MINAT EMAS ~VS~ FAHAM EMAS

Apakah beza antara orang yang minat emas vs orang yang faham emas?

MINAT EMAS ~VS~ FAHAM EMAS

MINAT EMAS DAN FAHAM EMAS

ianya dua perkara berbeza yang memberikan kesan yang berbeza. Kalau tunggu minat, rasanya semua orang tidak minat untuk menyimpan emas. Sebab macam-macam alasan akan muncul. Mahal lah, tak mampu lah, kena zakatlah, tak tahu nak simpaan manalah. Sebenarnya bukan soal minat atau tidak minat, tapi ianya melibatkan kefahaman dan kesedaran kita sendiri untuk faham dan bertindak untuk mula simpan emas.

Sekiranya kita faham, ramai akan sedar kepentingan mengumpul emas. Orang akan cari macam-macam cara dan ikhtiar untuk mula mengumpul dan menyimpan emas. Tambahan sekarang semua maklumat boleh cari diatas talian. Jangan disebabkan diri kita sendiri yang tidak mahu mencari ilmu dan pengetahuan, kita salahkan semua orang.

"Sebab itulah penting faham dahulu, minat akan datang kemudian"

Macam kita belajar makan masa kecil. Kita makan sebab kita faham kalau tak makan perut lapar. Macam kita belajar berjalan masa kecil, kita faham dengan berjalan baru kita dapat ambil barang yang berada atas meja, ambil mainan yang duduk dalam kotak.

Kalau tunggu minat baru nak makan dan berjalan, sampai ke sudahlah kita tak makan dan belajar berjalan. Kita makan dan berjalan bukan sebab minat pada mulanya. Kita makan dan berjalan sebab kita faham itu adalah keperluan. 

Jadi samalah analoginya soal emas ini. Kalau tunggu minat, sampai ke sudah kita takkan ada emas walaupun 1 gram.

Ruginya!!! 

Jadi jangan jadi orang yang rugi

Macam mana nak cepat faham emas? 

1. Banyakkan hadir seminar emas anjuran Public Gold. Free je

2. Banyakkan membaca (buku atau blog)

3. Tanya individu yang ada pengetahuan pasal emas. 

4. Beli emas walaupun sikit. 

Perkongsian daripada guru emas saya En. Zulkifli Shafie dalam bukunya (Misi Bebas Hutang), bagi sesiapa yang mula hendak menyimpan emas sebagai “forgotten saving”, antara cara yang berkesan ialah mulakan dahulu dengan satu gram satu bulan.
Disiplinkan yang itu sahaja dahulu dan jangan bercita cita terlalu tinggi.

simpan sedikit sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik berbanding beli banyak dan terus berhenti. Ini kerana perkara paling penting dalam menyimpan
ialah memupuk tabiat dan disiplin, bukan jumlahnya. Tabiat yang betul akan memberikan impak yang besar dalam jangka panjang.

Walaupun cuma satu gram satu bulan, nanti sedar sedar setahun sudah ada 12gram simpanan emas. Bahkan pengalaman menunjukkan,
jumlah simpanan emas itu akan melebihi 12gram sebab naluri kita pada emas ialah mahu simpan dsn mengumpulnya lebih banyak. Maka kita akan terus tambah simpanan itu tanpa terfikir untuk menjualnya.

                                               KELEBIHAN SIMPAN 1GRAM 1BULAN
 

 

Apa yang saya perhatikan, kelebihan simpan emas satu gram satu bulan secara berdisiplin ialah:

•Ia akan jadi "simpanan paksa". Simpanan yang berkesan mesti dipaksa, tidak boleh tunggu duit lebih hujung bulan. Dapat gaji,
paksa diri beli satu gram satu bulan melalui Akaun Emas (yang boleh keluarkan emas fizikal seperti Akaun Emas GAP Public Gold). Selebihnya terpulanglah hendak simpan di mana. Kalau tunggu duit lebihan hujung bulan baru hendak menyimpan, alamatnya sampai bila-bila tidak akan mampu menyimpan.

•Penyimpan emas yang membeli secara berkala tidak akan pernah kecewa dengan harga emas sebab mereka telahpun dapat harga purata.
Kalau membeli tiga peringkat harga, contohnya RM170, RM180, dan RM190 segram, maka kos purata hanyalah RM180.
Harga emas naik kita seronok, harga emas turun lagi seronok! Kan??

Wang fiat (Duit kertas) tak sesuai untuk simpanan jangka panjang sebab ia tak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja.

RM1,000 hari ini confirm tak mampu membeli barang yang sama 10 tahun akan datang sebab kuasa belinya confirm semakin susut.

Kalau nak simpan wang fiat (duit kertas), simpan dalam jumlah yang cukup untuk digunakan dalam masa terdekat atau simpanan untuk hal kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Selebihnya, simpan dalam bentuk aset fizikal  yang mampu menyimpan nilai jangka panjang seperti emas, perak, tanah ataupun hartanah.

Kalau menurut teori 1dinar 1ekor kambing, apa yang mampu dibeli oleh 10gram emas hari ini, ia tetap akan mampu dibeli dengan emas yang sama 100 tahun akan datang. Emas simpanan yang sangat sesuai untuk jangka panjang dan ia bagi manfaat bg mereka yang bijak menggunakannya.

 

Ada banyak sebab kenapa kita perlu simpan emas. Antaranya ialah:

1- Emas magnet kekayaan. Simpanan dalam bentuk emas lebih susah untuk bocor berbanding duit kertas. Emosi manusia dengan emas nak simpan elok-elok dan sayang nak jual kalau tidak terdesak.

2- Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh tahun 1999 harga emas ialah USD 252/Oz(31.1g), tetapi pada tahun 2017 harganya telah meningkat kepada USD 1300/Oz.

3- Nilai duit kertas makin lama makin menyusut. Kuasa beli duit kertas 10 tahun dahulu tidak akan sama dengan sekarang. Contohnya  dengan RM50, jumlah barang yang dapat dibeli 10 tahun dahulu dan sekarang tak sama, makin sikit.

4- Kuasa beli emas adalah kekal. Ini kerana emas kalis inflasi. Buktinya dengan harga 1 dinar dapat beli seekor kambing sejak 1400 tahun dahulu hingga sekarang.

5- Emas adalah aset yang sangat cair. Berbanding dengan aset seperti rumah dan tanah, emas lebih mudah untuk dijual bila memerlukan tunai segera. Emas juga aset yang boleh dibeli sikit-sikit, contohnya dengan Public Gold, emas boleh dibeli sekecil item 0.5gram.

6- Emas tidak boleh dimanipulasi. Emas tidak boleh dicetak sebagaimana duit kertas. Duit kertas boleh dicetak tanpa had oleh sesebuah negara. Makin banyak dicetak, duit kertas akan jadi makin tiada nilainya sebagaimana yang terjadi di negara Zimbabwe.

7- Emas adalah kekayaan sebenar. Walau apa jua yang berlaku kepada ekonomi dan politik, emas akan kekal bernilai buat selama-lamanya sebab nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Kalau duit kertas risiko untuk jadi tak laku amat tinggi, contohnya duit yang koyak atau duit sesebuah negara yang bergolak, memang tak laku.

Inilah beberapa sebab kenapa kita perlu menjadikan emas sebagai sebahagian daripada portfolio simpanan. Kalau ikut kata pakar kewangan Tuan Azizi Ali, sekurang kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan kita perlu disimpan dalam  bentuk Emas Fizikal.

Ingin mula simpan emas boleh baca panduan dan cara muda untuk mula simpan emas di Public Gold serendah RM100 boleh klik sini >> APA ITU AKAUN TABUNGAN EMAS GAP PUBLIC GOLD DAN BAGAIMANA CARA INGIN MULA SIMPAN EMAS