KEPENTINGAN MEMBUAT SIMPANAN KECEMASAN SEBAGAI PERLINDUNGAN

Jongkong Emas Public Gold Sebagai Simpanan Kecemasan

KEPENTINGAN MEMBUAT SIMPANAN KECEMASAN SEBAGAI PERLINDUNGAN
Simpanan Kecemasan
KEPENTINGAN MEMBUAT SIMPANAN KECEMASAN SEBAGAI PERLINDUNGAN

Simpanan Kecemasan.

KEPENTINGAN MEMBUAT SIMPANAN KECEMASAN SEBAGAI PERLINDUNGAN

SIMPANAN kecemasan adalah bekalan ketika waktu-waktu kecemasan atau luar dugaan. Ianya sangat berguna apabila pendapatan terhenti. Dana kecemasan akan bertindak untuk menampung perbelanjaan situasi-situasi luar dugaan ini. Jadi, tidaklah terjejas tabung simpanan atau pelaburan lain. Perbelanjaan harian dan keperluan yang lain pun tidak terganggu.

Dana kecemasan adalah duit yang kita simpan khas untuk digunakan pada waktu kecemasan, ianya duit yag digunakan untuk perkara yg penting sahaja. Contoh perkara yg penting adalah kemalangan, ditimpa penyakit, kebakaran rumah, dibuang kerja dan perkara yang diluar jangkaan seperti (musibah covid-19)..

Kita tidak akan rasakan simpanan kecemasan itu penting selagi mana kita tidak berada dalam situasi tersebut dan berlaku pada diri kita sendiri, oleh sebab itu simpanan kecemasan ini perlu ada pada setiap masa. Bila waktu kecemasan kita ada ‘backup’ tanpa perlu meminjam dengan orang lain mahupun bank.

Menurut pakar-pakar kewangan, mereka sarankan kepada kita untuk mewajibkan ada sekurang-kurangnya 3-6 bulan gaji sebagai simpanan backup diwaktu kecemasan, simpanan kecemasan mestilah dalam bentuk duit tunai. Duit tunai lebih mudah diuruskan berbanding simpanan lain, bila berlakunya kecemasan anda boleh terus gunakan duit tunai tersebut. 

Sebaiknya simpanan dana kecemasan ini disimpan dalam tempat yg paling susah untuk anda keluarkan, tempat yang sesuai adalah seperti simpanan emas fizikal ataupun melalui akaun simpanan emas atau boleh juga simpan di Tabung Haji atau ASB. Anda perlu beratur dan isi borang sebelum dapat keluarkan duit tunai tersebut, jika simpan di bank lain yang mempunyai kemudahan online dan debit kad risiko untuk duit simpanan anda bocor adalah tinggi.

Untuk memudahkan anda faham bagaimana ingin membuat simpanan kecemasan 3-6 bulan gaji, caranya adalah seperti berikut; 

Jika gaji kasar sebulan RM3,000, anda patut ada RM9,000 (3 bulan gaji) minimum sebagai simpanan kecemasan. Jika anda ada 6 bulan gaji (RM18,000) lebih baik, berapa banyak dana kecemasan yangmenentukan berapa lama kita akan ‘survive’ di waktu kecemasan.

Dana kecemasan ini adalah perkara penting dan wajib bagi setiap pekerja, jika diberhentikan kerja kita tidak perlu risaukan komitmen bulanan bergantung kepada jumlah dana kecemasan yang kita ada. Jika anda ada dana kecemasan 6 bulan, anda boleh ‘survive’ selama 6 bulan sebelum dapat kerja yang baru.

Kesimpulannya, setiap diri kita wajib mempunyai dana kecemasan yg berguna di masa depan. Jika tidak digunakan maka ianya tetap menjadi simpanan hak mutlak milik anda. Pepatah berbunyi, “Failing to plan, planning to fail”.

Simpanan minimum 3-6 bulan gaji amat penting untuk kita survive kebidupan kita apabila berada diwaktu kecemasan.

Sekarang baru kita sedar perlunya ada simpanan, tak kira lah gaji kecil ka gaji besar, semua orang kena makan untuk hidup...

 

Perlu ka ada simpanan kecemasan ?

SIMPANAN paling minimum setiap orang perlu ada berjumlah 3 bulan gaji. Contoh; sekiranya bergaji RM2k, sekurangnya kena ada simpanan sebanyak RM6k. 

Dimana-mana tempat boleh simpan, untuk jangka masa panjang prefer simpan dalam bentuk emas, ianya lebih selamat daripada kebocoran wang dan nilai duit yang semakin susut. Simpan emas insyaallah lebih selamat dan bertahan lama.

Contoh mudah kita akan nampak simpanan ini penting apabila kita terkena musibah atau berada dalam keadaan kecemasan, sebelum itu mungkin kita rasakan simpanan ini tidak penting, kalau dah kena barulah tahu betapa pentingnya simpanan kecemasan.

Kita guna kereta, semestinya kita perlu ada simpanan backup. Ini tidak kira kos perbelanjaan tetap bulanan lagi, kos berkala seperti servis kereta, tukar minyak hitam dan sebagainya. Perkara ini perlu ambil tahu, terutamanya kepada yang baru bekerja. Kena ada simpanan paling kurang 3 bulan gaji. Senang nanti nak pergi servis kereta tak perlu susah-susah pergi cari duit sana sini, berhutang dengan orang bagai.

Kita dah ada simpanan kecemasan, dan ada simpanan backup, beruntunglah kita. Ni tak, orang suruh buat simpanan tak nak, ketika tiada duit sibuk nak meminjam dengan orang sana sini. Kata orang nak ceramah kewangan lah, nak kempen lah, dan macam-macam lah. Kita just bagitau, nak dengar dan nak terima tu terpulang kepada diri sendiri. Haa gitu...

Jika ada yang nak sewa kereta boleh PM saya terus di www.wasap.my/60179600278/SewaKereta

Fakta!! 

"52 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan minimum RM1000 ringgit."

Simpanan backup ni kita akan nampak kepentingannya apabila berlakunya kecemasan terhadap diri kita. Macam mana nak simpan duit? simpan sikit korek balik, simpan awal bulan, hujung bulan korek balik. Tak nak bagi duit bocor macam air cuba alihkan sebahagian kepada emas, saya yakin duit anda selamat daripada bocor san bertahan untuk jangka masa panjang.Nak ka tak nak? terpulang kepada diri sendiri.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada orang ramai untuk mula buat simpanan dari sekarang. Ingin mula simpan emas boleh hubungi saya terus di www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas. InsyaAllah saya akan bantu dan bimbing anda untuk mula simpan emas dengan cara yang terbaik.