UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN FAEDAH PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?

Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan faedah sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.

UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN FAEDAH PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?
Moratorium

UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN FAEDAH PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?

Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan faedah sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.

Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.

Beza yang dulu dengan sekarang?

Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan.

Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu.

Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?

Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar,

Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)

Contoh untuk loan kereta,

Bayaran bulanan = RM500
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 6 tahun

Extra interest = RM500 x 6 bulan x 3% x (6 + 0.5) = RM585

Lebihan interest sebanyak RM585 ini perlu dibayar samada:

1. Terus bayar lump sum installment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih installment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.

2. Bayar jumlah installment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan faedah.

3. Bayar dengan jumlah installment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.

Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.

Sebelum ini memang pilihan yang patut untuk kita ambil moratorium bagi loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.

Tapi memandangkan sekarang dah kena caj tambahan, adakah masih sesuai untuk kita ambil?

Kalau tanya saya, secara peribadi jawapannya tengok pada keadaan kewangan kita.

Bagi mereka yang belum ada simpanan dana kecemasan berjumlah 6 bulan pendapatan, dan ada risiko pendapatannya bakal terjejas, cadangan saya memang patut terima sahaja moratorium. 

Sebab?

1. Kita perlukan tunai sebanyak yang mungkin sepanjang tempoh krisis ini untuk terus 'survive'.

Manakala bagi mereka yang sudah ada simpanan dana kecemasan berjumlah 6 bulan hingga 1 tahun pendapatan, boleh buat pilihan untuk terima atau tidak moratorium.

Kalau pilih untuk terima, mungkin berikut adalah antara alasan yang munasabah;

1. Kita tidak pasti berapa lama keadaan ekonomi akan pulih sepenuhnya. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%.

2. Lebihan tunai itu boleh digunakan untuk hapuskan hutang jahat yang kadar faedahnya lebih tinggi seperti hutang kad kredit.

3. Jumlah caj lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM585 untuk dapat lebihan tunai RM3,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)

4. RM3,000 itu boleh digunakan untuk beli atau dilaburkan dalam aset yang berpotensi untuk memberi kadar pulangan pelaburan yang lebih tinggi dalam keadaan berlakunya krisis kegawatan ekonomi. Sebagai contoh emas, sejak dunia dilanda wabak Covid-19, harga emas telah pun meningkat lebih dari 11% hanya dalam masa 6 bulan.

Akhirnya, terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.

Bagi yang malas nak pening-pening dan nak habiskan hutang tu secepat mungkin, dia bayar sahaja macam biasa.

Manakala bagi mereka yang ada skill untuk melabur, memang rugi kalau dia tak ambil lebihan tunai tersebut.

Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan. 

Boleh #SHARE untuk bacaan orang lain.

Kredit: Sahabat saya Alif Faisal

 

PENJELASAN TERBARU MORATORIUM DARIPADA TUAN SHAMSUDDIN KADIR (Pakar Perunding Kewangan)

Bismillah. Nabi Muhammad SAW.

Isu Kadar Faedah / Keuntungan Oleh Bank sepanjang tempoh Moratorium.

Sejak 30 April 2020 yang lalu, wujud satu situasi panik di kalangan sebahagian dari rakyat, apabila kenyataan sebelum ini iaitu Faedah / Keuntungan bank tidak akan dikenakan sepanjang tempoh moratorium untuk pembiayaan selain dari pembiayaan rumah.

Semalam, ada bank gergasi di Malaysia dinyatakan melaporkan mereka rugi RM 1,000 juta ataupun RM 1 Bilion untuk tempoh sebulan di bulan April 2020 untuk faedah/keuntungan bank yang dikecualikan ke atas pembiayaan kenderaan sahaja.

Mulai 1 Mei 2020. Dari dapatan informasi semalam, bahawa faedah / caj keuntungan bank ke atas pembiayaan itu akan dikuatkuasakan semula di mana, ianya boleh dikumpul dan dibayarkan pada 1 Oktober 2020 nanti.

Apa yang rakyat perlu lakukan ?

Ada 4 situasi.

1. GAJI ADA, TIADA HUTANG JAHAT. Bayar ansuran seperti biasa, bagi yang masih ada gaji terutama nya penjawat awam, majoriti staf GLC dan staf swasta tertentu yang masih ada gaji. https://tinyurl.com/tambahilmu

2. GAJI ADA, ADA HUTANG JAHAT. Gunakan duit moratorium itu untuk menjelaskan sepenuhnya hutang kad kredit dan Hutang Ar Rahnu, kerana kedua-duanya mengenakan caj yang terlampau tinggi. Umumnya yang tertinggi adalah Kad Kredit, Ar Rahnu kedua tertinggi. Abaikan tentang isu hari semalam dan hari ini. (https://tinyurl.com/CreditCardCovid19)

3. GAJI ADA, TIADA HUTANG JAHAT DAN MAHU BUAT DUIT. Gunakan duit moratorium itu untuk mengandakan duit pelaburan kita ditempat lain seperti Tabung Haji, ASB, Saham di Bursa Malaysia, Emas (https://tinyurl.com/moratorium2020) abaikan tentang isu itu. Dengan syarat kita masih ada gaji.

4. GAJI TIADA, MORATORIUM AMBIL KE?. Mahu tidak mahu moratorium itu satu kelegaaan sementara (6 bulan) untuk kita berfikir strategi baru untk mencari pendapatan. Usah dirisau berlebihan, kerana Allah SWT mampu memberikan kita MORATORIUM sepanjang waktu, kerana tiada GAWAT di dalam KAMUS Allah SWT.

Dan kekayaan Allah SWT tiada penghujung, berdoa, ubah tabiat, modified otak kita supaya lebih banyak berfikir, belajar, membaca, bertanya dan memilih informasi yang berfakta sahaja untuk kita baca dan di proses oleh otak kita.

Bacaan terperinci rujuk berita di bawah :

https://www.thestar.com.my/…/banks-to-explain-six-month-loa…

Sumber: FB Shamsuddin Kadir 1 Mei 2020