PENGENALAN TENTANG DIRI SAYA

Jika kau berhasrat untuk menjadi orang yang berjaya, mulai lah dari sekarang dan cubalah untuk melakukan sesuatu hal yang bermanfaat.

PENGENALAN TENTANG DIRI SAYA
kejayaan dalam kehidupan

SAYA Muhammad Azam Amiri Bin Mohd Raffi. Saya adalah anak kelahiran negeri Serambi Mekkah, Kelantan. Alhamdulillah, tak terhitung banyaknya nikmat yang Tuhan kurniakan kepada saya. Latar belakang keluarga yang baik agamanya, ibu yang penyayang dan bapa yang hebat, mendorong saya jadi Azam pada hari ini. Serta guru-guru, mentor-mentor, sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang sentiasa supportive untuk saya berjaya dunia dan akhirat.

Seorang Pelajar & Usahawan

Semasa menulis artikel ini, saya sedang berada di penghujung semester akhir pembelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Majoritinya akan anggap saya akan melangkah keluar dari UPSI ini akan menjadi seorang guru, tapi sebenarnya tidak. Saya adalah seorang pelajar dalam bidang Game Design & Developmentiaitu belajar untuk membangunkan permainan digital dan yang berkaitan IT. Dari sudut kelayakan, mungkin saya tidak layak untuk  berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan, ramai lagi orang yang hebat dan pakar dalam bidng ini. Mana tidaknya, saya tidak pernah belajar tentang kewangan semasa zaman belajar di sekolah menengah, mahupun universiti. Walau bagaimanapun, saya tetap nekad dalam diri saya untuk belajar ilmu kewangan dan ilmu emas secara sendiri dengan berjumpa dengan pakar-pakar kewangan,  menghadiri seminar dan kursus, membaca buku, dan sebagainya. Pada masa yang sama saya telah nekad dalam diri saya untuk berkongsi segala ilmu dan pengetahuan yang saya ada kepada orang ramai agar dapat memberi manfaaat bersama. Ilmu yang bermanfaat kita kongsikan bersama.

  

Menulis Blog

Saya mula menulis blog pada 8 Januari 2018, iaitu pada tahun pertama semasa saya menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebelum saya terdetik hati untuk menulis dan berkongsi ilmu emas dan kewangan di blog saya, saya aktif berkongsi ilmu emas dan kewangan di media sosial lain seperti di Facebook, Instagram dan Whatapps. Alhamdulillah, sekarang saya berjaya bangunkan satu website sendiri dengan bantuan kawan saya Nizam untuk menghasilkan website ini. Mulai sekarang saya akan update artikel-artikel semasa berkenaan emas dan kewangan di website ini untuk manfaat orang ramai. Saya sangat gembira dan puas hati apabila dapat berkongsi ilmu kepada orang ramai sebab saya tahu ianya sangat penting dan perlu tahu dalam kehidupan seharian kita. Malah, ilmu seperti emas dan kewangan ini jarang sekali dibualbicarakan dan diajar dimana-mana sekolah mahupun universiti. Kita perlu cari sendiri dan berusaha untuk mempelajarinya.

Bisnes Sendiri

Bisnes Kereta Sewa

Selain seorang penuntut di universiti, pada masa yang sama saya juga menjalankan beberapa bisnes semasa berada di Universiti. Antaranya saya membuat servis kereta sewa, pada mulanya bisnes kereta sewa saya hanya mempunyai sebiji kereta Axia sahaja, selepas beberapa bulan seterusnya saya mengambil keputusan untuk menambahkan satu biji lagi kereta Axia sebab permintaan sangat tinggi. Sekarang ini walaupun saya sudah tamat pengajian di Universiti, bisnes kereta sewa saya tetap berjalan seperti biasa dan semuanya diuruskan oleh sahabat baik saya Azim Aliff. Alhamdulillah sekarang syarikat kereta sewa saya (AZAM AMIRI EMPIRE) telah mempunyai tiga biji kereta hasil daripada persetujuan untuk menerima kereta daripada individu yangan ingin berkongsi bisnes dengan kami. Inilah serba ringkas tentang bisnes kereta sewa saya.

     

Bisnes Emas

Mulai  Disember 2015, saya mula berjinak dengan emas dan mula menyimpan emas. Setelah beberapa tahun saya menyimpan emas dan pada masa yang sama saya turut berkongsi manfaat simpanan emas kepada orang ramai tanpa bayaran dan tanpa mendapat apa-apapun upah, saya hanya berkongsi ilmu emas diatas kesedaran dan niat ingin membantu orang ramai untuk turut simpan emas sahaja. Mulai Mei 2017 setelah saya kaji dan belajar tentang pelaburan, simpanan dan perniagaan emas  dengan menghadiri banyak kelas dan pembacaan serta bertanyakan orang yang lebih berpengalaman dalam bidang emas, barulah saya mula terdetik hati untuk menjadi dealer (ejen) emas Public Gold dengn membuat pembelian emas sejumlah RM5 ribu pada masa itu sempena promosi Public Gold semasa seminar emas di branch PG Kota Bharu, Kelantan. 

Ingin dipenddekan cerita, Saya mula fokus sepenuhnya  ke dunia perniagaan sebagai dealer (ejan) emas Public Gold sepenuh masa. Dengan bisnes ini dapat memberikan saya banyak pengalaman dan ilmu baharu dalam perniagaan saya. Boleh dikatakan semangat saya untuk berkongsi ilmu emas kepada orang ramai lebih berkobar-kobar. Pada masa yang sama, saya sangat bertuah dan bersyukur dapat berkenalan dan belajar dengan orang yang pakar dalam bidang emas dan kewangan, sekiranya saya tidak bersama bisnes ini tidak mungkin saya dapat kenal dengan pakar kewangan Malaysia Tuan Azizi Ali, pakar perunding kewangan Tuan Shamsuddin Kadir, ikon pelaburan emas No.1 Malaysia En.Syukor Hashim, penulis buku tentang emas dan kewangan En.Zulkifli Syafie, pakar syariah dan muamalat Datuk Dr.Mohd Daud Bakar yang merupakan penasihat syariah kepada Bank Negara dan penasihat syariah untuk syarikat emas terbesar Malaysia iaitu Public Gold, mentor emas Pn.Azaziah Hassan atau dikenali sebagai (Mama Gold), DatoWira Louis Ng iaitu chairman of Public Gold Group dan ramai lagi insan-insan hebat dalam bidang kewangan dan emas. Kesemua mereka saya telah bertemu mata dan duduk semeja untuk belajar ilmu daripada mereka. Dalam Public Gold juga, saya dapat menghadiri kursus bisnes emas dan kewangan bersama insan-insan hebat ini selama beberapa hari. Saya sangat mengenali mereka dan kagum dengan keilmuan mereka. Inilah serba ringkas saya bersama Public Gold.

Memulakan Simpanan Emas

Saya Muhammad Azam Amiri merupakan Dealer Public Gold yang aktif mendidik orang ramai menyimpan dan melabur emas dengan cara yang betul & berilmu. Saya juga merupakan penyimpan emas sejak tahun 2015 dan setakat hari ini saya berjaya mendidik lebih 10,000 orang penyimpan emas dan pelabur emas dibawah bimbingan saya bersama team PGeT di seluruh Malaysia dan juga luar negara yang berdaftar secara sah dengan Public Gold (setakat hari ini semasa saya update 28/12/2021). Saya bukan jual emas, tapi hanya memperkenalkan emas dari Public Gold dan berkongsi ilmu emas yang ada.

Ilmu yang kita tak pernah belajar semasa di sekolah mahupun di universiti.  Saya hanya ajar dan tunjukkan cara-cara yang sangat mudah berjual beli emas dan simpan emas melalui Public Gold dan memudahcara anda untuk menyimpan dan melabur emas. Saya juga suka berkongsi tips-tips kewangan bagi pelajar untuk membantu mereka mengurus kewangan dengan betul agar tidak terjebak dengan Neraka Wang. Saya sedia membantu para pelajar ataupun para pekerja yang ingin membuat simpanan dengan betul & selamat.  Saya akan bantu dan guide secara percuma sehingga anda berjaya mula membuat tabungan emas. Public Gold sudah wujud sejak tahun 2008. Ia merupakan platform terbaik bagi sesiapa yang mahu mulakan simpanan emas serendah 1gram. Public Gold memenuhi 5 ciri-ciri utama yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu nak beli ataupun tukarkan duit kepada emas dari mana-mana kedai emas atau syarikat yang jual emas.

1) Harga rendah (rujuk : www.publicgold.com.my)

2) Spread rendah/nipis

3) Stok tiada had

4) Cawangan yang banyak (termasuk Arrahnu Pos)

5) Jaminan belian balik

Dealer atau pelanggan Public Gold, beli emas pada harga yang sama seperti dalam website. Tiada yuran keahlian diperlukan, tiada GST dikenakan. Beli emas dapat emas. Jadi jika ada sebarang permasaalahan mengenai emas PUBLIC GOLD atau ingin tahu tentang Public Gold atau ingin tahu tentang ilmu emas sila hubungi saya. Bila-bila masa, in syaaAllah saya akan membantu sedaya mungkin..

Untuk pengetahuan anda Public Gold Group terdiri daripada entiti-entiti berikut:

1) Public Gold: Membeli dan menjual logam berharga emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan.

2) PG Mall: Pusat membeli belah online yang menawarkan kepada anda ribuan barangan pada harga yang murah serta pelbagai tawaran menarik setiap hari.

3) PG Jewel: Menjual barang kemas 916 secara online pada harga yang murah dan menawarkan ribuan rekaan terkini.

4) Aurora Italia: Menjual barang kemas premium yang difokuskan kepada rekabentuk yang unik, anggun dan semasa.

5) Public Safe: Menawarkan khidmat peti simpanan selamat untuk anda menyimpan barangan dan dokumen-dokumen berharga.

Sebagai seorang PG Bussines Owner, anda secara automatik adalah pemilik ke semua entiti di atas. Di sinilah peluang untuk anda membangunkan bisnes anda secara sambilan atau serius. Peluang di tangan anda. Saya doakan semoga terus konsisten mendidik orang ramai untuk celik emas & kewangan. Insyaallah .

Saya mula untuk bertindak menyimpan emas pada hujung tahun semasa saya di tingkatan empat (2015). Emas pertama saya yang saya beli ialah emas gold bar 1 gram dan gold coin 0.5gram. Selepas daripada itu saya semakin bersemangat mencari ilmu pasal emas dan bertindak untuk menjadi penyimpan emas yang tegar, dimasa inilah saya mula berkongsi ilmu-ilmu emas dan share info-info berkaitan dengan emas d Facebook saya dan kepada rakan-rakan terdekat. Niat saya hanya nak berkongsi benda yang bermanfaat yang saya rasa ianya sangat penting.

 

Dipendekkan cerita, setelah beberapa tahun saya menyimpan emas, simpanan emas saya semakin bertambah dan saya semakin happy, dan semangat saya untuk berkongsi manfaat emas kepada orang ramai semakin jelas dan semakin bersemangat. Pada bulan Mac 2017, saya mula daftar untuk menjadi customer Public Gold yang sah, setelah beberapa tahun sebelumnya saya telah mengkaji dan mencari dimana tempat yang paling terbaik dan selamat untuk saya teruskan menyimpan emas untuk masa depan saya. Pada hari saya daftar sebagai customer Public Gold dengan membuat pembelian emas 1 gram melalui Akaun Tabungan Emas GAP Public Gold, saya turut ajak kawan kawan saya untuk menyimpan emas sama sama. Alhamdulillah kesemua kawan kawan saya yang ikut pada hari itu telah mula simpan emas. Setelah beberapa bulan bersama Public Gold, saya kerap kali hadir ke seminar seminar emas PERCUMA yang dianjurkan oleh Public Gold, saya rasakan Public Gold adalah syarikat yang terbaik untuk menyimpan dan melabur emas No.1 di Malaysia. Sebab Public Gold sangat mengambil berat kepada pelanggangnya untuk menyimpan emas serta mempunyai ilmu emas yang cukup, bukan sekadar jual emas.

 

Menulis Pelaburan Emas

Pada tanggal 26 May 2017, alhamdulillah berkat usaha dan kesungguhan saya untuk menyimpan dan berkongsi manfaat simpanan emas kepada orang ramai, saya diberi rezeki untuk upgrade diri saya menjadi Dealer Public Gold yang sah dengan membuat pembelian emas dalam satu transaksi yang telah dipersetujui. Setelah itu, saya mula bertekad untuk membantu dan membimbing seramai mungkin masyarakat untuk mula menyimpan dan melabur emas dengan berilmu, mudah, murah, selamat dan patuh syariah.

 

Setelah itu, mula lah kisah saya sebagai dealer emas Public Gold sampailah sekarang. Kepada anda yang belum mengenali diri saya, saya Azam Amiri merupakan Star Founder Master Dealer Public Gold termuda di Malaysia yang aktif mendidik orang ramai menyimpan dan melabur emas dengan cara yang betul & berilmu. Saya juga merupakan penyimpan emas sejak tahun 2015 dan setakat hari ini (semasa saya menulis) saya berjaya membimbing lebih 10,000 orang penyimpan emas dan pelabur emas dibawah bimbingan dan rangkaian saya di seluruh Malaysia, termasuk juga Sabah, Sarawak dan juga luar negara yang berdaftar secara sah. (setakat hari ini semasa saya update 28/12/2021).

Pencapaian Bersama Public Gold

Alhamdulillah, sepanjang saya bersama Public Gold membantu dan membimbing orang ramai untuk memulakan simpanan dan pelaburan emas, banyak perkara yang saya dapat rasai dan puas hati atas usaha sendiri dan semangat untuk berkongsi ilmu emas dan kewangan kepada orang ramai walaupun pada mulanya saya hanya berkongsi ilmu tanpa dibayar dan tanpa gaji, tapi alhamdulillah bersama Public Gold kini mendapat banyak kelebihan sepanjang berada dalam bisnes Public Gold.

Alhamdulillah, pada tahun 2017, 2018, dan 2019 saya berjaya mendapat award daripada Public Gold sempena malam anugerah dan makan malam tahunan dealer Public Gold.

Antara award yang pernah saya dapat ialah, award 100 club dealer yang mana dealer yang mendapat award ini ialah yang dapat membimbing  lebih 100 orang penyimpan emas dalam tempoh setahun, saya mendapat award ini berturut-turut dari tahun 2017-2019.  Selain itu, saya juga pernah mendapat award bulanan di setiap branch Public Gold  yang mana award ini dianugerahkan untuk dealer yang mencapai jualan emas lebih RM25k, RM50k, RM150k  dan RM200k keatas dalam satu bulan. Alhamdulillah.

Seterusnya untuk tahun kewangan Public Gold 2020/2021 saya berjaya mendapat 5 anugerah besar daripada Public Gold. Antaranya adalah saya dapat ticket percutian PERCUMA ke Russia yang di tanggung sepenuhnya oleh Public Gold kerana saya berjaya mendapat jumlah jualan emas peribadi melebihi 1 juta dan lebih RM3 juta jumlah jualan emas untuk group sale saya pada tahun kewangan Public Gold tersebut. Perkongsian mengenai ini saya ada kongsikan disini PERCUTIAN PERCUMA KE RUSSIA DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PUBLIC GOLD

Akhir sekali, pencapaian saya dalam Public Gold yang paling saya gembira ialah dapat diberikan kepercayaan dan amanah untuk menjadi speaker (penceramah) seminar untuk berkongsi ilmu emas dan kewangan kepada orang ramai setiap minggu yang Public Gold adakan disetiap branch. Inilah pencapaian yang saya sangat gembira. Terima kasih Public Gold.

Akhir sekali, Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas minat anda untuk mendalami ilmu emas dan kewangan. Saya menulis perkongsian ini dengan satu niat iaitu ingin membantu anda memahami cara-cara membuat simpanan dan pelaburan emas dengan betul, tepat, selamat dan patuh syariah. Saya aktif di dalam dunia emas sejak tahun 2015 sehingga hari ini. Pada waktu itu pelaburan emas boleh dikatakan sudah berkembang di Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap pelaburan emas mula menjadi trend dan menjadi satu intrument kewangan yang dicari-cari oleh rakyat Malaysia. Untuk mendapatkan ilmu emas ketika itu saya perlu membaca buku-buku rujukan, menghadiri seminar emas dan kewangan, dan membaca blog.

Saya dapati amat penting untuk anda mempelajari ilmu dari orang yang pakar di dalam bidang berkenaan. Ini kerana jika tersalah langkah, anda mungkin mempelajari ilmu emas ini dari agen-agen skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Mereka ini akan mengajar ilmu emas yang jauh terpesong. Apatah lagi jika keuntungan segera, sentimen keagamaan dan bangsa dijadikan daya penarik. Akhirnya, anda boleh rugi besar kerana menjadi mangsa penipuan. Saya doakan anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Kuasailah ilmu emas. Ilmu kekayaan sebenar.

Saya tak pernah anggap diri saya sebagai pakar pelaburan emas, pakar kewangan, pakar motivasi, pakar perniagaan, atau pakar dalam apa sahaja yang saya tulis. Saya hanyalah seorang sahabat yang inginkan kebaikan kepada sahabat yang lain. Saya sekadar menyahut saranan Nabi s.a.w, sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat. Saya sekadar menyampaikan apa yang saya tahu walaupun sedikit.

Terima kasih kerana berziarah ke website ini. Kalau ianya bermanfaat, alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.

Wallahu alam.

Terima Kasih

Azam Amiri || PG00099605

Double Star Founder Master Dealer Public Gold

☎ www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas