NASIHAT UNTUK MEMBINA MINDSET SEORANG CHAMPION

Nasihat dan kata-kata daripada orang yang lebih berpengalaman itu jauh lebih baik daripada kita memandai-mandai sendiri buat tanpa ilmu dan tunjuk ajar yang betul

NASIHAT UNTUK MEMBINA MINDSET SEORANG CHAMPION
Membina Mindset Seorang Champion

Alhamdulillah semalam saya hadiri weekly meeting khas bersama Founder Public Gold, Dato' Wira Louis Ng sendiri, dan mentor-mentor bisnes yang hebat. Iaitu mentor saya En.Syukor Hashim, En.Mohd Zulkifli Shafie dan Tuan Haji Hafizul Hakim secara LIVE di Facebook.

Untuk berjaya kita mestilah ikut dan mendengar nasihat daripada orang yang telah berjaya, follow dan buat apa yang mereka buat dengan cara yang betul dan tepat, insyaAllah kita akan mendapat kejayaan. Ianya perlu sabar, dan terus tingkatkan semangat dalam melakukan apa jua perkara.

 

Dalam usaha membina bisnes, setiap orang pasti akan lalui pengalaman naik dan turun, dan semangat yang sentiasa pasang surut. Untuk mengekalkannya, kita perlu berada dalam posisi yang betul, circle yang sentiasa positif dan dapat memberi tunjuk ajar serta bimbingan disaat kita memerlukan.

Inilah pentingnya kita perlu mempunyai mentor dan circle yang sentiasa memberi bimbingan dan nasihat kepada kita untuk memastikan kita terus kuat dan bersemangat dalam melakukan bisnes untuk jangka masa yang panjang. InsyaAllah.

Perkongsian daripada Tuan Haji Hafizul Hakim semalam, untuk buat bisnes kita tidak boleh bergantung harap dengan sesiapa. Kita sendiri perlu ambil inisiatif dan bertindak melalkukan sesuatu perkara tersebut. Jangan tunggu orang suap baru nak makan. Kita kena berada dalam situasi "Zombie Mode". Langgar sahaja apa yang dihadapi.

Apa yang mahaguru emas saya En. Syukor Hashim bagitau, jadilah seperti mata lebah yang mencari bunga untuk mendapatkan madu. Usah menjadi seperti mata lalat. Melihat pada keburukan.

Ini adalah kata-kata yang saya sangat terkesan, inilah kata-kata yang saya dapat ingat semasa berjumpa sendiri dengan En.Zulkifli Shafie dirumahnya di Kelantan bulan lepas dan semalam pun beliau bagitau perkara yang sama, "cari duit kena buat kebaikan. Fokus buat kebaikan, nanti duit itu akan datang lagi dan lagi. Siapa yang fokusnya kepada duit, duit itu akan lari. Penat hidupnya hanya untuk mengejar duit!"

Semoga perkongsian daripada mereka yang hebat ini, menjadi inspirasi dan kekuatan semangat untuk kita terus maju di hadapan.Terima kasih tidak terhingga buat mereka dan juga Dato’ Wira yang telah menyediakan platform untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berjaya. Semoga PG Group akan terus gah pada masa hadapan. 11 tahun yang dilalui bukanlah satu masa yang singkat. Bermula pejabat yang kecil di Bukit Jambul Pulau Pinang, kini sudah mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia termasuk di Indonesia.

Tahniah!! Semoga terus maju jaya..