Aku Kau dan Dia

Aku Kau dan Dia

Aku kau dan dia...

Gambar ini penuh dengan beribu makna, dalam gambar ini ada dua orang insan yang baru dalam hidupku selain abah umi dan adik-beradik.

Sorang adalah sahabat aku Azim Aliif yang hadir dalam hidupku sejak kami mula berkenalan semasa di sekolah rendah di darjah satu. Sorang lagi isteri tercinta Raziatul Mardhiah yang baru aku kenal dirinya pada 4 Mei yang lepas.

Mereka berdua adalah orang baru dalam hidupku, tapi aku sudah kenal dan baru ingin mengenal dirinya dengan lebih dalam. 

Sahabat aku Azim ini adalah orang yang selalu bersama aku sewaktu aku bujang, kini dan selamanya. Dialah yang banyak membantu aku diwaktu senang dan susah. Aku sangat kenal dirinya. Dialah sahabat yang sentiasa ada bersamaku.

Isteri aku mungkin baru berada di fasa pertama iaitu fasa untuk mengenal diri aku ini dengan lebih dalam, siapakah diri aku yang sebenarnya. Tapi aku yakin, isteri aku akan faham dan akan kenal siapa diri aku yang sebenar.

Aku jaga Azim seperti adik aku sendiri, walaupun aku sama umur dengan Azim. Dia seorang yang sangat bagus dan sentiasa merendah diri untuk belajar dan terus belajar sehinggakan hari ini aku pula terpaksa belajar daripanya pula.

Begitulah dalam kehidupan, ada kala kita perlu belajar dan terus belajar untuk menjadi seorang yang terpelajari. Tiba satu masa kita pula perlu diajar kerana mungkin formula kejayaan kita yang dulu telah menjadi formula kegagalan hari ini.

Sebaliknya formula kegagalan yang dahulu mungkin akan menjadi satu formula kejayaan hari ini. Aku yakin, aku tidak boleh bergarak jauh jika aku tidak ada orang yang bersama aku. 

Terima kasih buat dua orang insan baru dalam hidup aku...