RAHSIA EMAS SEBAGAI MODAL PUSINGAN DALAM PERNIAGAAN

Perniagaan dan simpanan berpisah tiada

RAHSIA EMAS SEBAGAI MODAL PUSINGAN DALAM PERNIAGAAN
azamamiri.com

RAHSIA EMAS SEBAGAI MODAL PUSINGAN DALAM PERNIAGAAN

 

Ramai juga yang bertanya tentang bisnes kereta sewa saya masih berjalan ka sekarang?

Jawapannya: Tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP ini, kecuali untuk hal penting dan emergency sahaja dibenarkan sewa dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah, tidak menjadi halangan dan bebanan kepada saya walaupun operasi tidak boleh berjalan buat sementara waktu. Kita perlu mengikut arahan daripada pihak berwajib demi menjaga keselamatan diri dan negara kita. Insyaallah.

Apa yang saya nak kongsikan disini, dalam melakukan apa jua perkara kita mestilah mempunyai backup plan dan perancangan yang betul.

Sama juga dalam perniagaan, jika kita seorang peniaga, kita mestilah mempunyai backup plan yang pelbagai dan mempunyai simpanan yang mencukupi. Ini adalah nasihat daripada guru-guru kewangan saya.

Secara ringkasnya, saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang apa yang saya lakukan dalam pengurusan kewangan dalam perniagaan saya. Saya mempunyai bisnes kereta sewa yang baru sahaja beroperasi hampir setengah tahun. (Tarikh harini 22/4/2020)

Apa yang saya lakukan adalah, semua aliran keluar masuk duit perniagaan perlu direkodkan, ini adalah perkara asas dalam perniagaan.

Setiap hujung bulan, saya akan buat kira-kira dan perlu selesaikan kos potongan wajib terlebih dahulu seperti bayar bulanan kereta, servis dan upah pekerja. Setelah selesai kos potongan yang wajib, saya akan alihkan terlebih dahulu keuntungan perniagaan saya kepada simpanan paling kurang 60% daripada lebihan potongan wajib. Selebihnya barulah boleh guna untuk perbelanjaan peribadi.

Saya akan pastikan duit keuntungan perniagaan saya akan dialihkan kepada emas terlebih dahulu. Apabila dialihkan simpanan dalam bentuk emas ianya lebih bertahan dari kebocoran dan selamat untuk jangka masa panjang.

Duit yang kita dapat hasil daripada keuntungan berniaga perlu dialihkan kepada aset yang lebih kukuh agar ianya tidak habis begitu saja.

Aset yang paling mudah untuk dimiliki, senang diurus dan mempunyai tahap kecairan yang tinggi ialah emas.

Bagi orang yang berniaga - apa saja perniagaan samada online atau offline - saya ingin kongsikan beberapa tips bagaimana anda boleh memanfaatkan emas untuk pelbagai tujuan.

 

1. Apabila anda ada emas di tangan, anda boleh jadikan ia sebagai modal pusingan perniagaan. Pergi saja ke mana-mana Ar-Rahnu untuk anda mendapatkan pinjaman tunai bercagarkan emas milik anda.

2. Biasanya upah simpan sekitar 1% sebulan akan dikenakan atas pinjaman tersebut.

3. Dengan tunai itu, anda semua boleh gunakan untuk aktiviti perniagaan dan menjana keuntungan daripadanya.

4. Asingkan terlebih dahulu modal asal daripada pendapatan untuk menebus balik emas yang digadai tadi.

5. Apa saja bahagian keuntungan yang diperolehi hendaklah ditolak 1% jumlah upah simpan emas. Lebihannya barulah dikira sebagai untung bersih.

6. Sebahagian (atau semua lebih baik) daripada untung bersih tadi, tukarkan pula ia menjadi emas supaya akhirnya, selain daripada untung dalam perniagaan, anda juga berjaya mengumpul aset dalam bentuk emas sedikit demi sedikit.

 

Banyak kelebihan yang anda akan dapat jika mengamalkan tips ini. Antaranya ialah :

1. Modal anda tidak hilang. Ia sentiasa terpelihara dalam bentuk emas.

2. Duit untung tidak bocor dibelanjakan kerana sentiasa ditukar menjadi emas.

3. Anda akan mengumpul aset dalam bentuk emas sedikit demi sedikit. Secara tidak sedar kekayaan dapat dibina.

4. Apabila simpanan emas anda sudah cukup 85 gram dan dikenakan zakat, maka zakat yang dibayar akan menambahkan keberkatan perniagaan anda.

 

Perlu ka ada simpanan kecemasan ?

Simpanan paling minimum setiap orang perlu ada berjumlah 3 bulan gaji. Contoh; sekiranya bergaji RM2k, sekurangnya kena ada simpanan sebanyak RM6k.

Dimana-mana tempat boleh simpan, untuk jangka masa panjang prefer simpan dalam bentuk emas, ianya lebih selamat daripada kebocoran wang dan nilai duit yang semakin susut. Simpan emas insyaallah lebih selamat dan bertahan lama.

Contoh mudah kita akan nampak simpanan ini penting apabila kita terkena musibah atau berada dalam keadaan kecemasan, sebelum itu mungkin kita rasakan simpanan ini tidak penting, kalau dah kena barulah tahu betapa pentingnya simpanan kecemasan.

Ini tidak kira kos perbelanjaan tetap bulanan lagi, kos berkala seperti servis kereta, tukar minyak hitam dan sebagainya. Perkara ini perlu ambil tahu, terutamanya kepada yang baru bekerja. Kena ada simpanan paling kurang 3 bulan gaji. Senang nanti nak pergi servis kereta tak perlu susah-susah pergi cari duit sana sini, berhutang dengan orang bagai.

Kita dah ada simpanan kecemasan, dan ada simpanan backup, beruntunglah kita. Ni tak, orang suruh buat simpanan tak nak, ketika tiada duit sibuk nak meminjam dengan orang sana sini. Kata orang nak ceramah kewangan lah, nak kempen lah, dan macam-macam lah. Kita just bagitau, nak dengar dan nak terima tu terpulang kepada diri sendiri. Haa gitu.

Sepatutnya bulan ni kena bayar bulanan kereta, dan komitmen yang lain. Disebabkan kerajaan bagi penangguhan untuk bayar balik pinjaman, maka inilah peluang untuk kita tukar komitmen kepada komitmen simpanan pula. Jangan habiskan begitu sahaja duit yang sepatutnya kita bayar komitmen bulanan, alangkah baiknya kita alihkan kepada simpanan.

Alhamdulillah hari ini saya ambil keputusan untuk alihkan duit komitmen bayaran kereta saya tukar kepada komitmen bayar emas pula selama 10 bulan. Kebetulan Public Gold ada buat promosi belian emas boleh bayar 10 kali.
Insyaallah duit akan selamat dan tidak akan bocor sekiranya ditukarkan kepada simpanan emas.

 

Sesiapa yang ada matlamat nak jadi #goldsaver, saya nak bagi beberapa tips mudah supaya anda benar-benar berjaya sebagai penyimpan emas.

1. Bermula walaupun dalam jumlah yang kecil, sekecil 1 gram pun. Jangan tunggu duit banyak untuk tukar kepada jumlah emas yang besar, ramai yang awal-awal lagi gagal sebelum masuk padang.

2. Tambah simpanan secepat yang boleh, contoh setiap bulan. ini penting supaya ianya akan menjadi kebiasaan. Bila dah terbiasa, secara automatik setiap bulan pasti wang akan bertukar kepada emas, tanpa dipaksa-paksa.

3. Tetapkan matlamat simpanan emas sekurang-kurangnya 10% dari nilaian aset dan simpanan dalam bentuk wang ringgit. Boleh fikir sendiri apa matlamat menjadi penyimpan emas. Jangan beli emas sebab tengok orang lain beli emas.

4. Jangan panik jika harga jatuh, kerana pasaran pasti ada naik dan turun. Sebaliknya bila harga jatuh, tambah simpanan lebih banyak mengambil peluang harga jatuh. Ini kerana walau harganya turun, pasti kenaikan akan berlaku lebih tinggi. Ambil masa.

5. Jangan jual emas bila harga jatuh, penjualan secara panik pasti anda akan mengalami kerugian segera. Sebaliknya tambah simpan mengambil peluang harga rendah.

6. Jangan berhutang semata-mata untuk beli emas sebagai simpanan. Sebaliknya rancang kewangan anda untuk asingkan awal-awal lagi duit untuk tambah simpanan emas

7. Jangan hirau apa orang kata atau ulasan dari media yang bersifat negetif tentang emas, anda akan jadi gundah gulana dan hilang fokus untuk menjadi penyimpan emas.

Ini sebahagian tips yang saya boleh kongsi, nak tanya lebih mendalam boleh hubungi saya. Saya bantu.

Jom, simpan emas

 

P/s: Siapa yang baca habis sampai sini comment "Alhamdulillah habis baca" saya nak bagi ebook tentang emas dan kewangan secara percuma!!

Azam Amiri || PG00099605
Founder Star Dealer Public Gold
☎️ www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas