JUAL BELI EMAS PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH PERTAMA DI MALAYSIA

Pengesahan sijil Patuh Syariah untuk semua produk emas Public Gold dan sistem jual beli emas telah mendapat sijil dan menepati kriteria Patuh Syariah pertama di Malaysia.

JUAL BELI EMAS PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH PERTAMA DI MALAYSIA
Sijil Pengesahan Patuh Syariah Public Gold

Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold pada 11 November 2017 yang diadakan di TH Hotel, Kelana Jaya dengan jumlah peserta seramai 400++ orang. Pada tahun tersebut, dengan kerjasama Malaysia Gold Association (MGA), dengan bangganya kami telah menjemput Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Eksekutif Amanie Advisors & Penasihat Shariah Kumpulan Public Gold, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah, Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya sebagai penceramah jemputan pada seminar tersebut bagi membincangkan topik-topik dari sudut pandangan minda syariah & analisis emas dalam pasaran semasa dan sebagainya.

Tahniah kepada rakan-rakan media dan para peserta datang dari seluruh Malaysia, termasuk Singapore bagi mendapatkan ilmu daripada pakar penceramah Syariah yang hebat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penceramah kerana telah sudi meluangkan masa dengan para peserta untuk sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan serta bertukar-tukar pendapat mengenai topik shariah yang semakin hangat & mendapat tempat dikalangan masyarakat pada masa kini.

Dengan pengumuman yang disampaikan pada hari seminar tersebut, bermakna kesemua proses jual beli emas dengan Public Gold telahpun disahkan patuh syariah. Bermula pengumuman pengesahan Public Gold patuh shariah fasa pertama pada 16 Disember 2016, kini pengesahan untuk produk Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP). Alhamdulillah, ini bermakna Public Gold adalah satu-satunya syarikat (yang bukan Institusi Kewangan) jual beli emas fizikal di Malaysia yang disahkan patuh syariah.

 

Sijil Patuh Syariah Fasa Pertama 2016

Sijil Pengesahan Patuh Syariah Fasa Pertama Untuk Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase), Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP) dan juga Jualan balik (Buy Back).

 

PENGESAHAN SYARIAH (FASA 1) - Oleh Ustaz Khairul Anuar Basri

Alhamdulillah.
Secara rasminya Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :
.
1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).

2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).

3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai 
menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.

2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
 

Seminar Emas dan Syariah anjuran Public Gold, di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya pada 11 November 2017. Seminar ini memberikan kefahaman tentang jual beli emas patuh syariah oleh dua panel syariah jual beli emas ternama di Malaysia iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah .

 

Public Gold Tidak Diwajibkan Lantik Panel Syariah

Berdasarkan komen Tuan Afyan Mat Rawi (penasihat kewangan) tentang industri emas dan pengesahan kepatuhan syariah, beliau ada mengatakan Public Gold tidak diwajibkan lantik panel syariah, sepertimana yang beliau kongsikan di akaun facebook beliau;

FB : AFYAN MAT RAWI

Satu perkembangan menarik dalam industri emas apabila bisnes emas Public Gold disahkan patuh syariah.

Semalam pengesahan rasmi pematuhan syariah oleh Amanie Advisors Sdn Bhd yang diketuai oleh seorang tokoh Muamalat Islam yang tidak asing di Malaysia, Dr Daud Bakar.

Ia satu perkembangan menarik dan positif bagi industri kewangan di Malaysia kerana emas antara komoditi pelaburan yang ada di Malaysia tapi jarang ada terdapat syarikat yang berusaha mendapatkan status patuh syariah, kerana industri emas di Malaysia tidak ada kewajipan berbuat demikian.

Tidak ada pematuhan syariah bukan bermaksud ia tidak patuh syariah, tapi dgn adanya pematuhan syariah ia meningkatkan kredibiliti sesebuah syarikat.

Jika kita lihat dalam market industri berkaitan emas di Malaysia, boleh dikira dengan jari syarikat emas yang mempunyai pematuhan syariah.

Dahulu tahun 2013, syarikat Hana Gold dgn penasihat syariahnya Ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang kemudiannya beliau tarik balik apabila syarikat tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.

Tahun 2014 Syarikat Darul Emas Perak (Tok Belagak) juga pernah “melantik” penasihat syariah tapi tidak kesampaian mendapat kepatuhan syariah apabila penasihat syariah tarik diri dan tersontot di pintu shorga.

Sebelum Public Gold, Amanie Advisors juga pernah memberi kepatuhan syariah kepada syarikat Hello Gold.

Selain itu juga, beberapa bank sudah pun keluarkan produk emas mereka sendiri yg patuh syariah, seperti Kuwait Finance House dan Ar Rajhi Bank beberapa tahun dahulu dan yang terkini, Bank Muamalat.

Ia perkembangan yg positif supaya umat Islam di Malaysia ada pilihan untuk mendapatkan emas dan menyertai pelaburan emas patuh syariah.

Tahniah Public Gold atas usaha ini.

Tahniah Dato’ Louis Ng selaku peneraju syarikat ini juga tak lupa kepada orang kuat Public Gold yang bekerja keras memastikan perkara ini berjaya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan tak lupa Ustaz Khairul Anuar Basri.

Tulisan penuh di posting asal beliau, KLIK DI SINI.

 

Pengesahan Patuh Syariah Pengesahan Patuh Syariah Fasa Pertama Untuk Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase), Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP) dan juga Jualan balik (Buy Back).

 

Sijil Pengesahan Patuh Syariah Fasa Kedua untuk produk Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP)

 

GAP DARI KACAMATA SYARIAH.

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Kaedah yang digunakan ialah :

1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).

2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).

3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.

GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.

Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.

Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.

1. Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.

2. GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM189, ia boleh dibeli dengan nilai RM189 dan juga RM100.

3. Jika dibayar RM189, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5291 gram.

4. Timbul beberapa persoalan - antaranya - seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5291 gram?

5. Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.

6. Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.

7. Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.

8. Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.

9. Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.

10. Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.

11. Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.

12. Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.

Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was :)

 

Sekian Terima Kasih...

Siapa yang nak bermula simpanan emas dibawah bimbingan saya, Boleh Whatsapp saya dengan klik www.wasap.my/60179600278/SimpananEmas

Azam Amiri || PG00099605

Active Priority Dealer Public Gold

 

3 KEUNTUNGAN SIMPAN EMAS WALAU HARGA EMAS NAIK ATAU TURUN!! KLIK SINI

STRATEGI PELABURAN EMAS KLIK SINI

KEPENTINGAN MEMBUAT SIMPANAN KECEMASAN SEBAGAI PERLINDUNGAN  KLIK SINI

RAHSIA EMAS SEBAGAI MODAL PUSINGAN DALAM PERNIAGAAN  KLIK SINI