SOALAN LAZIM TENTANG SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS DI PUBLIC GOLD

Antara soalan-soalan lazim berkenaan simpanan dan pelaburan emas dan perak Public Gold yang selalu ditanya orang ramai  

SOALAN LAZIM TENTANG SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS DI PUBLIC GOLD
Soalan Lazim Tentang Simpanan & Pelaburan Emas Public Gold

SOALAN LAZIM MENGENAI SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD

Antara soalan-soalan yang selalu ditanya adalah seperti berikut:-
 
1- PublicGold ni Public Bank ke? Macamana konsep dia? MLM ke?

Sebenarnya PublicGold dan Public Bank adalah dua entiti atau institusi berbeza. PublicGold hanya melibatkan diri dalam jual beli emas . Public Gold berpusat di Bukit Jambul, Pulai Pinang dan mempunyai beberapa cawangan lain serta mempunyai agen sah di seluruh negara.

Konsep asasnya ialah =>anda beli emas anda dapat jongkong emas di tangan anda, anda beli dinar anda dapat dinar di tangan.

2. Multi Level Marketing (MLM) ke?

TIDAK. Konsep Public Gold bukan MLM. Public Gold syarikat emas terbesar di Malaysia yang menjalankan urusniaga jual beli emas sahaja.

3- Emas atau perak ini tulen ke?  

Emas  yang dijual adalah mengikut ketulenan 916 dan 999.9. Setiap emas dan perak dijual mempunyai sijil ketulenan yang sah dengan pengesahan independent assayer/ penilai yang bebas! Anda boleh uji ketulenan di mana-mana ar-rahnu atau mana-mana cawangan Pos Arrahnu yang berdekatan!

4- Emas ini mahal lah...!!

Betul, emas memang mahal sebab ia logam berharga dan semua orang mengakui ia bernilai! Pernahkah anda menemui orang berkata emas ini tidak bernilai?? Anda hanya merasakan emas murah apabila membandingkan harga emas sekarang dengan harga emas tahun lepas atau beberapa tahun lalu. Ramai yang menyesal dan berkata "menyesal aku tak beli tahun lepas, sekarang harga emas dah mahal" . Anda akan berkata demikian pada tahun hadapan sekiranya tidak membeli emas sekarang.

5. Kalau beli emas, kat mana nak simpan?

Kalau belum beli emas jangan risau. Beli dulu baru risau nak simpan kat mana?
Kalau rasa takut nak simpan sendiri, simpan aja emas tu melalui akaun simpanan emas (GAP)

6- Kalau beli emas hari ni boleh ke untung esok atau seminggu atau sebulan?  

Kalau anda jenis fikirkan keuntungan segera dan jangka pendek, emas  kurang sesuai untuk anda kerana ianya adalah komoditi dan mengalami turun naik harga dalam jangka masa pendek. Tapi long term emas  dalam posisi menaik. Sebagai pelabur anda sudah tentu bijak mengawal emosi dalam pelaburan, bukan? Emas adalah matawang sebenar dan kalis inflasi! .

Kalau anda boleh tunggu setahun untuk pelaburan ASB, begitulah juga dengan emas.

7. Kenapa memilih Public Gold yang dimiliki oleh Cina? 

Itu terpulang..... Tidak pernah ada larangan dalam agama untuk bermuamalat. Hatta  Rasulullah sendiri bermuamalat dengan Yahudi  walaupun sahabat Baginda sendiri ada yang berniaga. Siapa yang lebih telus dan urusniaganya patuh syariah, itu yang saya pilih walau pun bukan muslim.  (Hukum jual beli adalah harus).

Lagipun semua kaedah pembelian dengan Public Gold adalah 'Patuh Syariah'

Dalam pemerhatian saya sejak 2015,Public Gold merupakan platform jual beli emas paling telus dan trusted di Malaysia. Dari sudut operasi, saya boleh katakan Public Gold lebih "muslim" berbanding ramai peniaga muslim yang guna sentimen agama untuk tutup kelemahan sendiri.  Dari kelemahan itulah ramai pelabur dari kaum sendiri telah tersontot disebabkan digula-gulakan dengan sentimen agama dan perkauman yang melampau untuk menutup kelemaham sistem manipulasi  emas yang tidak masuk akal. Ramai juga yang saya kenal mereka yang memainkan isu ini sebenarnya tidak jujur dengan apa yang diperkatakan. Mereka hanya meminta orang ramai supaya tidak membeli emas dari syarikat bangsa dan agama lain supaya orang ramai membeli emas yang mereka jual, dalam masa yang sama mereka sendiri bermuamalat dengan syarikat kepunyaan bangsa dan agama lain dalam memberi barangan bukan emas seperti ikan, kereta, rumah dan sebagainya.

Public Gold adalah syarikat emas pertama yang mendapat sijil patuh syariah ini di Malaysia. Dan ketika saya menulis artikel ini, Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang telahpun disahkan patuh shariah. Sekarang, pembeli emas muslim dah boleh berurusniaga dengan Public Gold tanpa was-was lagi, insyaAllah.

Akaun simpanan Public Gold: Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Kaedah yang digunakan ialah:

1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).

2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).

3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.

GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.

 8- Kalau berniaga emas untung banyak ke?

Ada berniaga untung banyak atau sedikit bergantung kepada usaha kita mempromosi kan produk jualan dan bagaimana kita meyakinkan pelanggan. Setiap apa yang kita lakukan ada risk and reward, cuma macamana kita meminimumkan risk itu terpulang setiap individu. Langkah berjaga-jaga amat perlu. Anda juga perlu pertimbangkan reward dalam berniaga. Setiap jualan anda sebagai normal dealer akan dapat 1% komisyen, priority dealer 1.5% dan master dealer 2%. Saya boleh katakan berniaga emas ni tak ada risiko kerana kalau tak laku pun anda tak rugi. Anda boleh jual balik emas kepada Public Gold apabila harga emas naik. Emas Public Gold mempunyai jaminan belian balik (buy back guarantee)

9- Selamat ka simpan emas di Public Gold?

Menitik berat aspek keselamatan adalah perkara yang penting sebelum seseorang bertindak melalukan sebarang urusan walhal dalam urusan pembelian sekalipun kita perlu mengambil berat dalam aspek ini. Sepanjang saya berada dalam dunia emas, satu-satunya syarikat emas yang terbesar di Malaysia yang mana semua cawangan dijaga dan dipantau oleh Polis Bantuan khas yang dilantik oleh PDRM adalah syarikat emas Public Gold. Terima Kasih PDRM.

Polis bantuan ini penting untuk menjaga keselamatan dalam urusan jual beli emas di Public Gold dan menjaga keselamatan pelanggan Public Gold semasa berada di mana-mana cawangan Public Gold yang berada diseluruh Malaysia. Polis bantuan adalah polis yang dilatih dan mendapat latihan(rekrut) di pulapol beberapa bulan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis bantuan sentiasa menunggu kedatagan customer Public Gold dan mempastikan keberadaan kita lebih selamat dan selesa. Terasa selamat dan memang sangat selamat. Dan terasa diri ini begitu berharga.

Bila berurusan dengan Public Gold pasti akan rasa diri sangat dihargai. Diriku begitu berharga dengan emas Public Gold.Antara entiti yang dapat Polis Bantuan seperti Bank Simpanan Nasional , Pos Malaysia, Polis Bantuan Bandaraya, Polis Bantuan Pelabuhanan, Polis Bantuan Lebuhraya dan lain-lain.Oleh itu, kita tidak perlu ragu-ragu lagi untuk mula beli dan menyimpan emas di Public Gold. Insyaallah semestinya selamat. Baca selanjutnya KLIK SINI KESELAMATAN PUBLIC GOLD

 

SEKIRANYA ADA PERSOALAN, BOLEH AJUKAN DI RUANGAN KOMEN, INSYAALLAJ SAYA AKAN TAMBAH DAN UPDATE JAWAPAN DAN PERSOALAN YANG TUAN PUAN TANYA.

 

Azam Amiri || PG00099605

Founder Star Master Dealer Public Gold

www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas