TIKET PERCUTIAN PERCUMA KE RUSSIA DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PUBLIC GOLD

Hadiah yang saya tidak pernah terfikir untuk dapat sebelum ini. Dengan platform bisnes emas dengan Public Gold, saya dapat merealisasikan impian saya untuk pergi melancong ke luar negara tanpa duit sendiri tercapai.

TIKET PERCUTIAN PERCUMA KE RUSSIA DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PUBLIC GOLD

TIKET PERCUTIAN PERCUMA KE RUSSIA

Alhamdulillah, benda yang saya tidak pernah terfikir untuk mendapat tiket percutian secara percuma melancong ke luar negara yang ditanggung sepenuhnya oleh Public Gold. Dulu saya anggap ianya mustahil akan dapat, tapi hari ini ianya menjadi realiti.

Terima kasih Public Gold atas hadiah yang berharga ini, ianya akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus konsisten membimbing dealer-dealer emas dibawah team saya (PGeT) untuk terus maju jaya dan berkongsi ilmu dan manfaat simpanan emas kepada masyarakat seramai mungkin. InsyaAllah.

Terima kasih juga buat mentor saya En.Syukor Hashim & Isteri Puan Jonaina Nordin, En.Mohd Zulkifli Shafie, Mama Azizah Hassan dan jutaan terima kasih kepada founder PG Group Dato' Wira Louis Ng yang menyediakan platform Public Gold. Alhamdulillah setelah beberapa tahun saya berada dalam dunia emas, saya berjaya melahirkan lebih 3500 orang penyimpan dan pelabur emas di seluruh Malaysia dan juga luar negara yang berada dibawah team PGeT. Hasil ini bukanlah usaha saya seorang, tapi saya mempunyai team yang sangat hebat dan komited untuk membantu dan membimbing orang ramai untuk celik emas dan kewangan. Ini adalah hasil kami semua!! Fokus saya selepas ini untuk membantu dan bergerak bersama team saya untuk terus memberi manfaat kepada orang ramai untuk celik emas dan kewangan. Saya ingin melihat semua team saya berjaya dalam bisnes Public Gold. InsyaAllah.

Terima kasih semua!!

  

 

MENJADI ORANG YANG SENTIASA BERADA DALAM GOLONGAN 20 PERATUS

Apa yang dimaksudkan dengan menjadi orang yang sentiasa berada dalam golongan 20 peratus? Apa keistimewaan orang yang sentiasa berada dalam golongan 20 peratus? kenapa perlu jadi golongan 20 peratus? dan macam mana nak jadi orang yang sentiasa berada dalam golongan 20 peratus?

Dalam kita melakukan apa jua perkara, kita mestilah meletaKkan target kita untuk berada didalam golongan yang teratas dan berada dalam golongan yang menjadi keutamaan. Maksud saya disini, sekiranya kita berada dalam kelas dan mempunyai rakan seramai 100 orang, kita mestilah letak target untuk berada ditangga 20 teratas untuk mendapat kedudukan yang berjaya dalam kelas. Kita mestilah menjadi orang yang 20 peratus tersebut barulah kita akan nampak lebih terserlah dan istimewa daripada orang lain. Walaupun tiada orang yang target kita, kita sendiri perlu berusaha untuk meletakkan diri kita dalam golongan tersebut. 

Jika kita berada dalam komuniti yang besar, kita cuba untuk berada dalam golongan 20 peratus dalam komuniti yang besar tersebut. Dan apabila kita sudah berada dalam golongan 20 peratus tersebut, kita cuba lagi untuk menjadi golongan 20 peratus lagi dan lagi. Contohnya kita tinggal di sebuah kampung yang mempunyai 1000 orang penduduk, kita mesti cuba dan paksa diri untuk menjadi 200 orang iaitu 20 peratus daripada 1000 orang penduduk kampung yang dapat hadirkan diri untuk pergi solat berjemaah di masjid, dan apabila kita berada dalam komuniti 200 orang yang berjaya menghadirkan diri ke masjid untuk solat berjemaah, kita cuba pula untuk menjadi orang yang berada 20 peratus untuk solat di saf paling hadapan, dan begitulah berikutnya.

Inilah formula 20 peratus yang boleh kita gunakan untuk menjadikan diri kita lebih daripada orang lain. Cuba untuk berada dalam golongan 20 peratus. Ianya bukan soal saiz yang besar atau kecil, tapi ianya bergantung kepada kita untuk meletakkan diri kita dimana. Kita perlu meletakkan diri kita di tempat yang betul dan bergerak secara berperingkat untuk mencapai di satu tahap yang sangat tinggi.

Begitu juga dalam bisnes, kita kena usaha untuk meletakkan diri kita dalam golongan 20 peratus. Contonya macam saya buat bisnes emas di Public Gold, dealer Public Gold ada lebih kurang 60 ribu orang, maka saya telah letakkan diri saya untuk menjadi orang yang berada dalam golongan 20 peratus yang aktif dalam bisnes Public Gold. Apabila saya sudah berada dalam golongan dealer yang aktif daripada 12 ribu orang tersebut. Kemudian saya meletakkan target lagi daripada 12 ribu orang dealer yang aktif untuk menjadi dealer yang super aktif 20 peratus lagi, iaitu menjadi dealer yang berpangkat tertinggi dalam Public Gold iaitu menjadi Master Dealer Public Gold. Dan apabila saya telah menjadi Master Dealer Public Gold, saya meletakkan lagi target saya untuk menjadi 20 peratus Master Dealer yang aktif dan hebat, saya cabar diri dan usaha untuk mendapatkannya. Buktinya hari ini saya dapat menjadi Master Dealer dan Master Dealer ini tidak ramai jumlahnya, kurang dari 100 orang daripada 60 ribu dealer di seluruh Malaysia. Kini terbukti saya telah menjadi top Master Dealer dan yang terbaru saya telah terpilih 32 Master Dealer daripada 100 orang Master Dealer yang layak mendapat percutian percuma ke Russia yang ditanggung sepenuhnya oleh Public Gold. 

Begitulah formula untuk menjadi seorang yang sentiasa berada dalam golongan 20 peratus, ianya bermula dengan 20 peratus yang besar sehinggalah 20 peratus yang kecil. Kita buat, mesti akan dapat. InsyaAllah. Inilah yang saya lakukan setelah mendapat formula ini dari rakan seperjuangan saya En.Hilmi Ya'akub. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua, dan saya doakan semoga kita semua terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

NAK JOIN TEAM DEALER EMAS PUBLIC GOLD (PGET) 

KELEBIHAN MENJADI DEALER EMAS PUBLIC GOLD 

KEJAYAAN MENJADI DEALER EMAS PUBLIC GOLD

 

Azam Amiri

Star Founder Master Dealer Public Gold