Hanya 2 Tahun Buat Simpanan dan Pelaburan Emas, Azam Amiri Bebas Hutang PTPTN!!

Ini 3 cara dan nasihat bermanfaat daripada Encik Azam Amiri untuk anak muda, terutamanya yang berhasrat untuk bebas hutang PTPTN lebih awal seperti beliau.

Hanya 2 Tahun Buat Simpanan dan Pelaburan Emas, Azam Amiri Bebas Hutang PTPTN!!
Misi Bebas Hutang PTPTN

Hanya 2 Tahun Buat Simpanan Pelaburan Emas, Lelaki Ini Bebas Hutang PTPTN!

Alhamdulillah, tercapai hasrat saya untuk setelkan semua hutang pengajian setelah sahaja tamat belajar di universiti. Saya ambil masa 2 tahun buat simpanan khas untuk bayar balik pinjaman PTPTN dengan menggunakan simpanan emas saya sepanjang tempoh belajar. Inilah caranya...

Saya nak kongsikan pengalaman saya dan buktikan bahawa dengan menyimpan emas secara konsisten saya dapat buat simpanan dan setelkan hutang PTPTN setelah sahaja tamat belajar. Tak sempat kena bunga-bunga cinta.

Sebelum saya melangkah masuk ke alam univerisiti, saya sudah berfikir macam mana caranya untuk aaya sambung belajar tanpa menggunakan duit umi abah saya dan dapat uruskan yuran pengajian sendiri. Saya tiada pilihan lain dan pilih untuk ambil PTPTN, dan bisnes saya tidak stabil sangat lagi pada masa itu, cukup untuk bayar makan minum dan bayar internet setiap bulan sahaja, saya tidak berani dan tak sempat untuk berikan komitmen yang penuh untuk bayar yuran sendiri. Itulah sebab saya ambil PTPTN.

Tonton video ini untuk perkongsian penuh daripada encik Azam Amiri yang berjaya selesaikan hutang PTPTN dengan hanya buat simpanan emas dan tips pengurusan kewangan.

Cara 1: Buat pelbagai bisnes dan berjimat semasa belajar di universiti

Kisah saya sepanjang belajar di universiti, saya buat pelbagai kerja dan bisnes semasa di universiti. Bukan sekadar belajar, tapi saya juga mencari pengalaman dan peluang untuk saya capai apa yang saya impikan. Semasa belajar juga saya belajar untuk berjimat semampu yang boleh kerana ingin membina simpanan sebanyak mungkin. Saya telah letak target paling kurang pun kena ada minimum 50 gram simpanan emas untuk bayar balik pinjaman PTPTN.

Cara pertama saya lakukan adalah dengan mencari peluang perniagaan semasa di univerisiti bagi memenuhi hasrat untuk membuat simpanan emas minimum 2 gram setiap bulan. Apabila dapat untung berniaga saya akan beli emas secara konsisten setiap bulan. Minimum saya letak target beli 2 gram emas, ada kadang-kadang dapat beli lebih 2 gram setiap bulan, ada kadang-kadang saya dapat beli emas kurang 2 gram setiap bulan. Tapi apabila di totalkan semua ianya menjadi satu jumlah yang besar setelah saya konsisten selama 2 tahun sepanjang tempoh pengajian saya semasa diploma di UPSI.

Cara 2: Konsisten dengan target simpanan emas (setiap bulan, simpan 2 gram)

Apabila tamat sahaja saya belajar di univerisiti di peringkat diploma, saya sudah ada simpanan emas yang memang betul-betul dikhaskan untuk buat bayaran balik pinjaman PTPTN, malah simpanan emas saya telah melebihi target yang sebenar. Saya tidak takut dan tidak ragu-ragu apabila saya beli dan simpan emas. Duit saya lebih selamat dan bertahan lama dalam bentuk emas, duit susah nak bocor dan susah untuk habis apabila duit kita digunakan untuk beli emas sebagai simpanan. Ada duit belum tentu ada emas, ada emas sudah tentu ada duit. Inilah kata-kata saya yang selalu saya pegang dan bagitau kepada orang ramai supaya orang ramai faham tentang emas yang sebenar.

Pada awal permulaan saya beli emas dan simpan emas semasa di universiti, harga purata emas pada masa itu hanya RM180-RM190 sahaja untuk 1 gram, hari ini harga emas sudah capai RM250/gram dan pernah cecah sehingga RM304/gram hujung tahun lepas. Sungguh untung saya jumpa cara ini untuk saya fungsikan simpanan saya untuk setelkan hutang dengan simpanan emas. Situasi ini ibarat saya berjaya beli dan simpan emas 50 gram dalam masa 2 tahun dengan modal RM9000++ sahaja, tapi apabila saya jual balik emas tersebut pada hari ini saya dapat lebih kurang RM12,500++. Saya sudah dapat extra keuntungan simpanan saya dalam masa tak sampai 3 tahun, malah ada lagi duit lebih. Inilah rahsia emas sebagai simpanan yang orang ramai tidak nampak terutamanya anak muda yang masih belajar di universiti.

Cara 3: Membalas jasa ibu-bapa

Alhamdulillah, hari ini saya telah ada income sendiri hasil daripada bisnes saya bersama Public Gold dan lain-lain bisnes sampingan, saya tidak perlu lagi buat pinjaman untuk melanjutkan pelajaran di peringkat degree, segalanya saya dapat guna duit sendiri hasil daripada bisnes dan simpanan saya. Semasa saya menulis posting ini saya telah mula sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana muda di semester pertama dan saya tidak minta satu sen pun duit dari Umi dan Abah saya untuk membayar yuran pendaftaran dan yuran belajar di peringkat ijazaha sarjana muda ini. Saya hanya minta mereka doakan saya semoga terus maju jaya.

Kini adalah masa untuk saya pula "memberi" kepada mereka, tapi ianya masih tidak cukup lagi untuk dibandingkan dengan pengorbanan mereka untuk saya sebelum ini. Ia hanya sebagai satu hadiah untuk mengukirkan senyuman dan moga terus doakan kejayaan untuk anaknya. Terima kasih umi abah, saudara mara, sahabat, rakan-rakan dan kepada semua yang selalu bersama dan mendoakan saya. Terima kasih juga kepada Public Gold, bisnes yang saya lakukan sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah hari ini.

Nasihat daripada Azam Amiri yang anak muda boleh jadikan iktibar

Nasihat saya untuk rakan-rakan dan untuk adik-adik yang akan sambung dan masih belajar, rancanglah kewangan sebaik mungkin, cuba paksa dan disiplinkan diri untuk buat simpanan sebanyak mungkin. Jangan banyak memberi alasan, cubalah untuk mencari peluang. Simpanlah emas sebagai simpanan untuk bayaran balik pinjaman sekiranya buat pinjaman. Jika tidak ambil pinjaman sekalipun, cuba juga untuk buat simpanan untuk hari akan datang, apabila tamat sahaja pengajian kita sudah ada sejumlah simpanan yang boleh membantu kita dalam melakukan apa jua perkara di hari mendatang.

Cubalah... InsyAllah...

 

Azam Amiri

Mengejar Misi Financial Freedom

29.03.2021 || ISNIN || 15 SYA'ABAN 1442

Kredit to: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

BONUS: TIPS PENGURUSAN KEWANGAN REMAJA DAN PELAJAR UNIVERSITI