STRATEGI DAN CARA UNTUNG DENGAN PELABURAN EMAS DI MALAYSIA

Perkara penting yang perlu tahu sebelum mula melibatkan diri dalam pelaburan emas di Malaysia

STRATEGI DAN CARA UNTUNG DENGAN PELABURAN EMAS DI MALAYSIA
Strategi Pelaburan Emas

STRATEGI PELABURAN EMAS

Apabila anda membuat pelaburan emas, anda perlukan strategi.
(Maksud strategi: rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan).

Pelaburan emas boleh jadi perkara yang rumit. Ini kerana anda perlu jelas tentang 3 perkara:

1. Matlamat anda melabur/menyimpan emas
2. Memilih produk yang sesuai dengan matlamat 1
3. Menguruskan risiko yang berkait dengan produk 2.

Apakah strategi terbaik untuk saya? 

Malangnya tiada satu jawapan yang sesuai dengan semua orang. Setiap orang perlukan strategi yang berbeza-beza. Strategi terbaik untuk anda mestilah bersesuaian dengan matlamat, produk dan risiko.

Contoh 1: 

Jika matlamat anda membeli emas sebagai insurans kekayaan atau sebagai harta. Maka strategi anda andalah seperti berikut:

(Pemilihan produk) 
Anda pilih emas fizikal yang anda simpan sendiri. Contohnya jongkong emas dan dinar emas. Harga pula mesti mengikut harga emas semasa dunia.

Kelebihan, anda tidak perlu takut risiko pihak ketiga contohnya penjual emas tersebut melarikan emas anda (bankrap/tipu)
sebab emas anda pegang.

(Pengurusan risiko)
Emas fizikal ada risiko kehilangan/kecurian. Jadi anda perlu simpan dengan selamat. 
Kalau nak sembunyikan di rumah, tempat penyembunyian mestilah kreatif. Kenalah fikir. 
Kalau anda rasa rumah tak selamat maka anda kena cari safe deposit box bank atau swasta. Kena keluarkan modal

Contoh 2: Simpanan/pelaburan.

Jika matlamat anda adalah simpanan/pelaburan. Maka strategi anda adalah seperti berikut:

(Pemilihan produk) Anda boleh pilih akaun simpanan emas contohnya di bank atau Public Gold GAP.

Kenapa? Sebab senang nak tambah emas dalam kuantiti kecil. Kemudian anda tak perlu fikir aspek penyimpanan.
Bank/syarikat tolong simpankan untuk anda. Jadi anda boleh tidur lena. Contohnya akaun simpanan emas GAP Public Gold.

Kemudian anda kena tengok spread jual beli emas dan harga pergram. harga mesti berubah mengikut harga emas dunia. Setiap penjual berbeza-beza harga dan spreadnya. 

Lagi satu. Adakah senang untuk anda beli dan jual emas tersebut. Kalau susah nak pergi beli dan jual. Itu pun masalah juga. Buang masa anda ajer :(

(pengurusan risiko)
Adakah syarikat/bank menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal? 

Ada institusi bank yang tidak menawarkan pengeluaran emas fizikal. Jadi jika anda nak pegang emas fizikal, anda perlu pilih syarikat/bank yang menawarkan pengeluaran emas fizikal.

Kemudian bagaimana dengan syarat jualan semula? Ada syarikat yang menawarkan pengeluaran emas fizikal tetapi tak akan beli balik emas fizikal daripada anda. Tudia..

Ada syarikat yang cas anda safe keeping fee untuk emas anda sehingga 2% setahun. Ada yang free. Itu pun kena tengok betul-betul.

Adakah syarikat kukuh? Supaya tiada risiko mereka melesapkan diri dengan emas anda.

Contoh 3:
Jika matlamat anda andalah untuk menjadi spekulator. Nak buat duit cepat.

Strategi anda adalah seperti berikut. 

(pemilihan produk) Anda kena invest/trade dalam saham syarikat perlombongan emas, belajar trade CFD, Gold Futures, Gold Option dan spot gold.

(Pengurusan risiko)
Produk-produk ini berisiko tinggi. Pulangan lumayan namun risikonya tinggi. Saham boleh turun jadi kosong. CFD, Gold Futures, Option, spot gold mempunyai risiko tinggi. Anda boleh kehilangan modal 100%.

Kot tak boleh tidur aja kalau anda involved dengan produk ini. Anda ambil masa yang panjang untuk mahir. Banyak buku, seminar dan masa berlatih diperlukan.

Learning curve dia tinggi. Kalau setakat setahun dua tahun pengalaman, belum tentu terrer gais. Newbie lagi.

Kesimpulan, Dalam pelaburan emas terlalu banyak strategi. Pilih yang sesuai dengan objektif pelaburan anda. Jika ia bersesuaian, InsyaAllah anda akan beruntung dan boleh tidur lena.

 

KAITAN HARGA EMAS DENGAN MATAWANG DOLAR

Harga emas ni dia ada kaitan dengan matawang dolar Amerika dan perdagangan utama menggunakan matawang dolar Amerika, usd.

Apabila matawang dolar AS mengukuh, peningkatan jumlah pelabur mengalihkan pelaburan mereka dari emas kepada dolar AS yang menyebabkan harga emas rendah.

Apabila permintaan dolar AS jatuh menyebabkan pelabur di seluruh dunia beralih kepada pelaburan emas yang lebih selamat untuk melindungi kejatuhan nilai wang. 

Emas harga turun... kita semua tahu, sejarah emas menaik...kalau turun tu hanya seketika. Itu kerana dipengaruhi oleh dasar monetary/kewangan negara ekonomi besar mcm US dan China. Emas didagang pada pasaran terbuka. Pelabur senantiasa akan cari tempat selamat untuk berlindung dan buat untung. 

Jadi Emas adalah pilihan mereka. Bila mereka jual sebab nak untung harga jatuh sikit tapi tak lama.

Kalau kita ikut dengan rapat graph di kitco kita akan tengok bagaimana emas membuat tapak yg baru setiap hari menghala keatas. Kalau ada spike selalunya mesti ada isu di US terutamanya yg pelabur kurang yakin dan mereka mengalih modal pada tempat yg lebih selamat iaitu emas.

Jadi tunggu emas untuk dapat harga rendah tu boleh dikatakan hanya "mimpi" terutamanya sekarang.

Kesimpulannya, Ada beberapa orang bertanyakan kepada saya, 
"Kalau harga emas turun macam mana?"

Dibawah ini adalah panduan daripada Tuan Azizi Ali, Mentor Kewangan Malaysia.

Pelaburan seperti emas (termasuk saham, hartanah, minyak, bitcoin dan bermacam-macam lagi) ada turun naik harga. Jika harga emas turun, jangan panik. ini adalah normal. Anda perlu lihat pelaburan emas adalah untuk jangka panjang (3 tahun keatas)

Harga emas murah orang suka beli emas banyak-banyak, yang penting jangan panik dan jual semua terus simpanan emas, takut nanti menyesal.

Yang penting faham konsep simpanan dan pelaburan emas, naik turun dalam jangka masa pendek dan sederhana itu perkara biasa. Tapi berdasarkan sejarah harga emas yang lepas, untuk jangka masa panjang memang akan naik. Ianya persoalan masa sahaja. 

Azam Amiri

Star Master Dealer Public Gold
www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas