5 KRITERIA PENTING SBELUM BELI DAN SIMPAN EMAS

Sudah menjadi perkara wajib untuk kita tahu apakah perkara yang penting dan menepati kriteria yang asas sebelum mula menyimpan dan melabur emas dengan cara yang betul dan berilmu.

5 KRITERIA PENTING SBELUM BELI DAN SIMPAN EMAS
Kriteria Penting Sebelum Beli & Simpan Emas

Kalau ada orang tanya, ciri-ciri emas bagaimana yang berbaloi untuk dibeli dan disimpan sebagai simpanan atau pelaburan, ia mesti memenuhi 5 kriteria yang penting dari 10 kriteria yang pernah saya kongsikan dulu. Apakah kriteria itu?
Ini kriteria-kriteria yang saya maksudkan;

1) HARGA JUALAN YANG RENDAH

  • Sebelum membeli, bandingkan harga per gram emas dengan syarikat pengeluar emas yang lain. Harga yang lebih rendah adalah lebih baik.
  • Kita dapat beli gram yang lebih dengan bajet yang sama. Namun kena berhati-hati, semak juga kos lain yang berkaitan seperti contoh caj premium, ataupun kos upah.


2) NILAI SPREAD YANG NIPIS

  • Lagi rendah (atau nipis) susut nilai lebih baik.Susut nilai yang bakal menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal kita akan perolehi bila harga emas naik.
  • Lagi rendah susut nilai, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya. Mengikut Tuan Azizi Ali, susut nilai berbaloi untuk emas simpanan dan pelaburan adalah dibawah sepuluh peratus saja.


3) STOK TIADA HAD

  • Memastikan pembekal boleh bekalkan stok walaupun ketika harga emas jatuh. Sebab kebanyakkan pembekal emas hanya boleh menjual emas ketika harga emas tinggi tetapi gagal menjual ketika harga emas jatuh. Kalau nak beli terpaksa membeli ketika harga emas tinggi. Ini merugikan pelabur emas.
  • Ketika harga emas jatuh itulah masanya memborong emas dengan banyak tapi jika tersalah pilih pembekal, pelabur emas hanya boleh “melopong” sahaja melihat harga emas murah tanpa boleh buat apa-apa belian.


4) BANYAK CAWANGAN UNTUK URUSAN JUAL BELI

  • Cawangan yang banyak akan memudahkan kita untuk berurusan jual beli, ini sangat penting. Kita tidak boleh bergantung kepada agen atau dealer dalam urusan jual beli kerana komitmen mereka tidak menentu terutama ketika nak menjual nanti.
  • Pengalaman saya ramai agen yang boleh menjual tapi ramai yang tidak boleh membeli. Mungkin disebabkan modal mereka terhad.
  • Jadi adalah sebaiknya berurusan secara terus dengan syarikat pembekal, tapi jika syarikat pembekal kekurangan cawangan itu amat sukar kepada kita kelak.


5) JAMINAN PEMBELIAN BALIK

  • Kenalpasti dulu syarat beli semula dari syarikat pembekal. Sebab kebanyakkan syarikat pembekal emas mengenakan syarat yang ketat untuk membeli semula emas yang telah dijual.
  • Antaranya perlu ada resit belian asal untuk menjualnya pada harga yang tinggi. Ada juga meletakkan syarat kondisi emas perlulah dalam keadaan asal tanpa ada kesan rosak (kecacatan). 
  • Kalau ada kecacatan mereka tidak akan membelinya semula atau beli dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga semasa.
  • Kita terpaksa menanggung risiko kerugian bila jual dikedai luar dengan spread dari dua puluh peratus hingga tiga puluh peratus . Ini amat merugikan kita nanti!
  • Emas yang terbaik untuk dibeli ialah mendapat jaminan dari pembekal. Dengan memberi jaminan beli semula walaupun emas didapati telah rosak atau calar dari rupa asalnya.
  • Jadi jangan tersalah membeli, salah membeli ia jadi penyebab anda rugi waktu buat pembelian lagi.

   

GOLD BAR ATAU BARANG KEMAS?

Saya ingin kongsikan beberapa kelebihan bagi sesiapa yang menyimpan emas dalam bentuk gold bar berbanding barang kemas atau perhiasan. Untuk lebih fokus, saya akan merujuk kepada gold bar keluaran Public Gold. Kelebihan ini ialah bagi pembeli atau penyimpan ye. Bukan untuk tujuan perniagaan (penjual barang kemas).

1. Gold bar memiliki ketulenan 999.9 atau dipanggil emas tulen. Biasanya barang kemas berketulenan 916 (ada juga yang berketulenan 999).

2. Gold bar tidak dikenakan caj upah. Ini menjadikan harganya lebih murah. Barang kemas pula ada dikenakan caj upah.

3. Gold bar tidak dikenakan cukai SST jika ia memenuhi kriteria logam berharga pelaburan. Barang kemas pula dikenakan cukai SST. Ini akan menambah mahal lagi harga barang kemas.

4. Beza harga beli dan jual (spread) gold bar pada satu-satu masa hanya sekitar 6% ke 9% sahaja. Spread barang kemas pula adalah lebih dari 25%.

5. Gold bar boleh dibeli dan disimpan oleh sesiapa saja tidak mengira jantina. Barang kemas pula hanya boleh dipakai oleh orang wanita.

6. Gold bar boleh dibeli dari serendah RM100 dalam bentuk gram melalui Akaun Emas GAP atau 0.5 gram dalam bentuk fizikal. Barang kemas pula sudah pasti memerlukan gram yang lebih dari itu untuk membentuk cincin atau rantai atau gelang.

Kesimpulannya, sebagai pembeli bijak yang mahu menjadikan emas sebagai simpanan atau pelaburan, gold bar adalah pilihan terbaik berbanding barang kemas. Barang kemas sesuai untuk perhiasan. Nak mula simpan emas boleh hubungi saya terus, NAK MULA SIMPAN EMAS
 

Azam Amiri

Star Founder Master Dealer Public Gold