7 TAHUN SAYA DALAM DUNIA EMAS, HARI INI SAYA DAPAT RASAKAN KEJAYAAN JIWA YANG MERDEKA!!

Sebenarnya apa yang saya perasan, jika seseorang itu mula terlibat dalam dunia emas atau mula berjinak untuk menyimpan emas, insyaAllah mereka akan faham tentang ilmu kewangan dan cara pengurusan kewangan. Inilah yang saya selalu ceritakan kepada orang ramai dan berdasarkan pengalaman saya sepanjang dalam dunia emas.

7 TAHUN SAYA DALAM DUNIA EMAS, HARI INI SAYA DAPAT RASAKAN KEJAYAAN JIWA YANG MERDEKA!!
Kejayaan Menjadi Dealer Emas Public Gold

Bismillah, baru saya perasan tahun ini (2021) rupanya sudah masuk tahun ke-7 saya sebagai penyimpan emas dan berada dalam dunia emas ini. Sedikitpun saya tidak pernah rasa rugi dan menyesal sejak awal kenal emas sehinggalah hari ini. Alhamdulillah hari ini saya sudah berada di satu tahap yang mana saya telah impikannya beberapa tahun yang lepas ingin menjadi Master Dealer Public Gold iaitu status dealer tertinggi dalam Public Gold. Hari ini saya sudah bergelar Double Star Founder Master Dealer termuda di Malaysia dan berjaya membimbing lebih 8000 orang penyimpan dan pelabur emas di seluruh Malaysia dan juga luar negara dari perlbagai bidang, pangkat, dan latar belakang.Terima kasih ya Allah. Banyak ilmu dan kebaikan sepanjang saya berada dalam dunia emas, dulu saya tidak faham langsung dan buta tentang ilmu kewangan, selepas mula dalam dunia emas secara automatik ilmu kewangan dapat dipelajari sedikit demi sedikit kerana emas dan kewangan sangat berkait rapat.

Sebenarnya apa yang saya perasan, jika seseorang itu mula terlibat dalam dunia emas atau mula berjinak untuk menyimpan emas, insyaAllah mereka akan faham tentang ilmu kewangan dan cara pengurusan kewangan.

"Orang yang simpan emas secara automatik mereka akan pandai urus kewangan", ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang dalam dunia emas dan daripada hasil yang telah saya dapat melalui daripada feedback majoriti penyimpan emas dibawah bimbingan saya sendiri.

Secara jujurnya, dulu saya juga hanya penyimpan emas yang sama seperti orang ramai. Tapi yang berbezanya, saya penyimpan emas dan pada masa yang sama saya suka berkongsi manfaat dan kelebihan menyimpan emas kepada orang ramai tanpa mengharapkan sedikitpun pulangan. Saya hanya berkongsi kerana saya rasakan ianya perlu dikongsi kepada orang ramai, walaupun ketika itu saya bukan lagi berstatus dealer kepada syarikat emas malah saya tidak dapat apa-apa pulangan, komisyen jauh sekali gaji.

Begitulah kehidupan, sekiranya kita berkongsi kebaikan, insyaAllah kebaikan juga akan datang pada kita. Sepanjang saya berkongsi ilmu emas dan kewangan kepada orang ramai, saya sangat gembira dan puas hati apabila dapat bantu orang untuk turut buat simpanan dan belajar ilmu mengurus kewangan. Mungkin ini adalah salah satu cara sumber amal jariah saya dengan cara berkongsi ilmu yang dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang ramai.

Melihat orang lain bebas dalam kesempitan hidup dan kesengsaraan dibelengu hutang adalah perkara yang saya paling gembira. Ianya telah menjadi kewajipan kepada saya untuk membantu seramai mungkin mengurus kewangan dengan baik untuk melangsungkan kehidupan yang serba-serbi memerlukan tahap kewangan yang baik.

Kehidupan ini memanglah bukan duit dijadikan kiblat, tapi kita nak hidup di dunia ini mesti perlukan duit. Kita yakin rezeki adalah dengan pemberianNya, tapi pada masa yang sama kita tetap perlu usaha dan ikhtiar untuk mentadbir dalam hal kehidupan kita, bukan kita serah bulat-bulat kepada takdir. Jangan kita salah faham tentang takdir dan tadbir.

Prinsip saya mudah, nak berjaya kita mestilah berkawan dengan orang yang berjaya dan mempunyai mindset yang betul. Ini saya!!

Kita muda tidak semestinya berkawan dengan semua orang yang muda, kita dewasa tidak semestinya kita berkawan dengan orang dewasa sahaja, kita bos tidak semestinya kita berkawan dengan bos sahaja, tapi berkawanlah dengan semua orang yang boleh mendorong kita untuk berjaya.

Berkawan dengan orang jual minyak wangi, sedikit sebanyak kita akan terkena jugak walaupun sedikit haruman minyak wangi. Berkawan dengan tukang besi, kita mungkin terkena jugak habuk besi, berkawan dengan orang berjaya, kita juga boleh berjaya. Hanya usaha dan berserahlah kepadaNya.

Manfaatkanlah masa muda sebelum tua, masa muda adalah masa terbaik untuk belajar mendewasakan diri kearah yang lebih baik dan mencari ruang dan peluang yang pelbagai. InsyaAllah

Untuk berjaya dalam bisnes, hati kena kental menahan pelbagai perkara yang akan kita hadapi, fokus serta buat dengan konsisten dan yang paling penting niat kena betul. Orang bisnes mestilah mempunyai mindset yang betul, jangan mudah tersentap kerana itu akan mematikan bisnes kita awal.

Begitulah....

Guru saya selalu pesan, apalah sangat dengan kejayaan kamu kalau solat pun tak boleh jaga, apalah sangat kejayaan kamu kalau al-quran pun jarang buka.

Kejayaan ini sesiapa pun Allah boleh bagi, tapi kejayaan yang sebenar Allah pilih orang yang betul-betul mengejar kejayaan tersebut iaitu kejayaan dalam agama, selagi kita dapat mentaati perintah Allah SWT dan dapat meninggalkan larangan allah, serta dapat ikut sunnah baginda Nabi Muhammad SAW, inilah kejayaan yang sebenar-benarnya.

Kalaulah kejayaan itu ada pada harta, nescaya firaun lah orang yang paling berjaya. Tapi tidak, malah Firaun adalah orang yang dilaknat oleh Allah SWT, sahabat nabi R.A juga jutawan tapi mereka ini telah berjaya dunia akhirat sebab mereka gunakan kekayaan mereka untuk agama Allah SWT. Di dunia lagi para sahabat telah mendapat gelaran RadiaAllahu Anhum (R.A) iaitu semasa didunia lagi Allah telah reda.

Dunia hanya pegang ditangan bukan letak dihati, orang yang tinggalkan dunia adalah orang yang jahil, orang yang yakin dengan dunia adalah orang yang syirik. Dunia tetap kena ambil, tapi jangan tinggalkan akhirat.

Dunia sementara akhirat kekal selamanya...

AMBIL INISIATIF BELAJAR SENDIRI, JANGAN SERAH BULAT-BULAT KEPADA EJEN
Salah satu punca kebocoran wang ialah mempercayaai bulat-bulat ejen produk kewangan tanpa ambil inisitif sendiri untuk belajar dan faham tentang pelaburan tersebut. Dia serahkan duit, dan mengharapkan ejen itu monitor dan tolong buat untung untuk diri dia tanpa dia belajar bagaimana nak uruskan sendiri pelaburan tersebut.
Robert Kiyosaki dalam bukunya istilahkan ejen produk kewangan sebagai "broker". Menyerahkan duit bulat-bulat kepada broker akan menyebabkan kewangan kita menjadi "broke" katanya! Ejen produk kewangan (termasuk ejen emas) mempunyai motif komisyen jualan. Keuntungan ejen ialah pada jualan, tak kisah ianya sesuai untuk mengkayakan customer ataupun tidak. Yang penting dapat jual.
Sebagai pelabur yang bijak, kita sepatutnya ambil inisiatif belajar. Dapatkan informasi yang cukup daripada ejen tentang produk yang mereka jual, kemudian buat keputusan mengikut kesesuian target kewangan kita sendiri.Saya adalah penyimpan emas, dan saya juga adalah dealer emas
PublicGold sejak tahun 2015 lagi. Saya jadi dealer sebab saya beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer.
Sejak 2015, saya perhatikan sebahagian penyimpan emas happy dengan emas, dan ada juga yang kecewa dengan emas. Dari pengalaman saya, mereka yang kecewa dengan emas hanyalah satu sebab, iaitu mereka tak ada ilmu tentang emas. Mereka beli emas sebab ikut-ikut orang lain, dan percaya bulat-bulan ejen emas tanpa ambil inisatif sendiri untuk belajar; membaca buku, datang seminar dsb. Akhirnya mereka kecewa dengan emas dan buat satu kesimpulan, "simpan emas tak untung".
Maka apa yang saya buat sebagai dealer, saya fokus pandaikan pelanggan-pelanggan saya sampai dia boleh uruskan hal 'pelaburan' mereka sendiri. Saya meletakkan posisi saya sebagai guru, bukan salesman. Bila mereka ada ilmu, mereka sentiasa happy walauapapun keadaan harga emas. Saya percaya, dengan cara itu akan membuatkan kedua-dua pihak akan menang dan untung dalam jangka panjang. Samada penyimpan emas, ataupun dealer emas. Dua-dua akan untung. InsyaAllah.
"If your plan is for 1 year, plant rice.
If your plan is for 10 years, plant trees.
If your plan is for 100 years, educate people."
- Confucius
Credit: Guru emas dan guru kewangan saya En. Mohd Zulkifli Shafie,
Penulis Buku Misi Bebas Hutang dan Buku Wang Emas Bertahan Ketika Gawat: https://www.mohdzulkifli.com/

 

Saya ada kongsikan pengalaman saya sepanjang dalam dunia emas dan pengenalan tentang diri saya dalam bisnes disini untuk anda baca dan ambil manfaat dan kebaikan daripadanya. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut tentang kepentingan membuat simpanan, anda boleh baca perkongsian saya di sini, KENAPA KITA PERLU BUAT SIMPANAN KECEMASAN

Azam Amiri
Double Star Founder Master Dealer Public Gold
www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas

#PGeT #publicgoldempireteam #publicgold #pggroup #azamamiriempire