf cawangan akan meneruskan permintaan GIT.

 4. Terima arahan dari staf cawangan untuk menyetujui transaksi GIT.

 5. Log masuk Akaun Public Gold di Laman Web Public Gold. www.publicgold.com.my

 6. Pada halaman My Account, dan cari "My Shipping" seperti di bawah, dan klik butang.

 

7. Setelah log masuk ke halaman My Shipping, cari senarai penghantaran yang berada di bawah status "Unpaid". Dan klik pada nombor ID untuk melihat lebih detail.

8. Isi maklumat penghantaran seperti di bawah.

a. Pastikan nombor telefon dapat menerima SMS. TAC akan menghantar melalui SMS untuk mengesahkan transaksi.

 

b. Bayaran penghantaran seperti di bawah:

9. Setelah klik butang lanjutkan, terima kod TAC melalui SMS seperti di bawah.

10. Masukkan kod TAC ke dalam petak dan klik butang "Proceed".

 

11. Selepas memasukkan TAC dan mengesahkan penghantaran, buat pembayaran untuk caj penghantaran.

 Pilih kaedah pembayaran, dan klik butang Proceed.

 a. Lakukan pembayaran melalui FPX.

 Atau;

 b. Bayar melalui pindahan wang melalui bank dan muat naik slip pembayaran

12. Setelah pembayaran selesai, Public Gold Branch akan menerima pemberitahuan e-mel dan meneruskan untuk GIT.

13. Tarikh penghantaran bungkusan seperti yang tertera di bawah.

14. Nombor Penjejakan Konsinyasi dapat diperoleh dengan permintaan dari cawangan perkhidmatan. (tidak lama lagi akan

kemas kini secara automatik pada status Penghantaran Saya)

15. Terima bungkusan dalam masa 3-5 hari bekerja. Sekiranya melebihi 5 hari, sila maklumkan kepada cawangan perkhidmatan anda.

SELESAI......

GOLD PREMIUM

Saya ringkaskan jawapan seperti ini. 

Gold premium adalah kos yang public gold cas untuk cover kos insurans dan pengangkutan, untuk hantar emas tersebut kepada branch. Jawapan seperti ini ringkas dan boleh dihadam untuk kebanyakan pembeli. 

Kalau beli emas kat kedai emas, mereka akan cas upah tukang. Tapi kat Public Gold, kita tak panggil kos upah tukang, tapi gold premium.

Namun untuk orang yang nak tahu maksud premium secara detail.

Premium bermaksud kos yang ditambah keatas harga emas untuk cover kos-kos membeli dan menghasilkan produk akhir (end product) seperti banking fee, fabrication/minting, gold losses, % profit, transportation and insurance fee (jawapan ini terlampau complicated) dan tidak sesuai. Ia bersifat akademik. Kalau nak tahu in details pasal premium, boleh baca kat sini https://preciousmetals.shandaconsult.com/gold-premium/

TESTIMONI GIT

Testimoni penyimpan emas dibawah bimbingan saya yang baru saja dapat emas yang dipesan melalui GIT. Walaupun sekarang masih dalam perintah Lockdown tidak menjadi masalah untuk kita beli dan simpan emas.

Di Public Gold semestinya mudah, murah, selamat dan patuh syariah untuk urusan jual beli emas. Kita boleh beli emas secara atas talian hanya KLIK-KLIK di website dan emas boleh dihantar terus ke rumah dengan menggunakan kemudahan GIT (Gold In Transit) pertama di Malaysia yang Public Gold sediakan. Semestinya selamat dan dicover insurans 100%.

Perkara yang saya paling suka adalah melihat orang lain suka. Saya sebagai dealer Public Gold bertanggungjawab untuk membantu segala urusan jual beli emas pelanggan saya dengan sebaiknya. InsyaAllah, terima kasih dan tahniah kepada semua penyimpan-penyimpan emas dibawah bimbingan saya dan team #PGeT. Saya doakan semoga anda semua terus konsisten menyimpan emas sebagai salah satu portfolio kewangan anda.

Azam Amiri

Double Star Founder Master Dealer Public Gold

Berminat untuk mula simpan emas, boleh hubungi saya terus klik sini SAYA NAK MULA SIMPAN EMAS