MORATORIUM PENANGGUHAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN || Apa yang patut kita buat?

Mungkin ini satu peluang untuk kita perbaiki tahap kewangan kearah yang lebih baik!!

MORATORIUM PENANGGUHAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN || Apa yang patut kita buat?

MORATORIUM

Penangguhan pembayaran balik pinjaman

1. Bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium.

2. Moratorium ialah penangguhan bayaran balik pinjaman sehingga 6 bulan kepada peminjam individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

3. Bermula 1 April sehingga 30 September 2020. Tak perlu bayar monthly installment selama tempoh ini (nak bayar pun boleh juga).

3. Ini adalah penangguhan, bukan pembatalan. Jadi, akan ada penambahan 6 bulan kepada tempoh pinjaman asal. Katakan dulu pinjaman loan kereta untuk 108 bulan. Sekarang akan jadi 114 bulan. 

4. Tiada caj interest atas pembayaran lewat ini. Caj interest rate biasa setiap bulan tetap berjalan. Ada compounding effect (Loan Islamic tiada compounding effect ya, Alhamdulillah). Maknanya bayaran interest akan bertambah, dan ini akan dimasukkan kepada jumlah pinjaman. Bagi yang mampu dan kewangannya stabil, dinasihatkan teruskan bayaran macam biasa.

5. Syarat penting: Untuk hutang yang tidak tertangguh melebihi  90 hari pada 1 April. Dan tidak terhad kategori “most affected by COVID-19” sahaja.

6. Penangguhan ini tidak akan menyebabkan nama masuk dalam CCRIS.

7. Tak perlu apply kat bank. Penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman rumah, kereta, dan peribadi . (Hutang Pinjaman rumah kerajaan LPPSA tidak terlibat, hutang AEON credit tidak terlibat sebab bukan diuruskan oleh Bank).

8. Baki hutang kad kredit  boleh ditukar kepada pinjaman berjangka (tidak melebihi tiga tahun, kadar faedah tak lebih 13%, wajib ambil yang shariah compliant , bayar bulanan dengan disiplin).

Interest rate lebih murah (berbanding sekarang 18%)  dan masa nak bayar panjang sikit. Masih perlu bayar ya. Kena inform Bank.

9. Nak tangguh pembayaran? Dinasihatkan hubungi  bank masing masing. Mana tahu ada hutang yang melebihi 90 hari. Mereka yang memang ada buat standing instruction atau buat potongan gaji. Refer Bank dan refer HR syarikat.

10. Tak nak tangguh pembayaran? Kena inform Bank.

11. Kebanyakan Bank belum finalise lagi macam mana proses penangguhan ini. Kalau call masih belum ada info. Kita tunggu dulu.

Perhatian:

Jika menyewa rumah, cuba bincang dengan Tuan Rumah untuk buat tangguhan bayaran. Mana tahu dapat pertimbangan.

Bisnes owner boleh  susun semula pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan perniagaan mereka.

Dengan inisiatif begini  syarikat boleh terus berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing.

Rakyat dalam kesempitan, terutama mereka yang tiada pendapatan yang cukup (perniagaan terjejas akibat wabak COVID19, diberhentikan kerja, dipotong gaji, kerja gaji harian).

Pening fikir macam mana nak bayar segala pinjaman bank. Penangguhan bayaran 6 bulan ini insyaallah sangat bermanfaat. Settle kan dahulu keperluan penting seperti makanan, bayaran bil, duit minyak, duit belanja. Berjimat cermat. Jika perlu ikat perut silakan buat. Jangan malu, ramai orang tengah susah sekarang, ahli keluarga mesti beri sokongan.

 Bagi yang stabil tu, jika buat penangguhan bayaran, janganlah enjoy sakan. Duit rumah RM1500 untuk 6 bulan dah ada RM9000.Ambil peluang susun semula hutang-hutang dan cashflow.

APA YANG PATUT KITA BUAT? 

Sepanjang tempoh moratorium ini, kita dapat melatih diri untuk membina tabungan sebanyak mungkin dengan menggunakan duit komitmen untuk membayar hutang dengan mengalihkan kepada simpanan.

Senaraikan hutang yang ada dan komitmen untuk 1-2 tahun akan datang seperti yuran kolej anak, hutang dengan individu dan lain-lain. Adakan tabung kecemasan.

Jika ada duit lebih, masa ini adalah masa yang terbaik untuk dilaburkan, boleh simpan di pelbagai tempat, seperti Tabung Haji, Emas, ASB dan lain-lain.

Kesan ekonomi COVID-19 ini sangat meluas dan mungkin berpanjangan. Di samping itu krisis kewangan juga mungkin berlaku dalam masa terdekat. Mungkin selepas US Presedential Election. Wallah hu alam. Semuanya unpredictable dan begitu volatile. Jom doa, semua ini berakhir segera dan kita dapat urus segalanya dengan baik.

Ambil peluang untuk keluarkan wang KWSP RM500 sebulan untuk keperluan. Jika tiada keperluan, boleh juga dijadikan tabung kecemasan. Pastikan ia digunakan ketika kecemasan untuk keperluan, bukan untuk emjoy sakan. RM500 x 12 = RM6,000 kita dapat simpan.

Dengan moratorium secara automatik juga kita boleh ambil kesempatan untuk tambah simapanan apabila tidak perlu membayar ansuran selama 6 bulan. Jika RM1,000 sebulan 6 bulan kita dapat tambah lagi RM6,000. Jika RM2,000 maka lagi lebih.

Hutang kad kredit sangat tinggi kadar keuntungan yang bank ambil. Lagi tinggi daripada personal loan dan hutang lain. Bincang dengan bank utk buat pengstukturan semula. Kemudian potong terus kad tersebut jika nak dapat impak drastik.

Kerajaan tak mampu untuk terus menerus untuk menanggung bebanan ini jika keadaan bertambah teruk. Jadi untuk kita sama-sama ringankan beban kerajaan yang secara automatik bebanan kita, tolong patuhi perintah kawalan pergerakan ini. Kalau arahan semudah duduk diam di rumah / stay at home pun sukar kita patuh, apatah lagi yang lain-lain?

Selepas tempoh 6 bulan moratorium berakhir, kita kena bayar balik ansuran kita tadi. Jika pendapatan kita terjejas, usahakan untuk berbincang dengan bank jalan terbaik untuk atasinya. Jangan Lari daripada bank. Mereka boleh pertimbangkan untuk pengstukturan semula atau pembiayaan semula hutang. Ia disebut juga RNR; refinance and restructure. Utamakan dulu untuk restructure balik hutang berbanding refinance.

Antara perkara dan info yang perlu kita tahu yang diumumkan oleh kerajaan:

1. BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Buka portal di bawah untuk pendaftaran dan penyemakan Bantuan Prihatin Nasional

http://www.hasil.gov.my
https://bsh.hasil.gov.my
https://www.treasury.gov.my

2. PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

Pengeluaran RM500 sebulan selama 12 bulan. Klik link bawah untuk maklumat e-pengeluaran

https://www.kwsp.gov.my/…/Pengeluaran+i-Lestari+-+Soalan+La…

3. MORATORIUM BANK 6 BULAN

Pengecualian pembayaran loan/financing secara automatik kecuali kad kredit

4. ELAUN KHAS DIBERIKAN

- Kakitangan perubatan = RM600 sebulan
- Tentera, polis, kastam, pertahanan awam, RELA = RM200 sebulan

5. DISKAUN BIL

- Bil elektrik berperingkat 15% sehingga 50% selama 6 bulan
- Internet percuma 1 GB sehari kepada pengguna Celcom, Digi, Maxis & UMobile antara jam 8 pagi hingga 6 petang selama tempoh PKP

6. BANTUAN KHAS

- Pesara kerajaan = RM250
- Penjawat awam = RM500
- Veteran ATM = RM300 (yang layak)

7. BANTUAN PERNIAGAAN UNTUK PKS

- Penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan selama 3 bulan
- Moratorium pembayaran pinjaman MARA, TEKUN serta koperasi dan agensi kerajaan

 

BULANAN KERETA TUKAR KEPADA BULANAN EMAS

Tahniah Pn.Izni dari Terengganu berjaya mengalihkan duit bulanan untuk bayar kereta kepada bulanan untuk bayar emas pula supaya duit komitment bayaran bulanan tidak bocor dan terguna.

Pada asalnya perlu bayar kereta setiap bulan RM500 kepada bank, tapi disebabkan kerajaan bagi pelepasan untuk tangguh bayaran pinjaman sehingga 6 bulan, maka ini adalah satu peluang untuk kita bina tabungan semaksikum mungkin, macam Pn.Izni beliau mengalihkan duit yang nak bayar kereta kepada bayar bulanan emas pula. Alhamdulillah, komitment tetap ada cuma tukar kepada emas dan simpanan akan bertambah. Tahniah.

Tuan puan, jika ada komitment seperti ini bolehlah bertindak untuk selamatkan duit tersebut kepada simpanan yang lebih selamat dan bertahan untuk jangka masa panjang seperti dalam bentuk emas.

Pn.Izni berjaya beli gold bar 10gram Public Gold yang berharga lebih kurang RM2300 lebih, dengan membuat bayaran sebanyak 4 kali. Ataupun tuan puan boleh pilih samada nak bayar 4 kali atau 10 kali. Kan bagus kalau kita gunakan peluang ini untuk tingkatkan simpanan, bukan tingkatkan perbelanjaan. Faham ya?

 

 

Cara menutup kebocoran wang dengan menyimpan emas!!!

Elak kebocoran wang. Ramai orang tak dapat mempertahankan wang yang disimpan dalam akaun bank, disebabkan sering "terguna" dan juga godaan yang kuat untuk berbelanja. Emas boleh jadi "ubat mujarab" bagi menyelesaikan masalah kebocoran simpanan bagi kebanyakkan orang.

TIP DISIPLINKAN DIRI MENYIMPAN WANG!

Asas membina kekayaan ialah menyimpan sebahagian pendapatan secara berdisiplin setiap bulan. Siapa tidak menyimpan, sampai bila-bila pun dia tidak akan kaya. Emas boleh dijadikan salah satu cara berkesan untuk mendisiplinkan diri menyimpan, dan mengelakkan simpanan itu daripada bocor dibelanjakan dengan mudah. Emas bukan sekadar kalis inflasi, tetapi ia juga KALIS BOROS!

Sebarang pertanyaan berkenaan simpanan emas atau ingin mula simpan emas boleh wasap saya terus di www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas

Sumber FB: Azam Amiri | Marhalis Hassan | Whatapps | Facebook | Google

Azam Amiri || PG00099605
Active Priority Dealer Public Gold