JANGAN TANGGUH UNTUK MULA MENYIMPAN

Konsep simpanan adalah bermula, simpanan terlebih dahulu selebihnya baru belanja

JANGAN TANGGUH UNTUK MULA MENYIMPAN

SITUASI SEBENAR JIKA TANGGUH UNTUK MULA MENYIMPAN

"Salam Azam, aku rasa dah tiba masanya untuk aku cepatkan langkah dan tindakan aku untuk pindahkan duit² aku ke dalam bentuk emas, lebih terjamin"

(Disember 2019)

Disertakan juga video Tun M bagi penarangan tentang kepentingan emas dan menggalakkan rakyat Malaysia memyimpan emas https://youtu.be/okSuZQH8KL8

Nak dipenddekkan cerita, saya bagilah semua ebook2 dan terangkan serba sedikit tentang emas kepada Abu ni (bukan nama sebenar). Siap baca bagitau saya ya. Kalau ada tak faham boleh tanya.

"Ok baik, nanti siap baca aku akan fahamkan dan saya akan terangkan kepada family."

(Januari 2020)

"Salam Azam, nanti nak jumpa dan nak record apa yang Azam terangkan, senang nak bagi info dekat family."

Kami keluar lah pergi kedai roti naan sambil saya nak sarapan pagi, dan berbual panjang juga, saya dah terangkan lama lah jugak, dari pukul 10.00 pagi hingga Zohor rasanya. Dan kemudian kami balik.

"Azam, aku nak talk with parents dulu nanti apa-apa aku inform Azam , boleh?"

Saya bagitau lah, Boleh mula dulu minimum RM100, 1gram atau terpulang kepada bajet yang mampu sebagai benchmark harga aras tanda pertama, selagi tak mula, selagi itulah tak akan faham.

"Nice2 japgi aku call mak aku dan nak cerita pasal benda ni.. Apa-apa aku update sini. Tak sabar nak simpan emas."

Beberapa hari kemudian..

"Salam Azam, aku dah bicang² dengan mak aku, mak aku cakap nanti dulu tunggu masa aku dah ada duit lebih aku akan terus buat simpanan emas duit yang saya nak freeze tu kira simpan dlm bentuk emas terus, buat masa sekarang ni belum lagi, apa-apa nanti aku boleh pergi branch Taman Molek (Johor) kan untuk uruskan buat bende ni kan Azam? Apa-apa kalau aku masih kurang jelas saya roger Azam balik????????"

Semua boleh buat secara online, tak perlu susah2 nak pergi branch, dan semuanya saya akan urus. Ok baiklah.

(Februari 2020)

0Salam Azam, free tak? nak tanya hari ni harga emas berapa?. Aku nak buat by peringkat boleh? "

Kemudian saya bagitau lah harga emas hari ni murah sikit RN234/gram.

"Ouh, boleh jatuh atau naik lagi ka?"

Saya bagitau "Harga pernah naik sampai RM250/gram."

Bayangkan kalau kamu beli emas masa harga RM200/gram dulu pastu harga emas naik RM250/gram dah berapa banyak beza harga tu. Memang rugi lah kalau tanya saja tanpa bertindak.

Masa kamu tanya dulu harga lebih kurang RM200 ja segram.

Saya bukan paksa, tapi memang macam tu, kalau kaji saja, tunggu lah beberapa tahun lagi memang tak akan tersimpan la emas jawabnya.

"Agak2 berapa gram yang sesuai aku nak mula?"

Terpulang kepada bajet, kita sendiri yang nak simpan.

"Boleh tak aku nak mula beli emas RM1k?

Saya tak boleh nak bagitau, kadang2 orang bajet kecil kita suruh simpan banyak kesian pulak, kadang2 orang bajet besar kita suruh simpan sikit lain macam pulak orang rasa. So, ikut kemampua dan kesediaan kita.

Saya tahu sangat sebab dah biasa dah.

Ramai ja orang tanya, pastu kata nak tunggu, nak kaji lah, padahal dia tak tahu pun nak kaji macam mana. Akhirnya tak tersimpan, pastu selepas 2/3 tahun kemudian baru PM balik tanya harga emas, saya bagitau harga emas semasa terus terkejut, kata rugi tak beli terus dulu, pastu apabila kita suruh mula kata nak tunggu murah sikit lagi, sampai hari ni tak tersimpan.

Memang rugi sangat-sangat, saya takda masalah, saya tetap beli dan simpan untuk diri sendiri, kita hanya nak bantu ja, kita bagitau apa yang kita dah lalui dan berdasarkan pengalaman kita.

"Okey jap aku kira bajet..."

"Aku dalam masa sekarang tengah settle UPU, Selepas tu aku buat proses pembelian ni. Memang nak buat tapi baru² ni dah keluat result focus kat UPU jap then sambung balik ke Emas harini RM 232/gram ya?"

Ya, RM232/gram hari ni, murah sikit berbanding seminggu yang lepas.

"Noted Azam, nanti apa-apa aku bagitau feedback, tengah busy kat UPU, terima kasih bagitau."

Dan beberapa minggu kemudian selesaikan urusan UPU, saya pun tak ambil tahu pun, saya pun tak pasti kenapa lama sangat buat urusan UPU online, saya pun pernah buat urusan UPU sehari dah boleh siap!

(March 2020)

"Assalamualaikum Azam, aku ni Abu, nak tanye kalau dalam masa sekarang, macam mana nak simpan emas , masih ada peluang lagi tak?"

Waalaikummussalam, Kalau nak mula jangan fikir panjang, kalau nak tunggu teruskan menunggu...

TAMAT

Inilah kisah yang selalu terjadi kepada anak-anak muda dan orang yang selalu nak tangguh dan nak tunggu bagi sempurna baru nak bertindak. Akhirnya diri sendiri yany rugi.

P/s: Abu ni bertanyakan kepada saya pada bulan Disember 2019 lagi, katanya dah nak mula simpan emas atas kesedaran diri sendiri tengok video Tun M dan baca serba sedikit info tentang keadaan ekonomi dan emas sekarang ni.

Pada masa Abu tanya ni, harga emas sekitar RM200 sahaja untuk 1gram. Kemudian dia tangguh sampai bulan Januari, kemudian ke bulan Februari, dan tangguh lagi sampai bulan Mac, sampailah sekarang bulan April masih lagi dalam kajian rasanya atau masih sibuk dengan urusan.

Saya sedikit tidak rasa apa berkehendak, jika nak mula simpan emas teruskan, jika nak tunggu silakan. Saya memang tak akan paksa orang, diri sendiri yang perlu berntindak. Hari ini harga emas dah cecah RM256/gram. Cuba bayangkan pada awalnya dia tanya harga emas cuma RM200 sahaja, hari ini sudah naik sehingga RM256/gram.

Bagi saya sangatlah rugi, saya berkongsi info dan bagi pendapat bukan saya pandai-pandai, tapi saya bagitau apa yang saya faham dan berdasarkan pengalaman yang saya pernah lalui sendiri. Jika nak dengar boleh, jika tak nak dengar pun boleh.

Inilah sedikit perkongsian yang saya harap dapat memberi kefahaman kepada orang diluar sana. Kena ingat bukan saya yang memberikan kefahaman, tapi hakikatnya Allah sahaja yang dapat bagi kita faham. Wassalam.

Saja nak kongsi, ini bukan kali pertama dan kedua, tapi saya dah biasa. Tidak menjadi masalah kepada saya dan sedikit pun saya tidak rasa bersalah, yang penting saya hanya ingin berkongsi ilmu dan manfaat kepada orang ramai. Saya tetap simpan emas dan bertindak apa yang saya nak.

Semoga dapat belajar daripada kisah ini..

(Saya tulis posting ini pada tarikh 15 April 2020)

(Gambar sekadar hiasan)

TIPS SIMPANAN

Harga emas murah ka, harga emas mahal ka, kalau kita faham betul-betul tentang emas, harga tidak menjadi halangan untuk kita mula dan konsisten menyimpan emas setiap masa.

Kebanyakannya perkara yang paling sukar adalah bermula, tapi jika kita dah bermula saya yakin ianya akan menjadikan anda lebih #faham dan lebih #bermotivasi.

Selagi anda tidak mula, selagi itulah anda tidak akan faham. Apabila dah mula, selarikanlah diri anda dengan belajar secara sedikit demi sedikit.

Mula dulu simpan emas serendah RM100 ataupun 1gram pertama dan konsisten selama 12 bulan pertama. Insyaallah anda akan nampak hasil simpanan anda.

 

Azam Amiri
Suka berkongsi ilmu emas dan kewangan