10 KELEBIHAN MENJADI DEALER EMAS PUBLIC GOLD

Platform simpanan, pelaburan dan perniagaan emas No.1 Malaysia

10 KELEBIHAN MENJADI DEALER EMAS PUBLIC GOLD
Kelebihan Menjadi Dealer Emas Public Gold

OFFICIALLY MASTER DEALER PUBLIC GOLD

Alhamdulillah, pada tarikh 10/6/2020 secara rasminya saya diiktiraf sebagai Master Dealer Public Gold. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Thank you Dato Wira Louis Ng for providing this great platform PG Group.

Jutaan terima kasih kepada semua staf Public Gold yang banyak membantu dalam urusan jual beli emas untuk pelanggan emas saya terutamanya staf Public Gold PG DiyanaPG Kelantan, terima kasih kepada semua guru-guru emas saya, En.Syukor Hashim, En. Zulkifli Shafie, Mama Azizah Hassan, rakan-rakan dealer dan semua penyimpan emas yang berada dibawah bimbingan saya yang berada di seluruh Malaysia dan luar negara.

 

Untuk pengetahuan anda PG Group terdiri daripada entiti-entiti berikut:

1) Public Gold: Membeli dan menjual logam berharga emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan.

2) PG Mall: Pusat membeli belah online yang menawarkan kepada anda ribuan barangan pada harga yang murah serta pelbagai tawaran menarik setiap hari.

3) PG Jewel: Menjual barang kemas 916 secara online pada harga yang murah dan menawarkan ribuan rekaan terkini.

4) Aurora Italia: Menjual barang kemas premium yang difokuskan kepada rekabentuk yang unik, anggun dan semasa.

5) Public Safe: Menawarkan khidmat peti simpanan selamat untuk anda menyimpan barangan dan dokumen-dokumen berharga.

 

Sebagai seorang PG Bussines Owner, anda secara automatik adalah pemilik ke semua entiti di atas. Di sinilah peluang untuk anda membangunkan bisnes anda secara sambilan atau serius. Peluang di tangan anda.

Doakan semoga saya terus konsisten untuk membantu dan membimbing orang ramai untuk menyimpan emas dengan cara yang betul, mudah, selamat, dan patuh syariah melalui platform emas terbaik di Malaysia.

 

BISNES IBARAT KITA MENANAM POKOK GETAH

Tanam pokok harini, tidak mungkin esok kita boleh kutip hasil terus. Tidak mungkin esok boleh toreh getah terus. Tidak mungkin kita kaya terus.

Kita kena tanam, bagi baja, dan perlu siram supaya ianya hidup dengan segar dan dapat memberi hasil dimasa akan datang.

Paling kurang pun ianya perlu ambil masa 3 tahun baru boleh dapat hasilnya. Mana boleh tanam harini esok nak dapat hasil terus, memang mustahil.

Sama juga dengan bisnes Public Gold atau apa-apa bisnes yang lain sekalipun, kita bermula dan perlu ambil masa, perlu belajar, perlu cari ilmu, cari pengalaman dan fokus serta konsisten, selepas beberapa tahun kemudian barulah kita akan dapat merasa hasilnya.

Jika nak cepat, tanpa ilmu kita mungkin tersilap langkah dan akan rasa kecewa sekiranya tidak dapat apa yang kita nak.

Sebab itulah pentingnya MINDSET yang betul, matlamat yang jelas dan cara yang betul. InsyaAllah akan nampak jalan dan hasilnya.

Semoga bermanfaat, saya doakan semoga kita semua berjaya dan kaya dunia akhirat. Amin Ya Rabb.

 

KELEBIHAN MENJADI DEALER EMAS PUBLIC GOLD

Cara untuk menjadi Dealer Public Gold yang biasa (tanpa promosi) ialah membuat belian produk Public Gold sekaligus dengan nilai RM30,000. Melalui belian ini anda boleh pilih jenis produk yang anda suka samada produk emas, produk perak ataupun dengan membuat pembelian barang kemas PG Jewel asalkan lengkap belian RM30,000. Selain itu cara lain ialah membuat belian terkumpul RM50,000 selama 6 bulan berturut-turut dan anda layak untuk mendapat status dealer. Ini adalah syarat asas sekiranya tiada promosi semasa yang Public Gold umumkan. Boleh dapatkan update semasa berkenaan promosi semasa Public Gold KLIK SINI > PROMOSI SEMASA

10 Kelebihan Utama Menjadi Dealer Public Gold.

1. Tokeh emas tanpa perlu ada kedai
Operasi “lock” @ “booking” harga Public Gold semuanya boleh dibuat melalui website Public
Gold yang beroperasi 24 jam.

Sebagai dealer anda boleh booking untuk diri sendiri dan pelanggan melalui website Public Gold,
melalui panggilan telefon ke cawangan Public Gold, whatsapp dan juga SMS berformat.

Prosesnya mudah, anda sebagai dealer tolong booking untuk pelanggan. Kemudian pelanggan
buat bayaran kepada Public Gold dan pelanggan boleh ambil emas di mana-mana Cawangan
Public Gold berhampiran.

  

2. Komisyen Belian Emas Dari Public Gold

Setiap pembelian untuk diri sendiri anda akan mendapat 1% komisyen dari jumlah harga belian.
Anda akan nikmati komisyen 1% ini untuk belian kedua selepas menjadi Dealer. Belian kali
pertama ialah untuk melayakkan anda mendapat status Dealer.

Cth. Jika anda sebagai delaer buat belian untuk diri sendiri kali kedua RM10,000 maka komisyen
belian ialah RM10,000 x 1% = RM100.

 

3. Komisyen Jualan Semula Emas Kepada Public Gold

Bila Dealer Jual semula emasnya kepada Public Gold, Dealer akan dapat Tambahan Komisyen
0.3% daripada nilai jualan emas tersebut.

Sebagai Contoh :
Jual semula emas kepada Public Gold dengan harga RM10,000.
Komisyen 0.3% x 10,000 = RM30,
total yang akan Dealer dapat =RM10,03

 

4. Komisyen Memperkenalkan Pelanggan Baru. ( Recommend)

Dealer yang memperkenalkan pelanggan baru akan dapat komisyen 1% daripada belian yang
dibuat oleh pelanggan tersebut. Setiap kali pelanggan ini membuat belian produk Public Gold,
Dealer akan tetap mendapat 1 %.

Penting : Dealer perlu ingatkan bakal pelanggan supaya mereka memaklumkan kepada Public
Gold bahawa anda adalah Introducer. Bagi nama n PG code anda kepada bakal pelanggan.

 

5. Membeli Emas Pada Harga Diskaun

Sebagai Dealer kita juga boleh membeli semula emas daripada pelanggan lain yang ingin
berurusan dengan kita. Proses ini dinamakan “ Buy Back”

Sebagai contoh jika ada pelanggan kita yang pernah beli emas nak jual semula emasnya kepada
kita, maka kita akan beli dengan harga “PG buy” seperti yang tertera dalam website Public Gold.

Harga “Pg Buy” memang akan lebih murah daripada “Pg Sell”. Ini dikira harga diskaun.

Dengan cara ini kita boleh simpan stok emas dengan harga yang lebih murah dari pasaran.

6. Buat Untung Atas Angin

Daripada proses No. 6 di atas, Ada dua cara iaitu pertama Dealer boleh jual semula emas ini
kepada pelanggan lain ataupun kedua jual kepada Public Gold.

Cara pertama :
Contoh jika kita “Buy Back” dari pelanggan 10 gram emas dengan harga “PG Buy” RM1567 kita
boleh jual semula kepada pelanggan lain dengan harga “PG sell” yang tertera di website,
katakan harga ketika itu RM1704 maka keuntungan proses ini ialah RM137. Ini dikira untung
atas angin sebab kita Cuma recycle stok saja.

Cara Kedua :

Simpan emas ni dan jual kepada Public Gold, tunggu saja harga “PG buy” naik kemudian boleh
jual kepada Public Gold ambik untung + komisyen jual semula emas 0.3%.

 

7. Overiding Memperkenalkan ( introduce) Dealer Baru.

Anda sebagai Dealer juga boleh introduce Dealer Baru.

Peratus Overiding belian kali pertama Dealer baru nie akan di bayar oleh Public Gold kepada
anda mengikut status dealership anda . Dealership Public Gold ni ada 3 peringkat,

Normal Dealer - 1%

Priority Dealer - 1.5%

Master Dealer- 2%

Cth . Status Normal Dealer (ND) : Bila introduce Dealer Baru anda akan beroleh overriding 1%
daripada belian kali pertama Dealer Baru tersebut. Katakan jumlah belian Dealer baru tersebut
ialah RM30,000 maka Overiding yang akan anda perolehi ialah RM300.

 

8. Sistem Mentoring oleh Master Dealer Berpengalaman Public Gold.

Bermula Mac 2016, Public Gold telah melaksanakan satu sistem mentoring iaitu PG1 System.

Melalui perlaksanaan PG1 System ini, Dealer yang benar-benar ingin berjaya dengan Public Gold
dapat belajar daripada Master Dealer yang bertindak menjadi Trainer untuk membimbing anda
berjaya dengan Public Gold.

Mereka yang menjadi Trainer telah membuktikan kejayaan mereka dengan Public Gold. Jadi
amat mudah bagi dealer yang baru bermula kerana telah ada satu sistem yang boleh diikuti
untuk anda membina kejayaan dengan Public Gold.

 

9. Pendapatan Pasif Berpanjangan

Ini paling menarik, jika anda mahu pendapatan pasif berpanjangan, Public Gold adalah satu
platform perniagaan yang anda perlu rebut dan fokus.

Public Gold menawarkan margin keuntungan yang rendah supaya pelanggan yang telah
berdaftar di bawah anda dapat terus membeli dan menyimpan emas.

Margin keuntungan yang kecil melalui sistem yang dibuat oleh Public Gold membolehkan anda
mempunyai volume jualan yang besar dengan adanya ulangan belian daripada pelanggan.

Dengan cara ini pendapatan pasif anda melalui Public Gold akan berpanjangan.

 

10. Pelbagai Insentif: Percutian Percuma, Bonus Jualan dan My Dream Car

Public Gold juga memberikan pelbagai insentif untuk Dealer , Percutian Percuma melalui SIP ( Sales Insentif Program ) Bonus Jualan Q- Bonus, My Dream Car 

POTENTSI INCOME DEALER PUBLIC GOLD

 

Azam Amiri || PG00099605

Founder Star Master Dealer Public Gold

CARA MULA SIMPAN EMAS MELALUI AKAUN EMAS (GAP) PUBLIC GOLD

STRATEGI PELABURAN EMAS DI MALAYSIA