Apa anak muda perlu buat dalam pengurusan kewangan?

Apa anak muda perlu buat dalam pengurusan kewangan?

ANAK MUDA UMUR BAWAH 25 TAHUN

1) Perbaiki perbelanjaan, kenalpasti mana satu yang perlu dan tidak perlu. Utamakan yang wajib dan keperluan terlebih dahulu, tahan sedikit untuk enjoy kepada perkara yang merugikan. 

2) Waktu muda dan sementara masih kuat, cari pendapatan sampingan, bina pelbagai sumber pendapatan. Boleh buat bisnes, kerja part time dan sebagainya. Buat simpanan sebanyak mungkin waktu muda ni.

3) Sewaktu belajar dan apabila tamat sahaja belajar jangan tergopoh-gapah nak beli kereta, tambah-tambah yang baru grad. Elakkan untuk buat personal loan dan hutang jahat seperti kad kredit.
 
4) Wajib kena belajar ilmu pengurusan kewangan dan mula buat simpanan dan pelaburan seperti buka akaun ASB, buka akaun simpanan emas GAP, buka akaun Tabung Haji dan lain-lain. Pasang niat untuk capai financial freedom (bebas kewangan) sebelum umur 30 tahun. 

5) Jika sudah ada pendapatan sampingan, belajar untuk bagi kepada mak ayah walaupun sedikit untuk mendapatkan keberkatan rezeki dan mengembirakan hati mereka. Yakinlah rezeki kita akan bertambah dan berkat.

6) Buat dulu semua tips diatas ni, kalau dah berjaya buat, nanti anda akan berterima kasih kepada diri sendiri dihari akan datang. InsyaAllah, goodluck anak muda!!

Azam Amiri
Misi Mencapai Financial Freedom

#notaazamamiri #publicgold #tipskewangan #simpananemas #anakmuda #5gassociates