FAHAMI KONSEP TAKAFUL YANG BETUL

Menyumbanglah seikhlas hati untuk membantu orang lain, bukan sekadar ingin mendapat pampasan pada diri kita.

FAHAMI KONSEP TAKAFUL YANG BETUL
Konsep Takaful & Insurans Perlindungan Diri

Ambil Takaful Yang Betul !!

Saya selalu juga menerima pertanyaan tentang perbezaan simpanan emas dan takaful, ada orang tanya saya apa beza dia?

Saya jawab, ianya 2 instrument kewangan yang berbeza dan mempunyai fungsi yang berbeza, kita tidak boleh samakan antara 2 alat kewangan ini. Ibarat kita samakan tukul dengan gergaji, walhal keduanya adalah alat untuk bertukang, tapi ianya mempunyai fungsi yang berbeza. Tukul untuk ketuk paku, gergaji untuk potong kayu, walaupun fungsi berbeza tapi dua-dua digunakan untuk buat rumah.

Kita tidak boleh jadikan takaful ataupun insurans sebagai tempat untuk menyimpan wang, tetapi polisi takaful hanya sebagai perlindungan daripada berlakunya musibah yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan, seperti musibah kematian, hilang upaya untuk bekerja, kos rawatan hospital yang besar atau penyakit kritikal.

Pesan guru kewangan saya, kalau simpan duit dalam takaful, kita akan rugi pada caj takaful yang dipanggil "wakalah fee" yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan.

Ambil lah takaful sebagai perlindungan diri kita semasa hidup ini, dengan simpanan kita ada kalanya tidak mampu untuk menampung kos rawatan yang tinggi, jadikan takaful sebagai perlindungan diri dan backup kepada simpanan kita.

Terima kasih Cikgu Tg Abdul Ghafar kerana bantu memudahkan urusan saya untuk jadikan takaful sebagai salah satu intrument kewangan peribadi saya.

Saya ambil takaful PruBSN Prudential dengan Tuan Cikgu Tg Abdul Ghafar

 

FAHAMI KONSEP TAKAFUL ITU SENDIRI

Menyumbanglah seikhlas hati untuk membantu orang lain, bukan sekadar ingin mendapat pampasan pada diri kita.

Kita membantu orang dan bersedekah, Allah sendiri akan membantu kita semula. Mungkin bantuan tersebut bukan dari segi kewangan, tapi dari segi kesihatan yg baik, keluarga yg selamat daripada malapetaka, dan rezeki yg mencurah2.

Dengan adanya mind set seperti ini, jika kita tidak pernah claim 1 sen pon pada takaful, kita akan sentiasa bersyukur. Kerana kesihatan kita dan keselamatan keluarga kita adalah nilai yg lebih besar drp nilai pampasan takaful tersebut.

Itulah nikmat Allah yang sebenar untuk kita.

Jika kita tidak mampu konsisten untuk bersedekah RM6-10 sehari, takaful adalah salah 1 wadah utk memastikan pendapatan kita disalurkan pada insan2 yg memerlukan setiap hari.

Jadikanlah niat murni ini kenyataan dengan klik link di bawah :-
Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus sahabat saya Tuan Safwan. (Takaful Advisor)
www.wasap.my/60126034045/sertaitakaful

Azam Amiri

"Saya Bukan Ejen Takaful, Tapi Saya Dealer Emas Yang Ada Takaful"