SIAPA SEBENARNYA AZAM AMIRI?

Apa kaitan dealer emas dengan pelajar dalam jurusan game design & development ?

SIAPA SEBENARNYA AZAM AMIRI?
Game Designer & Developer

Game Design & Development

Azam kamu belajar kat mana? dalam jurusan apa? ambil course pendidikan islam ka? ambil course kewangan ka? ambil course ekonomi ka? ambil course perniagaan ka? dan banyak lagi soalan yang sama seperti ini. Huhuhu... Sudah menjadi kebiasaan kepada saya untuk menjawab persoalan ini. 

Secara ringkasnya, semasa sekolah menengah saya belajar di sekolah menengah ugama (arab) dan mempunyai aliran tahfiz selama 5 tahun, iaitu SMU (A) Al-Kauthar, Kota Bharu. Pada masa yang sama saya belajar akademik dan subjek diniah (silibus al-azhar). SPM saya ambil sastera dan ekonomi sahaja. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru-guru, sebuah sekolah yang sangat unik bagi saya, aspek yang ditekankan disekolah adalah al-Quran nombor satu dan akedemik nombor satu. Itulah rahsia sebuah sekolah yang sangat luar biasa hebat untuk saya. Banyak kejayaan saya dapat capai dalam diri saya sepanjang bergelar pelajar disekolah ini. Terima kasih SMU(A)AK!!

Okey kita sambung balik masuk ke alam universiti pula. Sebenarnya saya bukanlah pelajar dalam bidang kewangan mahupun ekonomi dan juga pendidikan islam, tapi saya adalah merupakan pelajar dalam bidang komputeran, lebih detailnya ialah games design & development.

Walaupun saya belajar lebih kepada kearah IT, tapi saya tetap belajar ilmu-ilmu pengurusan kewangan dan juga ilmu agama dan fardhu ain itu memang sudah menjadi kewajipan kepada kita . Saya belajar ilmu-ilmu kewangan daripada guru-guru kewangan, baca buku kewangan dan berjumpa sendiri dengan pakar-pakar kewangan.

Banyak buku dan ramai pakar kewangan yang kita boleh ikuti melalui pembacaan dan belajar secara personal dengan mereka.

Antaranya dengan En Shamsuddin Kadir yang merupakan pakar perunding kewangan, En Mohd Zulkifli Shafie penulis buku kewangan, En Syukor Hashim Ikon pelaburan emas No.1 Malaysia, En Azizi Ali pakar kewangan Malaysia, dan ramai lagi yang kita boleh ikuti dan belajar daripada mereka.

Untuk pelajar, ilmu pengurusan kewangan sangatlah penting dan perlu dipelajari untuk mengurus kewangan dengan baik dan cara yang betul. Dizaman belajar adalah masa yang terbaik untuk belajar mengurus kewangan dan bina simpanan sebanyak mungkin. Masih belum terikat dengan pelbagai masalah kewangan, tanggungan dan sebagainya. 

Belajar mengurus kewangan semasa berada di IPT ataupun zaman belajar adalah masa terbaik untuk para pelajar mendisiplinkan diri membina tabungan untuk hari akan datang sebanyak mungkin.

Masa belajar bukan masa untuk enjoy, dan bukan masa untuk ber”style” semacam orang yang dah bekerja. Tapi ianya adalah masa untuk melatih diri kita untuk bersama masyarakat & mengurus diri selepas keluar daripada IPT nanti.

Dimana kita akan datang bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini, siapa kita akan datang bergantung dengan siapa kita berkawan hari ini, segalanya adalah bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini.

Hari ini adalah hari yang menentukan siapa kita akan datang dan dimanakah kita akan datang. Insyaallah

 

Saya buat game, saya sendiri main game.

Saya study dalam bidang game design and development, (reka bentuk & pembangun permainan digital), dan mungkin tuan puan tidak pernah tahu kan? yang tuan puan tahu saya adalah dealer emas Public Gold dan owner kereta sewa di Tanjung Malim.

Okey baik, harini saya nak kongsi satu info yang tuan puan boleh tahu dan mungkin ianya berguna sekiranya ada anak tuan puan yang minat bermain game dan ingin menceburi dalam bidang pembangunan permainan digital atau lebih femesnya Games Designer atau Games Developer.

Sekiranya dapat mengenalpasti anak-anak tuan puan minat bermain game dan minat untuk menceburi dalam bidang komputeran, tuan puan boleh syorkan untuk memilih course ini untuk anak-anak sambung belajar nanti. Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah salah satu univerisiti awam yang menawarkan course seperti ini.

Berdasarkan pengalaman sepanjang saya belajar dalam bidang games design & development ini, saya sangat bersyukur dan sangat seronok sepanjang tempoh pembelajaran sehinggalah ke akhir semester saya dapat menamatkan pengajian dengan hati yang penuh terbuka dan ceria.

Walaupun bidang ini nampak macam susah, perlu menghadap laptop setiap hari, bermain dengan coding programming, perlu belajar design, website, animation, reka bentuk karekter, banyak buat projek sampai tak tidur malam dan banyak lagilah situasi seorang pelajar IT.

Kebiasaannya pada awal semester dan pertengahan semester, kami pelajar games design sudah mula sibuk dengan projek, sudah mula menghadap laptop siang malam dan paling penting kami tetap enjoy. Untuk course lain, pada akhir semester mereka ini baru mula sibuk study untuk final exam, test dan sebagainya, tetapi sedikit berlainan dengan kami, diakhir semester kami sudah releks sebab projek sudah mula hantar dan kebiasaanya kami tidak ada final exam.

Untuk course ini, kami hanya ada final exam bagi kursus universiti ataupun sesetengah kursus fakulti sahaja. Majoriti kursus yang kami ambil tiada final exam dan digantikan dengan projek membangunkan permainan digital, hampir setiap semester kami tiada final exam dan perlu buat projek. Best kan? Setiap semester boleh skor senarai dekan!!

Bermula semester tiga sehinggalah semester akhir pelajar game design akan belajar untuk bangunkan permainan digital sendiri, bermula dengan design, karakter, programming, animation, pembangunan 2D seterusnya 3D, VR, dan sehinggalah diakhir semester pelajar perlu bangunkan satu projek akhir game sebelum menamatkan pembelajaran dan mula untuk latihan industri.

Sepanjang tempoh pembelajaran, mungkin hampir berpuluh-puluh jenis game pelajar boleh bangunkan. Yang penting ianya tak susah dan tidak senang juga. huhu.. Yang penting kita kena enjoy dalam belajar dan mindset yang betul sepanjang tempoh pembelajaran. Yang paling penting, semua lecturer kami baik-baik dan sporting. Alhamdulillah tidak ada seorang pun kawan-kawan satu course saya cuba untuk nak bunuh diri sebab stress mengadap laptop hari-hari. huhu, saja bergurau.

Inilah serba sedikit perkongsian saya tentang pembangunan permainan digital atau lebih dikenali sebagai Game Design & Development. Jika tuan puan nak tahu selanjutnya boleh klik link ini untuk rujukan http://fskik.upsi.edu.my/…/u…/2019/06/BPDIPLOMA_20192020.pdf

Sekali lagi saya bersyukur dan saya menerima segala ketentuan ilahi yang telah merancang setiap pergerakan dan ketentuan walaupun kita sudah merancang, tetapi perlu ingat bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baik ketentuan. Insyaallah.

Azam Amiri
Student Game Design & Development UPSI

#upsibest #gamedesigner
Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Seni,Komputeran & Industri Kreatif UPSI