PENGENALAN ASAS TENTANG SIMPANAN DAN CARA BERKESAN MENGUBATI SIFAT BOROS BERBELANJA

Berbelanja adalah satu perkara yang tidak asing dengan diri kita, tidakperlu disuruh atau diajar, semua orang pandai. Tapi untuk simpanan agak berbeza, walaupun sudah berurusaha tapi ianya tetap tewas di pertengahan jalan.

PENGENALAN ASAS TENTANG SIMPANAN DAN CARA BERKESAN MENGUBATI SIFAT BOROS BERBELANJA
Prinsip Asas Simpanan Duit & Emas

PENGENALAN ASAS TENTANG SIMPANAN: Prinsip penting menyimpan wang

Antara perkara yang sering kita fikirkan sebelum menyimpan adalah tunggu apabila ada duit lebih baru boleh menyimpan. Jika ada lebihan banyak maka boleh simpan banyak, jika ada lebihan sikit maka boleh simpan sikit. Sebenarnya inilah kesilapan pertama yang kita lakukan apabila hendak menyimpan.

Saya teringat ayat daripada guru kewangan saya, beliau mengatakan; kalau tunggu duit lebih, sampai bila-bila pun kita tidak akan menyimpan. Sampai bila-bila pun kita tidak akan ada lebihan dan tidak pernah cukup sebab bila gaji meningkat ataupun pendapatan meningkat, keinginan untuk berbelanja pun turut sama meningkat. Sebab itulah kita selalu dengar, ada orang yang bergaji RM1,500 tidak cukup, apabila gaji naik pun tetap tidak cukup. Sehinggalah bergaji RM10,000 pun masih tidak cukup dan mempunyai masalah hutang. Gaji besar hutang pun besar, oleh sebab itulah nak menyimpan jangan tunggu ada duit lebih. Tapi kita sendiri perlu paksa. Bak kata pepatah, "besar kuali maka banyaklah keraknya". Tapi sekiranya kita pandai uruskannya, insyaAllah susah untuk ada kerak. Begitulah juga dengan simpanan, jika kita pandai urus kewangan kita ianya tidak mustahil.

Bermula dari zaman remaja sehinggalah dapat kerja, kita mesti belajar untuk menyimpan. Bukan sahaja untuk pekerja kerajaan ataupun swasta, malah orang yang berniaga pun perlu juga buat simpanan. Saya juga merupakan ahli perniagaan, semasa saya belajar di universiti, saya ada buat bisnes kereta sewa, part time designer, dan sekarang ada buat bisnes bilik sewa, setiap bulan saya akan kumpulkan hasil keuntungan dan saya akan buat kira-kira untuk tolak kos wajib seperti bayaran bulanan, kos servis, bil air dan elektrik upah pekerja dan sebagainya. Perkara utama selepas tolak kos wajib, saya akan alihkan minimum 30%-50% keuntungan saya kepada simpanan, sekiranya ada lebihan barulah saya akan guna untuk berbelanja. Bukan belanja dahulu selebihnya baru simpan, tapi kita kena simpan dahulu selebihnya barulah belanja. Inilah konsep menyimpan yang betul.

Bagi yang tiada pendapatan atau bergaji kecil, paksa diri potong sekurang-kurangnya 10% daripada gaji atau pendapatan untuk bayar diri sendiri dulu, selebihnya barulah bayar untuk orang lain (Belanja). Letakkan matlamat yang jelas dan paksa diri untuk menyimpan. Saya ada terbaca dalam buku Zero Hutang;

Tetapi saya percaya, ramai yang mengeluh “bagaimana nak menyimpan kalau duit saya sendiri pun tak cukup?”

Jangan risau, semua orang ada masalah yang sama. Kalau simpan, duit tidak cukup untuk berbelanja. Tetapi kalau tidak simpan pun, duit tetap tidak cukup juga! Jadi, lebih baik menyimpan. ‘Menyimpan’ sebenarnya adalah soal keutamaan. Bila kita jadikan simpanan sebagai keutamaan, maka kita akan hadkan perbelanjaan mengikut baki yang ada sahaja. Nanti keluhan itu akan bertukar menjadi sebaliknya. Menyimpan adalah asas untuk membina kekayaan, walaupun gaji kita banyak mana sekalipun, jika tidak menyimpan kita tetap tidak akan kaya! Malah, sekiranya kita hanya bergaji kecil, tapi dapat menyimpan itu adalah lebih baik daripada orang yang bergaji besar tapi tidak dapat menyimpan.

Untuk menyimpan konsepnya ialah paksa diri untuk menyimpan, apabila dapat gaji atau pendapatan alihkan terlebih dahulu minimum 10%-30% kepada simpanan, jika dapat lebih itu lagi baik, selebihnya barulah boleh guna untuk dibelanjakan. Ini buka saya yang kata, tapi pakar yang kat. Nak tahu cuba dulu amalkan, Insyaallah semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

AMBIL TEMPOH BERTENANG SEBELUM BERBELANJA

Emas bagi saya lebih kepada "simpanan" berbanding "pelaburan". Bila simpan duit dalam bentuk emas, kita terpaksa ambil "tempoh bertenang" sebelum berbelanja; samada kena jual atau gadai dulu emas tu untuk dapatkan tunai segera. Bila nak berbelanja, rasa sayang nak jual emas. Walaupun emas tu kita boleh jualnya pada bila-bila masa sahaja, tapi "tempoh bertenang" tu banyak menyelamatkan duit kita berbelanja yang bukan-bukan. Kita hanya akan jual atau gadai emas itu hanya bila ada hal yang benar-benar perlu sahaja.

Simpan duit dalam bentuk emas ni dapat elakkan masalah biasa ramai orang bila menyimpan, iaitu "simpan sedikit-sedikit, lama-lama masih sedikit!"Jadi kalau nak pastikan duit simpanan bertahan lama, simpananlah tunai (dibank) cukup sekadar 3 bulan pendapatan. Selebihnya lebih baik tukar kepada emas.  Simpan emas pada hakikatnya sama seperti simpan wang TUNAI juga. Bila nak pakai duit segera, kita boleh jual atau gadai sahaja di Ar-Rahnu. Inilah kelebihan emas yang ramai orang tidak tahu.
 

“KALAU TAKUT KEBOCORAN WANG, BELI DAN SIMPANLAH EMAS"

Sekiranya anda risaukan tentang masalah ini, saya syorkan beli dahulu dengan bajet yang kecil sebagai motivasi menyimpan emas dan mengumpul harta. Selepas itu, barulah cukupkan simpanan tiga bulan pendapatan jika belum ada. Ini sangat penting.

Apa yang saya perhati, selalunya mereka yang sudah mula menyimpan emas, dia lebih bermotivasi untuk mengumpul harta. Apabila sudah mula membeli emas, dia akan rasa hendak beli lagi dan lagi. Jika memerlukan duit, dia rasa sayang hendak menjual emas itu. Kalau terpaksa jual, dia akan cari duit lain untuk beli balik emas itu.

Itulah tabiat biasa yang saya nampak pada penyimpan emas yang konsisten dan bertindak dengan berilmu. Alhamdulillah, semoga dengan menyimpan emas dapat membantu dalam pengurusan kewangan peribadi dan juga keluarga agar tidak terjerumus ke dalam “Neraka Wang” 

“Bukan harta yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu yang akan menjadikan kita kaya di dunia dan juga akhirat”

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengubati sifat boros berbelanja adalah dengan mengalihkan duit kita kepada emas.

Inilah yang saya amalkan sejak tahun 2015 sehinggalah hari ini. Alhamdulillah simpanan saya susah untuk bocor dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Seronok simpan duit dalam bentuk emas ini hanya orang yang mula dan konsisten simpan emas ja tahu.

Nak simpan emas tak perlu tunggu ada duit ribu-raban, serendah RM100 pun dah boleh mula simpan emas melalui Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold disokong 100% emas fizikal dan ianya Patuh Syariah pertama di Malaysia. Nak tahu caranya boleh wasap saya terus disini, NAK MULA SIMPAN EMAS 

 

Azam Amiri

Star Founder Master Dealer Public Gold