POTENSI INCOME DEALER PUBLIC GOLD BISNES YANG EVERGREEN

"Kejayaan datang dengan pengorbanan" Soal rezeki dan tawakkal memang susah nak diungkap. Ia bukan strategi tapi ia keyakinan (keimanan) kepada pemilik segala rezeki. Sebab itu saya suka buat bisnes kerana dalam bisnes tahap tawakkal setinggi gunung. Buat dan tawakkal adalah resam dalam bisnes.

POTENSI INCOME DEALER PUBLIC GOLD BISNES YANG EVERGREEN
Potensi Income Bisnes Emas Public Gold

Malam ini saya rasa terpanggil-panggil untuk berkongsi kisah saya bersama bisnes emas Public Gold yang saya tidak pernah lagi berkongsi sebelum ini.

Dulu saya hanya seorang penyimpan emas yang konsisten membeli dan menyimpan emas setiap bulan, tapi hari ini saya terpaksa menerima "duit gaji" daripada Public Gold setiap bulan dan tidak pernah miss sejak hari pertama saya menjadi dealer Public Gold sehinggalah hari ini income saya telah mencecah 5 angka sebulan. Inilah rezeki yang saya tidak pernah terfikir untuk saya dapat seperti hari ini dengan hanya berkongsi ilmu dan manfaat simpanan emas kepada orang ramai melalui platform Public Gold.

Saya dulu mula dari ZERO tentang emas. Saya beli dan simpan emas untuk diri sendiri dan pada masa yang sama saya berkongsi ilmu dan manfaat simpanan emas kepada orang ramai juga, inilah yang saya lakukan sejak mula saya simpan emas pada tahun 2015 sebelum saya jadi dealer emas sehinggalah hari ini saya sudah menjadi Star Founder Master Dealer Public Gold, iaitu pangkat dealer tertinggi dalam Public Gold dan saya telah mempunyai empayar penyimpan emas lebih 3000 orang dibawah bimbingan saya.

Pada permulaan saya mula aktif sebagai dealer Public Gold, saya tidak ambil kisah langsung tentang incentive, komisyen, dan macam-macam lagi, yang saya lakukan hanya fokus berkongsi ilmu dan manfaat simpanan emas kepada orang ramai dan sentiasa tambah ilmu bisnes dan perbetulkan mindset saya. 3 tahun pertama saya hanya kukuhkan tapak bisnes emas saya sahaja, saya belajar untuk perbetulkan mindset, improve skill dan tool dalam bisnes, inilah perkara yang saya lakukan untuk biasakan diri saya dengan bisnes ini. Bagi saya dalam masa 3 tahun inilah yang menentukan samaada bisnes kita betul-betul menepati dengan jiwa kita.

Bisnes ini ibarat kita menanam pokok getah. Tanam pokok harini, tidak mungkin esok kita boleh kutip hasil terus. Tidak mungkin esok boleh toreh getah terus. Tidak mungkin kita kaya terus.

Kita kena tanam, bagi baja, dan perlu siram supaya ianya hidup dengan segar dan dapat memberi hasil dimasa akan datang.

Paling kurang pun ianya perlu ambil masa 3 tahun baru boleh dapat hasilnya. Mana boleh tanam harini esok nak dapat hasil terus, memang mustahil.

Sama juga dengan bisnes Public Gold atau apa-apa bisnes yang lain sekalipun, kita bermula dan perlu ambil masa, perlu belajar, perlu cari ilmu, cari pengalaman dan fokus serta konsisten, selepas beberapa tahun kemudian barulah kita akan dapat merasa hasilnya.

Jika nak cepat, tanpa ilmu kita mungkin tersilap langkah dan akan rasa kecewa sekiranya tidak dapat apa yang kita nak.

Sebab itulah pentingnya MINDSET yang betul, matlamat yang jelas dan cara yang betul. InsyaAllah akan nampak jalan dan hasilnya.

Hari ini saya mula fokus untuk

membantu team-team dealer dibawah bimbingan saya untuk berjaya dalam bisnes Public Gold. Melihat orang lain berjaya adalah perkara yang saya paling gembira. InsyaAllah saya akan bantu sebaik mungkin.

Alhamdulillah, insyaAllah saya doakan semoga kita semua terus maju jaya dalam bidang yang kita ceburi..

 

Contoh: Statement bank income daripada Public Gold untuk bulan Disember 2020

 

P/s: Nak join team saya untuk menjadi dealer emas Public Gold, boleh wasap terus di www.wasap.my/60179600278/DealerTeamPGeT

10 KELEBIHAN MENJADI DEALER EMAS PUBLIC GOLD, BISNES YANG EVERGREEN 

https://azamamiri.com/kelebihan-menjadi-dealer-emas...

Azam Amiri

Star Founder Master Dealer Public Gold

#PGeT #publicgoldempireteam #publicgold