AMBIL INISIATIF BELAJAR SENDIRI, JANGAN SERAH BULAT-BULAT KEPADA EJEN

Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan dalam ilmu

AMBIL INISIATIF BELAJAR SENDIRI, JANGAN SERAH BULAT-BULAT KEPADA EJEN
Ilmu Kewangan

Salah satu punca kebocoran wang ialah mempercayaai bulat-bulat ejen produk kewangan tanpa ambil inisitif sendiri untuk belajar dan faham tentang pelaburan tersebut. Dia serahkan duit, dan mengharapkan ejen itu monitor dan tolong buat untung untuk diri dia tanpa dia belajar bagaimana nak uruskan sendiri pelaburan tersebut.

Robert Kiyosaki dalam bukunya istilahkan ejen produk kewangan sebagai "broker". Menyerahkan duit bulat-bulat kepada broker akan menyebabkan kewangan kita menjadi "broke" katanya!

Ejen produk kewangan (termasuk ejen emas) mempunyai motif komisyen jualan. Keuntungan ejen ialah pada jualan, tak kisah ianya sesuai untuk mengkayakan customer ataupun tidak. Yang penting dapat jual.

Sebagai pelabur yang bijak, kita sepatutnya ambil inisiatif belajar. Dapatkan informasi yang cukup daripada ejen tentang produk yang mereka jual, kemudian buat keputusan mengikut kesesuian target kewangan kita sendiri.

Saya adalah penyimpan emas, dan saya juga adalah dealer emas #PublicGold sejak tahun 2015 lagi. Saya jadi dealer sebab saya beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer.

Sejak 2015, saya perhatikan sebahagian penyimpan emas happy dengan emas, dan ada juga yang kecewa dengan emas.

Dari pengalaman saya, mereka yang kecewa dengan emas hanyalah satu sebab, iaitu mereka tak ada ilmu tentang emas. Mereka beli emas sebab ikut-ikut orang lain, dan percaya bulat-bulan ejen emas tanpa ambil inisatif sendiri untuk belajar; membaca buku, datang seminar dsb. Akhirnya mereka kecewa dengan emas dan buat satu kesimpulan, "simpan emas tak untung".

Maka apa yang saya buat sebagai dealer, saya fokus pandaikan customer-customer saya sampai dia boleh uruskan hal 'pelaburan' mereka sendiri. Saya meletakkan posisi saya sebagai guru, bukan salesman. Bila mereka ada ilmu, mereka sentiasa happy walauapapun keadaan harga emas.

Saya percaya, dengan cara itu akan membuatkan kedua-dua pihak akan menang dan untung dalam jangka panjang. Samada penyimpan emas, ataupun dealer emas. Dua-dua akan untung. InsyaAllah.

"If your plan is for 1 year, plant rice.

If your plan is for 10 years, plant trees.

If your plan is for 100 years, educate people."

- Confucius

Credit: Guru emas saya En. Mohd Zulkifli Shafie

(Penulis Buku Misi Bebas Hutang & Buku Wang Emas)

Azam Amiri

Founder Star Master Dealer Public Gold